Monday, January 31, 2011

Mesir - Masuk pula rating agencies. Lemah

Demo merebak ke Sudan, itu mungkin tak memeranjatkan.
Tapi hingga ke Russia beb! Juga sini.
Itulah yg berlaku jika rakyat lapar, tak ada pekerjaan, harga barang naik dan rejim jahat dan merampok.

Baik pemerintah Singapoora atau Malaizia, kita harap terus jaga hati rakyat seperti yg sedang dilakukan.



-------------------------------------------------
POSTING AWAL

'They are always moody, and their standards are poor' - Lebih kurang gitulah yang dikatakan oleh Dr M pada 1998. Marah beliau masa tu.

Ini berlaku apabila sedang Malaysia kocar-kacir dengan Reformasi jalanan, rating agencies masuk dan menurunkan kedudukan bond negara.
Apahal? Dan siapa mamat Rating Agencies ni? Powderful betoi mereka?!


Kita balik ke cerita bond. Sebab rating agency Moody's baru turunkan investment grade untuk Egypt, menambah masalah kepada negara Arab terbesar.
Rating agency Fitch pun dah turunkan grade.
Masalah besar tu untuk negara Firaun Mubarak - yang panggil Mubarak "Firaun moden" bukan saya, tapi komentari analyst di CNN semalam.

Apa itu bond - saya ngobrol sikit di sini baru-baru ini.
Ia macam kita pinjam duit, dan hutang kita ditulis di 'Buku 555' oleh peminjam. Kita janji bayar duit bunga setiap bulan (atau tiga bulan, atau setahun sekali) untuk beberapa tahun, sebelum membayar penuh duit hutang itu.
Braders: seperti biasa. Ini tulisan wartawan, bukan CEO CIMB Bank. Jadi pastinya ada yang tak tepat. Tapi jika bos CIMB yang tulis ni, saya gerenti boring, sebab saya lebih pandai menulis. Phwee-weet.

Yang saya nak tambah di sini ialah peranan Rating Agencies dalam dunia
kewangan.
Apabila sebuah negara atau syarikat nak keluarkan bond - iaitu nak meminjam wang berjuta - secara ringkas, ia akan memanggil dan membayar rating agency untuk check semua buku akaun dan perniagaannya.
Misalnya, negara Malaysia atau Petronas sebelum keluarkan bond.

Ini kerana orang yang membeli bond itu, para pelabur, nak tahu sama ada negara atau syarikat itu boleh membayar mereka duit bunga (coupon rate) dan di hujung tempoh meminjam itu, akan mampu bayar duit principal.

Jika Zimbabwe nak pinjam wang RM1bilion dan Remgold Nasi Lemak Sdn Bhd nak pinjam RM100juta dengan keluarkan bond, misalnya, anda berani beli tak?
Tentu anda kata lebih selamat aku beli bond RM1bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan Putrajaya atau bond RM100juta oleh Petronas.


Nak pastikan pelaburan kita selamat, maka negara dan syarikat itu panggil rating agency untuk confirm ianya selamat.
Mereka akan datang ke pejabat Bank Negara dan Prime Minister's Office - tak tahu sempat singgah kat FLOM Dept atau tidak - dan Economic Planning Unit, misalnya.
Dan tanya macam-macam: Apa pendapatan Malaysia yang buat kamu kata boleh bayar duit bunga ni? Buka buku akaun kamu. Mana receipt ini dan itu? Tunjuk berapa kamu collect taxes, berapa kamu dapat dari sewakan bangunan-bangunan kerajaan, etc. Berapa ramai pegawai gaji pegawai kamu - sebab jika bayar gaji besar, takut tak mampu nak bayar pembeli bond.
Jika ke pejabat Petronas pun soalan ditanya - tunjuk apa pendapatan sebulan kamu, betul ke nih? Berapa dapat dari sewa mall kat bawah kaki Twin Towers tu? Berapa gaji pekerja kamu bayar sebulan? Projek korek gas di Sudan tu modalnya tinggi, bila nak dapat untung?

Setelah puas hati, mereka akan keluarkan laporan.
Bond Malaysia (misalnya): Grade Aaa.
Bond Zimbabwe: Grade Caa3.
Bond Petronas: Grade AA-.
Bond Remgold Nasi Lemak: Grade DDD. Yang paling rendah! Kesian aku.
(ini secara ringkas ler. Nanti kasi detail, tak habis cerita beb).

Apa makna grade-grade ini?
Dalam pasaran kewangan ada tiga rating agency utama: Standard & Poor's, Moodys dan Fitch.
Grade mereka berbeza - lihat sini - scroll ke bawah dan lihat kotak warna-warni tu.

(Kenapa rating diberi nama grade lain2? Biasalah tu - kereta saiz dan bentuk lebih kurang sama pun ada nama seperti Toyota Camry, Honda Accord dan Proton Perdana. Syarikat ikut suka hati nak namakan apa saja rating mereka).

Yang dipanggil (lihat kotak warna warni) - 'Non-investment grade, Speculative' - itulah Junk Bond.
Maknanya, kamu boleh beli bond RM100juta Remgold Nasi Lemak, tapi kami dah beritahu kamu 'ini junk bonds'.
Maksudnya, Remgold kena bayar duit bunga yang tinggi kepada pelabur, jika tidak orang tak akan membeli bond itu. Tapi ada risiko tinggi.
Misalnya jika Petronas janji coupon rate 5 peratus setahun untuk pinjaman RM100juta, Remgold Nasi Lemak kena janjikan mungkin 10 peratus. Jika tidak tak akan ada pelabur nak kasi pinjam duit.

Misalan kedua: Jika saya kata nak membuat resort dan hotel besar di tepi pantai di Kota Baru. Bond itu mungkin jadi junk bond, berbanding jika syarikat saya nak bina resort dan hotel di tepi pantai Penang.

Sebabnya, jauh KB ni dari tempat tourist biasa. Mungkin projek akan gagal. Nanti nak mandi kena pakai tudung utk pompuan dan seluar panjang utk lelaki.

Tapi projek yang sama di Penang, sebab tempat tu dah terkenal sebagai pulau peranginan, ada harapan besar akan maju.
Jadi bond Remgold Kota Baru Resort Sdn Bhd - dapat grade Ba1 atau Ca.
Bond Remgold Penang Resort Sdn Bhd - dapat grade A3 atau A-, mungkin.




EH, kata anda! Mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia dan Petronas - jangan-jangan mereka tipu tak? Mereka sengaja kasi grade tinggi!
Mereka tak berani, beb, sebab jika mereka tipu - misalnya Remgold Nasi Lemak diberi Grade Aaa - nama rating agency ini akan busuk.
Dan negara atau syarikat yang suruh agency itu berbohong pun akan dibenci selama-lamanya. Jika pelabur dah beli bond kamu, tapi rupanya kamu tak mampu nak bayar coupon rate tu dan wang principal, sampai kiamat pun orang tak akan percaya negara itu, syarikat itu dan rating agency itu.

Jadi itulah yang Dr M marah pada 1998, apabila semasa Reformasi rancak, Moody's dan S&P (Standard & Poor's) menurunkan investment grade Malaysia.
Bila ditanya wartawan, jawapannya yang saya tulis di atas.

Dengan turunnya investment grade anda, maka kena bayar duit bunga yang tinggi jika nak pinjam duit. Dan tak ramai orang akan nak masuk beli saham atau melabur yang lain dalam negara anda (membeli property atau bina factory) sebab negara kamu dah tak sestabil dulu.
Maknanya, jika krisis Egypt ni terus menerus tanpa kesudahan, akan merosakkan kedudukan pelaburannya di mata pelabur asing.
Kini pun orang dah banyak keluarkan wang dari negara itu. Kasihan rakyat mereka.

No comments:

Post a Comment