Tadi/Sabtu petang, ada demo di Masjid Negara anti-judi.
Ini kumpulan NGO katanya, tak ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat atau parti-parti yang sewaktu dengannya.
Nama kumpulan - Gerakan Rakyat Membantah Judi atau GMJ. Ada website lagi. Bagus.
Laporan berita kata ada lebih 500 orang. Baguslah. Walau lesen judi Vincent Tan dah kena tarik balik, masih ramai nak demo. Pada hari Sabtu petang lagi.
Yang hadir termasuk ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, yang mengaku Arab Syria dengan nama tambahan at-Tantawi.
Dan juga ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.
Eh, kata mereka kepada wartawan, kami bukan hadir sebagai member parti, tapi secara peribadi.
Pihak NGO ni mahukan SEMUA PERJUDIAN di Malaysia diharamkan. Mak oi.
Bukan sports betting saja. Bagus tu. Baca di sini.
Tapi errr.... ini bukan rancangan Pakatan beb.
Pakatan hanya menentang lesen judi Vincent tu sebab Umno-BN yang bagi. Dan sebab lesen sebegitu berharga tapi diberi 'percuma' dan tabung rakyat tak dapat hasil.
(Jika ditender, tentu harga lesen mahal. Vincent saja nak jual syarikat Ascot miliknya kepada syarikatnya yang besar Berjaya Corp, yang juga milik pelabur awam, dengan harga RM525 juta).
Jadi apa pula pendirian Pakatan - haramkan semua judi atau hanya judi yang dipromosikan oleh Umno-BN saja? Saya nak tahu juga.
Lebih-lebih lagi pendirian PAS. Dalam negara Islam, judi dibenarkan ke?
Dan lebih menarik, saya di dewan Kelantan Trade Centre dua minggu lalu apabila Ustaz Nasruddin buat ucapan menarik. Katanya penarikan lesen Ascot ni hanya permulaan.
Ustaz Nasruddin mahu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, SEMUA PREMIS JUDI TIDAK DIPERBAHARUI lesen mereka!!!
Ya, bukan saja haramkan lesen judi Ascot, tapi apabila tiba masa nak perbaharui lesen premis judi yang sedia ada di Kedah, Selangor dan Penang (Kelantan dah tak ada), JANGAN dilayan.
Baca di sini dan sini.
Ini ucapannya sebagai ketua Pemuda PAS buat pertama kali.
Ditanya, PAS ni memang tak suka semua perjudian atau hanya kerana di promote Umno-BN, jawapannya di sini.
Nasrudin also denied newspaper reports quoting the PAS Youth wing as “unwilling” to push for a full ban of all types of betting.
“To be clear what we mean is that we agree that all forms of gambling, betting should be banned.
“But for now we will focus our efforts on sports-betting,” said Nasrudin.
Di demo, tadi, kata Shamsul Iskandar, isu judi bukan perkara kecil kerana ia melibatkan masa depan rakyat dan negara.
“Adakah rakyat mahu negara ini dipenuhi dengan judi? Adakah rakyat mahu wang hasil negara diperoleh daripada hasil judi?
“Jadi kita perlu menunjukkan sikap tegas dalam perkara ini dan bangkit bagi menyampaikan suara kita kepada kerajaan,” katanya.
Baca di sini. Cantik. Maknanya jika Pakatan jadi kerajaan esok, casino Genting akan ditutup. Dan Sports Toto dan semua premis judi juga. Bagus. Saya sokong!
-----------------------------------------
So how now, Pakatan?
Saya tahu Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng, suka bercakap tentang 'amar makruf, nahi mungkar'.
Wah orang Cina pun dah pandai cakap bahasa Islam, bangga orang PAS dengar.
Saya pun bangga sebab LGE ni baik jadi bos di Penang berbanding sebelumnya, kata orang di sana.
Jadi kerana sebahagian daripada amar makruf, nahi mungkar si muslim ialah tiada perjudian langsung, amacam bos? Di Selangor? Kedah? Set, kita tutup semua premis judi ini.
Hidup Pakatan!
No comments:
Post a Comment