Monday, January 24, 2011

Sejarah China... RISING! Bah. 2/2

....SAMBUNGAN.... dari ngobrol lepas tentang kebangkitan China.

SEBELUM itu baik saya kata dulu: Maaf tuan-puan, saya bukan penganalisa atau akademik dalam isu ini dan banyak isu lain yang dicerita dalam blog saya. Kita bual kosong saja ya, 'ngobrol' kata Wak jawa, jadi tentunya banyak yang silap. Harap betulkan.


DALAM sejarahnya beribu tahun, India tak cuba menyerang atau conquer negara di luarnya (tak termasuk Pakistan dan Bangladesh - yang memang dulu sebahagian daripada India).
Mamat-mamak nenek moyang saya ni sibuk gaduh sama sendiri.

Tapi sejarah China lain.
Dia pernah dua kali hantar beratus kapal perang nak serang Jepun.
Dalam dinasti Yuan, orang Mongol kuasai China dan Kublai Khan hantar kapal perang dua kali - tahun 1274 dan 1281.
Nasib baik bagi Jepun, kedua-dua kali itu kapal semua kena typhoon dan banyak tenggelam dan yang lain calibut lari.
Bagi Jepun, angin kencang itu dipanggil divine wind atau kamikaze.

China juga pernah menelan utara Vietnam, utara Myanmar, selatan Russia, dan seluruh Korea dalam sejarah 5,000 tahun.
Dan kini ia menelan Inner Mongolia, dan juga Tibet (sehingga memaksa 'raja' mereka Dalai Lama lari ke India hingga hari ini.
China melalui Admiral Zheng He (Cheng Ho) pernah sampai ke Melaka dan negara tepi laut lain, dan minta tribute dari tempat-tempat ini - kalau tidak, takut kena serang. Cuma mereka guna diplomasi cara baik, bukan ugutan.

Dan hari ini, seperti saya pernah ngobrol, China yang sedang naik ekonomi dan kekuatan militernya sedang cucuk India di Arunachal Pradesh state dan di Jammu dan Kashmir. Cerita dan peta di sini dan di sini.
Dan kita semua tahu, China terus bertegang urat dengan Vietnam berebut Paracel islands, dan dengan Filipina, Malaysia, Vietnam dan lain berebut Spratlys islands. Lihat Peta.

Kerana sejarah China inilah, sebagai expansionist country, atau imperialist country - negara yang suka berkembang dengan ngap orang lain - maka Amerika, India dan yang lain agak cemas dengan kebangkitan ekonomi dan militernya.


DULU Amerika licik apabila Presiden Gorbachev naik di Soviet Union.
Mereka pastikan Soviet berpecah dan berkecai - sehingga jadi Russia dan berbelas negara kecil seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Tajikistan dan Gohead-gostan.

KINI Amerika takut kerana tak tahu bagaimana nak sekat kemaraan China. Dulu ekonomi Amerika kuat jadi boleh kemekkan Soviet.
Kini ekonominya sendiri dah masuk longkang, sedangkan China sedang pesat membangun.
Malah negara terbesar yang membeli bond (hutang-piutang) Amerika ialah China! Kahkahkah.
Lihat table ini. Singapork dan Malaysia pun ada beli bond US. Mereka panggil Treasury Securities, T-bills atau T-bond.

---------------------------------------

LARI TOPIK KEJAP: 
Apa itu Bond?
Apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Lihat Gambar.
Jadi janganlah takut bila orang sebut bond, treasury bills, debt market instruments, atau fixed income securities. Permainan yang bijak, akhirnya ada yg hancurkan dunia pada 2008 apabila housing debt instruments mereka merobohkan pasaran kewangan.

Kalau kita orang biasa, kita panggil Buku Tiga-Lima.
Kamu pinjam duit Ahmad $1,000, maka dia tulis dalam 'Buku 555' bahawa kamu janji bayar RM50 sebulan hingga tahun 20xx.
Cuma kertas bond ni cantik ler.
Ini belum masuk bab muni bonds, sovereign debt, junk bonds, samurai bonds, T-notes, yankee bonds, coupon rates. Tapi benda tu jugak beb. Percayalah, jika diexplain lima minit kamu akan faham.
Ini permainan orang atas yg boleh menipu kita orang kampung yg tak belajar maths.

---------------------------------------

China ini banyak pegang hutang-piutang Amerika. Jadi jika Amerika bising-bising nak tekan mereka, takut pula Beijing JUAL bond ni banyak-banyak di pasaran dunia. Boleh jadi problem terhadap Uncle Sam. Boleh ranap ekonomi Amerika.

Dan kini, kerana nak kuatkan ekonomi Amerika, bank pusatnya Federal Reserve, dah cetak wang banyak-banyak hingga dolar Amerika jatuh teruk.
Sedangkan matawang China, Yuan atau juga dipanggil Renminbi, semakin kuat.
Begitu kuat matawang China sehingga ada nama jolokan baru untuk bond China - baru saya terbaca malam ini - dim-sum bonds.

Apabila negara atau syarikat keluarkan bonds dalam American dollars, ia dipanggil Yankee Bonds.
Jika bond dalam matawang Jepun (Yen), ia dipanggil Samurai Bonds.
Yang dalam Chinese yuan pula dapat gelaran baru, Dim-Sum Bonds.

Petronas selalunya jual bonds dalam matawang Amerika. Tapi esok jika Petronas jual bonds dalam ringgit Malaysia, kita akan panggil dia Belacan Bonds.
Singapork jika jual dalam Singdollar, kita akan panggil Bakkwa Bonds, ok tak?



DENGAN kenaikan ekonomi China ni, saya pasti tak lama lagi mereka akan jadi Superpower Kedua, setelah lesapnya Soviet dulu.
Saya dah mention sebelum ini, China dah ada satu aircraft carrier.
Mereka mengejutkan ramai orang bila ada stealth submarine (ada yang kata ini cerita dongeng. Saya bukan penganalisis pertahanan. Tak tahu ler, cuma pickup berita ini).
Dan baru dua-tiga minggu ni, heboh satu dunia dengan stealth jetfighter China. Gambar.
Teknologi stealth ni bermakna, radar kamu tak dapat kesan mereka. Tiba-tiba kaboom! Kamu dah kena serang!



PENGHUJUNG CERITA

SAYA bukan nak apa cerita panjang-panjang tentang China ni.
Saya dah jemu dengan gelagat Amerika dan medianya.

Mereka pergunakan umat M ni - nak minyak murah lalu mereka sokong rejim-rejim zalim yang begitu banyak di negara Arab, agar rakyat kena tekan. Dan mereka dapat pam minyak dan gas dengan murah tanpa banyak soalan dari rakyat.
Lepas tu bila Osama dan geng mengamuk dan serang mereka, mereka salahkan Saudi kerana sekat rakyat dan bawa Islam yang sempit. Hello. Mereka jadi gitu sebab kamu yang backing rejim Arab sedemikian.

Di Iran pun dulu sehingga lahir Ayatollah Khomeini dan hingga hari ini ada Presiden Ahmedinijad yang mereka benci.
Iran jadi gitu sebab dulu kamu sokong Shah Iran yang bunuh rakyat agar kamu dapat minyak dengan murah, bahalol.

Di Afghanistan dulu, mereka tak dapat kalahkan Soviet yang masuk Afghanistan.
Lalu mereka sokong Taliban di Pakistan dan gunakan madrasah-madrasah dan ulama fahaman extreme untuk lawan Soviet. Makin extreme ajarannya makin bagus sebab tak takut mati lawan komunis Soviet.
Amerika bekalkan senjata termasuk Stinger missile.

Anda nak tahu detail tapi malas nak baca buku atau Internet? Ada movie beb yang kasi detail ni - starring Tom Hanks dan Julia Roberts - Charlie Wilson's War.
Hanks sebagai Senator Charlie Wilson yang masuk ke Paki dan Afghanistan, dan beri wang dan senjata berbilion!
Bila Soviet dah lari, mereka tak ambil senjata kembali. Taliban berkuasa menggila di Afghanistan dan madrasah ilmu-sempit merebak di Pakistan.
Mereka komplot serang kamu.
Eh! Kamu salahkan umat M lagi - kenapa extreme agama kamu ni?
Kenapa tak kurangkan sifat keIslaman kamu, kata Kuan Yew.
Kan kamu dulu yang ajar Taliban dan madrasah berfikiran begini agar benci sakan dengan Soviet?!?!



Di Iraq, mereka juga yang buat Sunni, Syiah berbunuh teruk hingga hari ini, selepas rakan mereka Saddam Hussein mampos.
Dulu mereka sokong Saddam agar dapat kalahkan Khomeini di Iran. Yang beri teknologi sarin gas tu siapa? Amerika beb.
Agar Saddam dapat kasi gas beracun kepada bala tentera Iran!

Isu Palestine pun sama. Mereka dodoikan kita dengan lagu enak, sedangkan sokong penuh dengan Yahudi.

JADI pada saya, baik kita sokong China ni naik jadi Superpower Kedua.
Biar ada balance of power macam dulu dengan Soviet.
Kamu tak sokong kami? OK, kami lari ke China.
Kamu tak mahu jual senjata? OK, China nak jual.
Kamu tak sokong kami di United Nations, tak apa China boleh sokong.

MALUlah umat M ni minta sedekah macam ni.
Tapi nak buat apa?
Pemimpin kita sibuk nak debat. Nak habiskan wang. Gaduh benda remeh dalam DUN dan Parlimen.

Sehingga kita mampu buat senjata stealth sendiri, cipta Algos dan Stuxnet sendiri, kita terus merempat ler.
Jadi buih di laut.

No comments:

Post a Comment