Terima kasih, akhbar The Star.
Kita dapat lihat sendiri pelan projek ini.
Saya tulis sebelum ini bahawa saya sebenarnya MENYOKONG projek ini, tapi ada caveats - iaitu ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dan keadaan tempat harus di perbaiki.
1) Caveat 1: TAPAK SEMPIT.
Antara perkara yang obvious: Stadium Merdeka (teringat Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman) dan Stadium Negara tak boleh dirobohkan.
Maaf, tak boleh bincang ke status Stadium Negara ni? Tak boleh robohkan? Jika tidak, lebih berbaloi projek ini.
Jika tak boleh dirobohkan kedua-dua stadium, maka tapak jadi sempit. Sebab tu kena bina bangunan yang begitu tinggi. Nak maximise space.
Tak boleh beli kawasan Stadium Chin Woo?
Atau SMK Victoria?
Saya tahu tentu ramai akan bising jika sekolah ni nak dipindahkan, tapi sekolah pompuan Bukit Bintang dah ditakeover, kini jadi mall besar Pavilion.
Yang penting ialah transfer sekolah ke tempat yang lebih besar dan selesa = jika tidak sesak karang budak nak ke sekolah dihantar ibubapa, dicampur orang nak gi kerja setiap pagi, dan orang nak balik kerja waktu petang.
Di Singapork (maaf mention negara kecik ni, tapi saya boleh cerita detail sebab tahu tentang Temasek, bukan apa yang terjadi di London atau Hong Kong), semua sekolah berjenama dah kena pindah tempat akibat pembangunan pesat di sekililingnya.
Raffles Institution (RI), St Joseph Institution, etc.
Dan kini Raffles Girls School pun nak kena pindah sebab kawasan sekelilingnya dah jadi tempat kondo mewah.
Hampir semua mamat top di Temasek sekolah kat RI (saya sekolah kampung Pasir Panjang Secondary School = dah lama katup). Tapi kena pindah juga dari bandar ke luar bandar sebab kawasan sekolah RI lama membangun cepat.
Kawasan baru RI kini lebih besar dan cantik, dan dibina dulu di sebelah RJC, Raffles Junior College.
Kata PNB banyak duit dan tak gunakan wang rakyat - bincang ler dengan VI ni. Ini isu sampingan kerana mungkin dah bincang di belakang tabir pun.
Jika dapat tapak lebih besar, kawasan ini boleh jadi macam kawasan KLCC kedua. Dulu hanya tanah lumba kuda.
Kamu nak lihat kawasan KLCC dulu, lihat saja bangunan di sebelahnya yang masih usang, Wisma Central.
Kini, KLCC dah jadi tempat bangunan glam dan kondo orang kaya. Jalan depannya dibesarkan = melainkan jalan pejabat lama saya, Jalan Pinang yang masih sempit!
Sebab itu saya tak mahu terus menolah projek Warisan Merdeka ni. Ia ada potential besar nak kembangkan wang rakyat (walaupun kata bukan gunakan duit rakyat).
THE whole area at the stadiums could benefit from regeneration, into a glam neighbourhood, like KLCC!
Saya terbaca sikit tapi tak tahu nama tempat-tempat kuno di LONDON yang telah jadi glam setelah ada projek besar.
Anda yang kenal cerita bandar ni, sila ceritakan. Ia boleh jadi contoh untuk projek ini (Jangan pula esok satu kapal terbang pegawai PNB ke London 'lawatan sambil belajar', hahaha!).
2) Caveat 2: JALAN SEMPIT.
Jalan raya tahun 1960an, zaman P. Ramlee.
Projek ni kena buat massive road realignment and expansion.
Jadi PNB dan DBKL kena beritahu rakyat apa yang dirancang dalam isu ini.
Nasib baik ada stesen LRT di situ.
Tapi kerana ini KL, maka semua orang akan pandu kereta juga jika nak gi office atau shopping ke situ kelak.
Kerajaan kena tunjuk traffic dispersal plan untuk kawasan itu.
Lebih lagi jika kedua stadium itu ada event! Mega concert Adam Lambert di situ dan di sebelah lagi Nik Aziz nak ceramah tentang PAS dan negara Islam.
Ini bukan isu kecil kerana semua yang tinggal di KL akan terjejas jika tempat tu selalu jam teruk dan merebak ke tempat lain.
Dan nama baik Malaysia boleh terjejas jika kerana jam teruk selalu, orang akan kata - 'KL traffic is very bad. Worse than Jakarta and Bangkok'.
Buat masa ini, kita dengan mudah boleh berkata - 'Traffic here in KL is bad, but not as bad as those in Jakarta and Bangkok'.
Nama dua ibunegara tu teruk kena bantai, dan smooth traffic ialah branding yang baik kerana ia menjejas the cost of doing business.
3) Caveat 3: Kenapa mesti 100-tingkat?
Kan dah cantik Petronas Twin Towers, 88 tingkat, jadi lambang kebanggaan KL dan Malaysia.
Kenapa nak buat yang lebih tinggi?
Bangunan Taipei 101 di Taiwan tu 101 tingkat. Kamu binalah 102 biar Melayu kalahkan Cina Taipei.
Lagipun rapper setan Namewee belajar kat Taiwan. Kamu tunjukkan dia Melayu boleh, oi! (Wah, pandai remgold cucuk kamu semua gaduh kat sana).
Nak lawan Burj Khalifa kat Dubai tak mampu, sebab depa 160 tingkat, campur 46 tingkat lagi di atasnya untuk maintenance!
Pada saya, biarkan pencakar langit Petronas tu terus tertinggi.
PNB buat 85 tingkat saja, tak boleh ke?
Atau ini projek Najib-Rosmah? Mesti nak kalahkan projek Mahathir? Kamu jangan pula tuduh saya yang kata ini. Ini yang ditulis oleh ramai orang dah di Facebook tu.
4) Caveat 4: Nak lihat projection of office space.
Dari 10 tahun lalu, hingga 5-10 tahun ke depan.
Both office space coming onboard in near future, and estimates of office space usage.
Jika ini semua ditunjukkan, rakyat mungkin hati sejuk sikit: Orh, rupa-rupanya kerana ekonomi terus berkembang, jika tak dirancang sekarang, susah nanti kita.
Sama macam dulu, apabila Dr Mahathir nak buat KLIA, ramai melaung - apa ni! Buang duit, kan Subang airport masih okay lagi?
Di Singapork (jangan marah ah), baru saja siap Terminal 3 di Changi - masih nampak kosong! - pemerintah dan buat pelan nak buat Terminal 4.
Itu namanya forward planning, consultant yang dibayar berjuta tentu boleh bantu.
Tapi jika projections for office space tu tak kena, baik simpan dulu projek ni beb.
LAGI satu isu. Yang dikhuatiri setengah orang lain pula ialah, untuk menunjukkan projek Warisan Merdeka berjaya, PNB akan 'paksa' semua anak syarikatnya masuk ke sini!
Ini omong-omong kosong orang, yang boleh dimatikan jika ditunjukkan projection for office space usage.
DI KAWASAN KLCC tu, ada lebih daripada 20 kondo mewah yang sudah dan sedang naik. Banyak unit - 30-40 peratus kosong!
Rakan saya sewa disalah satu unit = sewanya untuk unit satu bilik ialah lebih dari RM4,000 sebulan! Katanya, waktu malam kebanyakan daripada kondonya kosong dan gelap gulita.
Yang ramai pada waktu malam cuma Fatimah Rockers, nyanyi-nyanyi dan menghilai.
Fatimah Rockers? Itu gelaran saya untuk 'cik pon'.
Tapi kerana semua projek itu wang privet, biar kondo tu semua kosong pun kita tak kisah sangat (Yang kita takut jika developer ramai tak boleh bayar hutang, lalu bank lingkup, drag the whole economy down).
5) Caveat 5: Ekonomi dalam 5-10 tahun ni, okay tak?
Jawabnya, saya rasa, okay.
Malaysia ada 5-year plans yang saya kena belek dengan rapi, kerana sebahagian dari kerja saya.
Cuma tak pasti jika ekonomi kuat hingga dapat menarik business yang nak sewa bangunan pejabat dengan banyak.
DOES the building of a 100-storey tower drive the economy? Or is a strong economy the driver to build a 100-storey tower and other office buildings?
Takut jadi macam Dubai - ekonomi tak ke mana, tapi sibuk buat bangunan demi bangunan. Kini dah banyak yang lingkup.
Ekonomi kuat yang patut jadi sebab orang nak buat bangunan besar dan kondo mewah. Bukan sebaliknya. Kita buat besar-besar, lalu mengharap orang akan datang nak buat business.
Seperti yang berlaku di kawasan Fatimah Rockers. Tak guna buat kondo banyak-banyak, tanpa melihat expected demand dengan rapi.
Ini tak bermakna projek Warisan Merdeka akan gagal.
Cuma banyak perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat.
Apa nak buat. Baik di Singapork atau Malaysia, cara kita boleh menolak rakyat ke tepi dan teruskan sesuatu tanpa perbincangan dan penjelasan sudah tamat.
Saya akan sokong penuh projek ni, cuma harap penjelasan lebih baik akan keluar.
No comments:
Post a Comment