Wednesday, August 11, 2010

Surau pun ada aircon di Keramat

Seperti lazim bila dapat cuti lebih daripada 3 malam, saya mendarat di KL Darul Jakim pagi tadi.
Selepas berbuka di rumah, ke surau biasa saya di Keramat. Surau saja pun dah masuk middle class Malaysia.
Sejak dua tahun lalu, surau ini dah pasang aircon. Selesalah orang bertarawih.

Tapi ada tambahan baru tahun ini - tembok di bahagian depan surau dah dimarblekan, dan mimbar kayu yang dah 15tahun di situ telah 'hilang'. Diganti dengan mimbar batu.
Waduh pak, udah maju bener ini!
Ini surau beb, bukan masjid besar yang saya rasa dah pasang aircon juga.

Begitulah hidup. Dulu kita ditahap solat pakai kipas tu pun dah sedap. Tikar mengkuang saja di kaki.
Di ganti dengan carpet cantik di alas lagi dengan sejadah mahal diderma orang.
Kini dipasang aircon lagi.
Dulu ke masjid dan surau jalan kaki, naik bas, naik basikal. Kini naik kereta beraircon.

Saya tak nampak imam lama yang selalu mengimamkan solat jemaah dan solat tarawih. Mungkin beliau ke tempat lain. Saya harap beliau masih sihat.
Saya toleh kiri kanan, pakcik-pakcik macam saya ramai, anak muda pun ramai. Ada pakcik yang bawa anak kecil, dan yang besar pun ada.
Tahun ini anak jantan saya tak ikut sebab di Singapore dalam National Service. Tahun lalu pun tak ke KL sebab di Singapore sedang tunggu hendak masuk NS, dan saya tak dapat cuti awal Ramadan untuk ke KL.

Tahun ini sang anak kena pandai-pandai sahur dan buka seorang diri dengan rakan atau di rumah. Keluarkan lauk dalam freezer yang banyak dah dimasakkan ibunya yang di KL, lalu dipanaskan untuk dimakan.
Baru beliau pandai hidup berdikari.

Tuan,puan,
Generasi pelapis saya dah tiba.
Setiap tahun saya bertanya: Will I be here next year?
Tak ada jawapan.
Saya hanya dapat berdoa untuk masa depan yang terus cerah.
Tuan, puan begitu juga tentunya.

------------------------------------------
TAMBAHAN SUBUH

Melonjakkan ekonomi

Wartawan Time magazine yang di KL baru-baru ini menulis tentang isu 'middle income trap' yang menjadi awan gelap di Malaysia yang sedang dibincangkan oleh orang atasan kerajaan.
Mamat ini tidak seperti omputeh lain tidak masuk isu-isu polemik politik dan sebaliknya menjelaskan apa yang harus dibimbangkan oleh Malaysia. Isu ekonomi Malaysia dan ekonomi jiran-jiran di sini.

"....what is needed for Malaysia to break from the “middle-income trap” is a greater national commitment to innovate on its own. Entrepreneurs and bankers have to be willing to take more risks to support inventive ventures and new technologies. Talented workers have to be willing to take jobs at home instead of Silicon Valley. The Malaysian private sector has to be more devoted to the country's future."

------------------------------------------
Menurunnya harga minyak

Setelah mengejutkan kita sebentar, harga minyak dah jatuh di bawah US$80 setong. Mujurlah.
Kini US$78 (harga pasaran hadapan/futures market).
Yang tak bagusnya kini satu dunia sudah mula heboh bahawa ekonomi dunia tahun depan akan malap, kerana ekonomi terbesar di dunia, Amerika, akan malap.
Dah dua tahun ekonomi dunia distabilkan dengan pemerintah Amerika pam duit ke dalam ekonomi agar ianya tidak menguncup. Duit dah nak habis.
Takut problem pulak.
Saya dah tulis minggu lalu bahawa jika harga minyak ini naik, tapi tidak diikuti oleh harga komoditi lain - seperti emas dan perak - maknanya tak kuat kenaikan minyak ini. Harga gold dan silver tetap kat situ juga, bermakna pelabur tak yakin ekonomi dunia akan terus kuat.








No comments:

Post a Comment