Friday, October 16, 2009

Gaduh besar dalam PKR, brand Umno naik (sikit)

7mlm. TERIMA KASIH PM NAJIB!
-------------------------------------------------------
Masih ada orang bertongkat yang nak minta duit, tak mahu kerja keras:

“The renewal in Umno is not just about amending the constitution, it also involves our attitude,” said Najib. He also took the opportunity to respond to the requests from some delegates for financial assistance to be given to division chiefs.

“I want to tell you that a lot of things don’t require monetary allocations. For example, changing from being lazy to become more hardworking,” said Najib.

--------------------------------------------------------


Nampaknya ada pergaduhan besar dalam parti agung Anwar Ibrahim.
Kalau Zaid Ibrahim, bekas menteri dalam cabinet Pak Lah, sampai nak kena ambil cuti enam bulan, maknanya nak kiamat agaknya kareer beliau dalam PKR.
Dah saya kata pun, orang dah penat dengan gelagat Pakatan ini - mereka diundi untuk memperbaiki keadaan negara, tetapi nampaknya lebih gemar main politik.


Sementara itu, inilah pertama kali saya komen tentang perhimpunan tahunan Umno. Saya tak mahu banyak komen sebab nanti saya cakap yang benar, orang marah sebab aku ni orang Singapore.
Kononnya orang Melayu Singapore tertindas, kenapa nak komen tentang orang Melayu agung di Malaysia yang perlukan tongkat kalau tidak masuk longkang.
Sebenarnya orang Singapore yang lemah ni boleh tunjuk ajar sikit golongan Melayu Malaysia kerana masih ada yang masih malas dan terus mahu dipimpin oleh Ketuanan Melayu.

Jadi saya nak komen juga: Bagus lah apa yang PM Najib dan KJ kata.
Biar orang Melayu sedar sikit - selepas 50 tahun sebenarnya orang Melayu Malaysia boleh berdaya saing dengan orang bangsa lain. Tak perlu takut.
Memang betul sebahagian daripada dasar bumiputera, seperti kata PM, perlu diteruskan, untuk membantu golongan miskin dan lemah.
Tetapi jika anda dah ada career profesional, dah ada kelayakan profesional, atau dah dapat kontrak besar, nak gunakan tongkat tu lagi buat apa?
Hanya orang tua dan orang buta yang perlukan tongkat.

Saya dari kecil hingga sekarang maju tanpa wang ihsan/kontrak/biasiswa/pinjaman tak-bayar-balik, sama ada dari pemerintah Singapore atau kerajaan Malaysia.
Arwah bapa saya drebar, ibu saya dulu amah.
Itupun boleh naik ke kareer profesional. Mereka membanting tulang untuk kita.

Ramai sungguh rakan-rakan saya berbangsa Melayu di Singapura dan Malaysia yang dulu sedaif begini, tetapi kini dah naik ke langit.
Maknanya, jika kita ada usaha ditambah doa, orang lain tak boleh kacau kita.
Jika orang bekerja 8 jam, saya bekerja 10 jam, jika dia baca satu buku ilmu, saya baca dua. Kamu berjalan 1km, saya teruskan hingga 2km.

Kata orang, permata dalam lumpur tetap bersinar (Wah, berfalsafah aku ni. Itu pun tetap bongok, cuma jadi penolong editor saja. Tetapi saya cuba juga, tanpa tongkat).

Jika kita amati apa yang dikatakan oleh PM Najib dan KJ, agar bangsa Melayu Malaysia kurang bergantung kepada dasar bumi, gerenti bangsa ini akan terus mara.
Dulu mana ada ramai doktor, akauntan, mekanik, jurutera Melayu?
Yang dah pandai, silalah buang tongkat yang melemahkan terus bangsa.

Kini Melayu perlu melahirkan Bill Gates, Warren Buffett, Li Kashing, Igvar Kamprad, Steve Jobs, Jeff Bezos dan Sergey Brin.
Esok karang, kita tawan dunia.
Jom.

No comments:

Post a Comment