Saturday, March 26, 2011
Usalli
--------------------------------------------------
Bila saya tiba di Kay El penghujung 1994, terkejut al-berok juga dalam beberapa hal.
Antaranya ialah banyaknya masjid dan surau. Dan yang saya pening, masih banyak juga orang terus makan rasuah dan songlap duit rakyat.
Maaflah ini pandangan orang luar.
If there are more religious people in Malaysia today, how come corruption and robbery of public money are continuing unabated? Erke.
1000 apologies. Bukan saya saja yang kata gini rupanya, tapi bisikan orang bangsa lain yang kerap saya dengar dan baca kat Internet.
Di Singapork, di kebanyakan tempat kamu pandai-pandailah nak hidup jika nak solat.
Nak wudhuk pun siksa sebab kena pakai sinki dalam toilet.
Lepas tu nak basuh kaki amacam? Takkan nak naikkan kaki ke dalam sinki. Kenalah bawa botol air yang boleh dibawa lari ke dalam jamban.
Nak solat pulak macam-macam cara dan taktik.
Jantan macam saya lebih mudah berbanding pompuan yang kena pakai telekong. Lepas tu kena solat di tempat tak ada kipas atau aircon. Itulah nama Eeee-maan (iman). Phwee-weet.
Saya teringat cerita-cerita lama saya setelah terbaca cerita mamat di Amerika ni. Kasihan depa nak solat susah betul nak cari tempat.
Tak macam di Malaysia - kat mana pun ada surau (juga di Jakarta).
Kena cari tempat nak solat setiap kali. Biasanya tak selesa:
"My head and knees are now on the floor next to the gap in the door, and everything is going smoothly. I glance to my left and the Gap employee, having bent down, is now staring at me and asking, "Sir, is everything all right?"
Baca cerita lucunya di sini.
Salon ialah majalah online Amerika yang begitu popular - ia memasyarakatkan cerita-cerita kehidupan dan politik.
Untuk anak-anakku yang untung membesar di Malaysia, ihsan rakyat negara itu - Inilah antara tempat yang saya pernah buat di Temasek (dari tempat kerja pertama saya):
1) Dalam meeting room, tangga dan atas bumbung (bangunan ni 4tingkat). Syarikat Guthrie Engineering, masa tu milik MCA tapi ada branch besar buat kerja electrical dan mechanical works sebagai kontraktor besar. Saya kerja jadi sebagai mechanical draughtsman (atau American spelling = draftsman. Pelukis pelan projek-projek). Syarikat di Sixth Avenue, dekat Bukit Timah, kawasan orang kaya.
2) Di basement sebuah banglo besar, syarikat architect dan engineers International Project Consultants. Saya draughtsman di M and E Department (mechanical and electrical). Ini rumah panggung - a huge old British bungalow - yang di convert jadi pejabat. Basementnya gelap jadi store room, di Pasir Panjang Hill - depan bekas Keppel Shipyard (kini dah jadi condo-condo lux).
3) Tangga, syarikat M and E consultants BH Tan Engineers, dekat Middle Road. Juga draughtsman. Kadang sempat lari juga ke masjid orang tabligh dan kaum India, Bencoolen Street mosque.
4) Surau aircon. Jadi wartawan di Berita Harian Singapork tahun 1987. Masa tu pejabat Singapore Press Holdings di Kim Seng Road-River Valley Road -- tak jauh dari Orchard.
Kamu belum lahir, pak chic dah jadi wartawan dah. Dah 24 tahun buat kerja terkutuk sebagai reporter. Agaknya mati lagi pegang pensil dan buku nota, atau kat keyboard. Takpe ler, jangan kojol dalam spa sudah.
5) Surau panas di basement 3, di bangunan di tengah pusat kewangan Singapura dan pada masa itu pusat kewangan yang number 5-6 di dunia (selepas New York, London, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong). Kini Singapork No.2 dalam financial services selepas NYC. Cerita lama saya kerja di Raffles Place juga di sini.
Bangunan pejabat untuk syarikat saya masa tu, AP-Dow Jones, di HQ Standard Chartered Bank, jadi bangunan tu marble merah-coklat warna korporat bank British tu.
Nasib baik ramai pak chik alim kat situ, jadi ada surau kat basement sebab mereka tentunya minta lama dulu.
Juga ada surau di basement berdepan bangunan pejabat saya - Shell Tower (HQ syarikat minyak Shell).
Yang bagusnya kedua surau ni agak besar dan wanita pun boleh tumpang sekaki.
Tak tahulah masih ada atau tidak.
Tapi kini di kawasan ada masjid bawah tanah yang ada aircon!
The mosque in the basement of Singapore - dan mungkin juga satu-satunya masjid di bawah tanah (literally underground) di Asia, mungkin di dunia pun kot.
Basement 3 atau 4 ada masjid. Tak apalah, asal ada tempat selesa untuk lelaki dan wanita. Ber-aircon you, betul2 depan Macdonalds! Tapi sedih juga agama kita dibasementkan. Maklumlah miskin. Out of sight, out of their minds, agaknya.
Ini cerita kenapa masjid tu ditenggelamkan - sini.
6) Lepas tu masuk Maysia. Aish! Kat Reuters (bangunan Wisma Budiman) tu ada surau. Wooi.
Lepas tu pindah ke Petronas Twin Towers, di Tower 1 ada surau. Lupa tingkat berapa, tapi besar betul! Ia digunakan oleh Petronas.
7) Pindah ke Reuters Singapork. Aish, ada surau juga! Ini di Reuters di Temasek, di Science Park Drive (dekat NUS). Bagus betul syarikat British ni.
8) Pindah semula saya ke KL dengan Straits Times. Di Menara Dion di Jalan Pinang dan pindah ke Etiqa Twins (dulu MNI Twins), depan KLCC, pun ada surau. Besao surau kat Maysia ni.Untung kamu dapat ada ceramah sekali oi. Sayangilah negara kamu, atas usaha pemimpin umat m semua tempat diwajibkan ada surau.
9) Kemudian saya pindah ke SPH di Toa Payoh, Singapork. Ada surau di Berita Harian Singapoora, dan juga di satu kornar lagi untuk para drebar - yang ni panas sebab tak ada aircon.
AH, itulah cerita pak chic. Untung kamu di Maysia, malah di Temasek.
Di Amerika ni (cerita asal dari Salon) masih susah sebab masih minoriti terlalu lemah.
Al Khatam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment