Thursday, December 30, 2010

Tahun Baru - Tears in heaven




Anak Eric Clapton, Connor 4tahun meninggal setelah terjatuh dari condo tingkat 53.





 PERJALANAN HIDUP - Ramli Sarip

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku




----------------------------------------
SAUDI, PAS & NEGARA ISLAM 

Bukan saya saja yg marah tentang bangunan jam gede di Makkah tu. Ramai lagi.
Lihat ni, musuh pun dah tahu, umat M boleh dijual hanya kerana wang. Masuk New York Times you, dan inilah pemandangan jam besar tu dari kawasan Kaabah. Sedih.

Saya tanya lagi: Apa perlunya bangunan yang memperkecilkan martabat Kaabah?
Hotel mewah dan orang kaya lebih dimuliakan.

Nanti kita tawaf sibuk nonton jam tu, nak tengok bila nak makan. Dan nak tahu bila kita boleh masuk kembali ke bilik hotel kita yg mewah kat depan mata tu.
Agama telah dikomersilkan? Wah, marah nanti Pak Saud tak kasi hamba ke sana lagi. Tapi ini hanya luahan orang kecik.
Yang lebih sedih - artikel NYT tu tulis banyak lagi pembangunan kondo mewah nak dibuat kat situ.
Mereka nak OrchardRoadkan dan KLCCkan Makkah. Bahalol betoi.



DAN di Malaysia, ada orang atas dah nak tutup konsep Negara Islam PAS.
Takut tak dapat undi dan terus jadi parti kampung, anak ulama kata baik PAS jadi parti nasionalis. Berpijak di bumi nyata.
Bagus tu, sebab konsep Negara Islam kuno. Takut nanti orang lempar batu, halau kita dari kampung mereka. Tak undi kita.
Kita modenkan Islam, kasi orang masuk masjid pakai ketat-ketat tak payah bertudung, jual arak di convenience store, ludah bila orang sebut agama.  "Over my dead body".
Saya sokong. Syabas.

Errr cuma saya konfuse sikit.
United Malays NATIONAL organisation - "kebangsaan Melayu" - apasal pura-pura nak jadi parti Islam? Nak gubal dasar Islam itu dan ini? Perangai masih merampok rakyat.
Tak 'yah lah. Jadi parti nasionalis macam PAS bagus. Senang dapat undi.

Saya syorkan nama baru utk PAS = Parti Assyabiyah = masih boleh kekal namapendek "PAS".

No comments:

Post a Comment