Sunday, December 5, 2010

Merokok itu haram. Betul ke?

Semua orang ada satu detik dalam kehidupan yang boleh membawa kita ke sana atau ke sini. Ke kiri atau ke kanan.
Salah satu detik itu untuk saya ialah semasa Menengah 2 di Sekolah Menengah Pasir Panjang, atau dikenali oleh kami dengan ringkasan Inggeris, PPSS = Pasir Panjang Secondary School.
Dah lama kena tutup sekolah kampung ni.
Dah tutup juga ialah Pasir Panjang Primary School yang dulunya menjadi sekolah Goh Chok Tong, bekas PM Singapork.

Di sebelah kantin PPSS ada sebuah rumah kecil warna hijau muda - digunakan untuk Boy Scout House, tapi dikunci pintunya. Murid-murid Malayo suka lepak kat belakang bangunan tu.

Satu hari seorang rakan memanggil saya ke cerok tu. Saya pun ikut.
Rupa-rupanya disitulah mamat Melayu PPSS hisap rokok.
Seorang pass sebatang yang berasap kepada saya.

Mereka semua, kata orang zaman ini, Look Cool.
Dulu orang kata - mereka Gerek.
Tak ingat apa rakan yang memberi tu kata. Tapi tentunya lebih kurang - 'Kau try ni, syiok. Gerek!'

Kerana saya nak nampak Gerek, saya pun masukkan mulut dan sedut sekali.
Mak oi. Terbatuk-batuk dan bau asap tak syiok langsung.
Lalu saya kasi balik rokok itu dan belah dari situ.




Itulah satu-satu kalinya saya hisap rokok.

Mujur juga mereka tak kasi ganja! Tentu saya syiok masuk longkang.
Zaman tu - lebih kurang tahun 1971 - orang belum kenal ice dan pil khayal. Mamat Melayu semua lagi syiok berdadah dengan ganja. Macam Beatles, Grandfunk Railroad dan kumpulan rock lain tu.

Pada saya, apa Gereknya hisap benda berbau busuk nih!?!?!
Tak payahlah.

Sekolah tu sekolah kampung, lebih kurang 70 peratus pelajar Cina, 5 peratus India. Maknanya ramai Melayu dari kampung-kampung di kawasan itu. Di Pasir Panjang Road. Hanya 6-7km dari financial district Raffles Place.
Rumah kampung saya (rumah disewa ibubapa) ialah di West Coast Road - jauh betul rasanya masa itu, kena naik bas 20minit, lebih kurang 10km.

APABILA tiba di KL 1994, saya diberitahu para ulama Selangor baru putuskan merokok tu haram.
Eh bestnya! Saya sokong. Ada orang tampal fatwa tu kat surau di tempat kerja saya masa tu di Wisma Budiman (bangunan dekat Maybank di Jalan Raja Chulan).

Tapi, eh, setiap tahun cover Perhimpunan Agong UMNO, kat luar dewan orang merokok sana sini!
Tiap malam saya pulang ke rumah dari perjumpaan besar parti Melayu-Islam, baju bau rokok.
Dan hampir setiap tahun, selama seminggu lepas perhimpunan saya demam kerana banyak menghidu asap benda syaitan tu.
Saya rasa tak ada fatwa gitu kot, kalau tidak takkan orang UMNO yang warak al-mala'ikat semua buat dunno.

GAMBAR di atas, saya nampak tertera di meja makan sebuah restoran di Geylang Serai.
Gimmick nak suruh orang henti merokok - mamat Melayu suka memancing (boleh jimat beli joran), suka main game, suka camping! Suka main bola.

Saudara-saudari,
Smoking is not cool.
Smoking kills.
Simpan duit boleh beli Nintendo, atau baju Melayu nak gi masjid (phwee-weet)!
ST0P & $AVE!

No comments:

Post a Comment