...sambungan. Bah.1 di sini.
Orang yang collect syiling, wang kertas dan setem menjadi Pelajar Sejarah, a student of history.
Dan juga Pelajar Ilmu Alam, a student of geography.
Jika anda ada masa sekarang ini juga, ambil wang kertas atau syiling dari saku atau dompet anda dan belek secara detail.
Saya pernah tulis dulu tentang sejarah yang boleh dilihat dalam syiling dan wang kertas Malaysia - di sini.
Ada gambar Tuanku Abdul Rahman - ini nama Agong pertama Malaysia, bukan nama jalan dekat Chow Kit tu. Ada gambar kijang dan sejarah logo Bank Negara.
Dengan hobi giler ini, saya telah sibuk membaca sejarah China - saya tulis di sini.
Kerana nak faham apa benda ni wang kertas China banyak sangat jenis!
WANG kertas Indonesia pula mengingatkan saya sejarah negara kepulauan itu - Depa banyak banknote yang dikeluarkan oleh Belanda (Holland).
GAMBAR: 'De Javasche Bank' = Bank Jawa. Tapi wang dalam kiraan Belanda 'gulden'. Dan gambar pembesar omputeh di banknote. Wang dikeluarkan di Batavia (Jakarta) (GAMBAR).
Baru saya sedar kembali - O, rupanya Holland, seperti Perancis, Italy, Belgium, Portugal, Germany dan Austria pun rupanya negara penjajah! Merompak dan melanun negara-negara kita di Asia dan Afrika.
Selalu bila kita kata penjajah, kita hanya ingat British.
Rupanya betullah kata Dr M dulu - dalam satu ucapan kontroversial di Perhimpunan Agung Umno - kaum omputeh ni kaum yang suka berperang dan menjajah. Kaum Might Is Right.
DAN kerana saya mula collect banknote dan setem Singapork dan Maysia, saya sedar kembali sejarah kedua negara.
Omputeh dulu control bandar besar tepi laut yang menghadap Strait of Malacca - sebab tu Penang, Melaka dan Singapura dipanggil Straits Settlements. Mata wangnya digunakan juga di negeri-negeri yang bernama Federated Malay States - baca ni (Persekutuan Tanah Melayu).
Saya ulang: Mata wang itu tulis 'Malay States'. Negeri-negeri Melayu.
Eh, kan Mahathir tulis dalam bukunya dan Utusan selalu kata bahawa tanah tu tanah melayu.... Saya pakai tanjak Perkasa masa tulis ni.
Lain kali jika ada forum Perkasa dan DAP, panggil saya. Mereka gaduh pakai keris, AlKitab bahasa Melayu, Perlembagaan, saya hanya perlu keluarkan banknote lama dan setem!
GAMBAR - 1) Sila click jadi nampak lebih besar. Matawang dengan portrait King George VI. Lihat di bawah perkataan 'FIVE DOLLARS' - 'In the Straits Settlements and Malay States'.
Dalam bahasa Jawi (pandai saya baca!): "Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-Negeri Melayu."
Hee - Negeri-Negeri Melayu eh.
Lihat di belakang note - ada logo-logo negeri di mana wang boleh digunakan.
2) Juga setem Federated Malay States. Sekarang sultan tak naik gajah, depa naik Rolls. Rimau pun kita kini simpan dalam zoo, kasi makan KFC.
Selepas British, Jepun pula conquer Maysia dan Temasek. Maka matawang dan setem Jepun digunakan di sini. Jepun keluarkan setemnya sendiri untuk digunakan di kedua negara ini.
GAMBAR: Saya baru beli setem-setem ni. Beb, ini setem Malaya! Bukan setem sushi, walau susah nak 'caya - kamu lihat mamat toreh getah tu, rumah kampung Melayu (setem warna coklat) dan tin mining (setem merah).
Tak caya jugak? Ah saya letak setem Jepun-Malaya bergambar masjid! Saya tak ada setem ni sebab susah nak dapat. Gambar dari Internet.
Dan kita semua tahu tentang 'duit pisang Jepun', jadi saya tak payah nak cerita - saya pun tidak membeli lagi duit pisang ni, sebab duit ni tak laku sangat sebab tidak ramai collectors suka kumpul benda ni.
LEPAS Jepun dihalau, setem Maysia dan Singapore yang dulu dipakai British, digunakan semula.
Tapi semuanya ada cop - B M A = British Military Administration (GAMBAR).
Sehinggalah apa yang kita panggil Malaysia timbul - Federated Malay States dah bertukar jadi Malaya (bukan Chinaya atau Indiana). Lepas tu Malaya kawin dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, jadi Malaysia.
Ada setem masa tu yang di tulis 'Pahang, Malaya' dan 'Perlis, Malaya', dan ada juga setem 'Singapore, Malaya'. (GAMBAR)
Setem mengajar sejarah kepada saya!
Saya kena belanja banyak juga membeli katalog-katalog tebal mengenai banknote, coins dan stamps. Tapi syiok dapat belajar sejarah. Bersepah-sepah catalog ni kat tepi katil saya, sebab bila nak tidoq baru saya ada masa nak baca dan belek.
Setelah berpisah, pada 1967, barulah Malaysia dan Singapura sebagai negara independent keluarkan matawang masing-masing.
Setem lama kita pun berubah cerita.
GAMBAR: Matawang pertama Singapura dan Malaysia sebagai negara yang berasingan pada 1967.
Banknote Singapore ni dipanggil Orchid Series. Ia diikuti dengan Bird Series, Ship Series dan kini Portrait Series (gambar Presiden Yusuf Ishak). Sebab tema banknote berubah.
Matawang Malaysia 1967 dipanggil 'Malaysia First Series banknotes'. Maksudnya jika anda nak beli banknote ni, kena tahu apa yang anda nak beli. Tak boleh beritahu dealer di kedai atau ah pek yang jual kat Amcorp tu 'I want old Malaysia money'.
Matawang ringgit anda kini ialah the Seventh Series. Muka Agong Tuanku Abdul Rahman digunakan dari Siri Pertama, cuma design lain-lain di sekeliling gambar beliau tu.
DARI membeli banknote dan postage stamps ni lah saya mula kenal dengan lebih rapat sejarah King George V (datuk Queen Elizabeth), King George VI (bapa queen), dan Queen E sendiri.
Am'rika yang megah kini, jangan sombong sangat. Tak sampai 50 tahun lalu, British Empire gah dan action. Kini orang tertawakan sebagai poodle Am'rika.
China pula nak naik.
Dalam sejarah matawang dunia, gambar Queen E adalah yang paling banyak digunakan! Lebih 50 negara dan pulau-pulau pernah atau masih menggunakan portrait beliau.
GAMBAR: Yang paling saya gemar antara banknote Queen E ialah yang di bawah ini. Beliau masih budak lagi, Princess Elizabeth.
Harga banknote yang rabak ni? Sekitar 15,000 pound sterling = S$30,000 = RM72,000. Kamu nak beli Honda City baru atau kertas lama ni?
Tapi harga kereta terus jatuh, sedangkan harga kertas usang ni terus naik sebab ia payah sungguh nak dapat - Very Rare! Hahaha.
Bersambung .... Royal stamp engraver of Sweden, mendiang CZESLAW SLANIA.
No comments:
Post a Comment