Saya serba salah nak masuk bab ini atau tidak, sebab takut nanti orang Malaysia Darul Mais dan Darul NikAziz marah.Tapi kena masuk juga sebab saya rasa janggal dan kurang enak.
Lagipun ah moi DAP ni pakai uniform Singapore Airlines masuk surau, jadi okaylah saya warga Temasek boleh komen.
Saya rasa betullah kata Al Haj Prof Hamirdin, blogger pro-PAS, bahawa orang bukan Islam ni boleh masuk masjid.
Jika baca 'fatwa' online pun nampaknya begitu - di sini dan sini.
Saya pernah masuk gereja, kuil Hindu, kuil Cina dan juga Wailing Wall - tempat sembahyang orang Yahudi yang paling suci, di Jerusalem.
Di Wailing Wall tu semua lelaki kena pakai topi Yahudi, dan semua wanita digalakkan tutup kepala (GAMBAR di sini. Ada orang beri semua pengunjung lelaki topi kertas ni supaya pakai. Nak keluar, letak balik topi tu - sama macam orang nak masuk Masjid Putrajaya kena pakai baju labuh warna pink agar nampak sopan).
Kalau pakai songkok haji Muslim pun okay. Rakan saya, pengarah Mercy Relief kaum Benggali pakai sarban Singh, okay juga. Pokoknya tutup kepala menghormati tempat suci orang lain.
Pada saya itulah pokoknya. Hormat tempat suci orang lain.
- Jika kita masuk gereja, kena BUKA topi dan songkok - untuk menghormati adab Kristian. Pompuan nak pakai tudung (seperti nun mereka macam Mother Teresa) atau tak tutup kepala pun tak apa. Masuk gereja boleh pakai kasut.
- Jika masuk tempat Yahudi, TUTUP kepala untuk lelaki dan pompuan. Boleh pakai kasut.
- Masuk kuil Cina dan Hindu, dan masuk masjid, sila buka kasut.
Jika saya pakai seluar pendek atau baju kotor berbau busuk (baru jogging misalnya), saya gerenti kamu, saya tak akan masuk gereja atau kuil kerana tidak mahu mencemarkan tempat ibadat orang lain.
- Jadi tentunya kamu boleh pakai sopan sikit jika kamu non-Muslim masuk tempat Islam.
Mungkin ada yang kata orang non-Muslim dianggap bukan dalam keadaan suci tak boleh masuk masjid langsung, tapi memang ada riwayat non-Muslim memang masuk masjid di zaman Rasulullah.
Jika DAP nak masuk masjid dan surau, pada saya orang bukan politik dan orang Muslim bawahan, tak salah.
Tapi biarlah pakaian bersopan, bukan uniform SIA (GAMBAR dari blog TheUnspinners).
Ini pendapat peribadi.
Dah setengah abad saya hidup, tak pernah nampak orang pakai gitu masuk masjid dan surau, apatah lagi non-Muslim.
Saya khuatir jika ini tak ditegur, nanti ada mamat Melayu masuk masjid nak solat pakai cargo pants (tutup lutut, tapi seluar tak sampai ke buku lali). Kalau kamu nak marah depa tak boleh - tutup aurat dah. Nanti ditempelaknya pula - 'Si ah moi SIA tu boleh sedangkan tak tutup aurat, saya ni tutup aurat, nak solat lagi'.
Kat sini, boleh pula beliau pakai tudung (GAMBAR).
Tentang orang politik ni nak cakap politik dalam masjid, pada saya, patut dilarang - baik Umno, PAS mahupun DAP.
Nanti satu dah start, semua pun bermula dan pecahkan belahkan orang dalam masjid.
Saya tak tahu apa yang disampaikan pompuan uniform SIA tu. Katanya, bukan politik. Tapi kalau kamu bukan Islam masuk surau di Malaysia mustahil bukan kena mengena dengan politicking (baik orang Umno dan PAS pun). Tapi baguslah jika tak directly bawa isu politik.
HARMONY CENTRE
Di sebuah masjid di Singapork - dekat dengan rumah saya, ialah Masjid An-Nahdhah. Dalam masjid ni ada Harmony Centre, dibuka tahun 2006.
Ia untuk mengadakan dialog dengan non-Muslim dari mana saja dalam bahasa Inggeris.
Kenapa diadakan ini? Dalam konteks Singapork ia perlu selepas peristiwa 911 dan orang non-Muslim jadi syak wasangka terhadap umat M. 'Mereka ni dalam masjid plotting nak bunuh kita ke? Apa ni sembunyi-sembunyi dalam masjid?'
Harmony Centre dah banyak jadi host kepada non-Muslim groups dari gereja, kuil, persatuan sivik mahupun individu.
Seperti biasa, nak jadi kawan, kamu kasi mereka makan briyani dan satay, kueh puteri mandi dan kueh puteri solat. Teh tarik dan kopi latte.
Lepas tu cakap pasal Islam, tentu semuanya lunak! Hehehe.
Website Harmony Centre. Boleh nonton apa di dalamnya dan buat booking jika nak adakan lawatan.
Saya cerita ni bukan apa. Cuma nak kata, kenalah bawa non-Muslim masuk masjid agar mereka tak takut dengan Islam.
Cuma mereka yang jadi tamu, kenalah hormat juga kepada sensitiviti tuan rumah.
No comments:
Post a Comment