Minta maaf besar, tuanku pembaca dan permaisuri sekelian. Maaf kerana ada yg terkejut saya block free access ke remgold.
Masih ada yang sayang, rupanya (cesss sabah).
Kenapa saya block free access? Dah seminggu dah. 7 hari.
Bukan apa.
Sejak kebelakangan ini, saya seperti Forrest Gump.
Dalam cerita wayang itu, Forrest dah boring dengan hidup, lalu dia berlari keluar dari rumah.
Dia berlari dari satu hujung ke hujung lain Amerika. Lepas tu berulang.
Ada orang sangka dia gila, ada pula yang tak ada kerja, ikut jejaknya.
Tetapi satu hari, dah berjanggut pun, sedang dia berlari anak, Forrest tiba-tiba berhenti di tengah jalan (LIHAT GAMBAR).
Dia berpusing dah berkata dia dah penat, nak balik rumah. Tak mau jogging lagi.
Saya pun sama: Dah mula bertanya sejak beberapa minggu lalu, what's the point of this blog?
Apasal aku buang masa tulis nonsense setiap hari? Apa tujuan, apa mesej, apa kesan?
Balik kerja penat2 - selalunya sampai rumah antara 10-11mlm, lepas tu duduk tulis isi baru atau jawab soalan pembaca. Kadang-kadang curi masa kat tempat kerja nak update. Ish ish ish.
Kau lebih bagus duduk beribadah (heehee). Konon.
OKlah, baik main Command & Conquer game ke, atau tengok wayang Hindustan.
Saya mulakan blog dulu pada Februari 2008 - betul-betul sebelum pilihanraya Mac 2008. Memang masa tu kita belum tahu Abdullah Badawi nak panggil pilihanraya ke tidak.
Blog dimulakan sebab saya khuatir benar dengan Malaysia ni kerana macam-macam problem, tapi kerajaan macam tak nampak. Hingga ada desas-desus nak panggil pilihanraya.
'Apa ni?', saya bertanya. Mana para adviser PM yang bijak bistari sehingga dapat projek berguni-guni. Tak nampak masalah di sekeliling ke, tanya saya.
Guna bahasa kasar: Kerajaan nak mampos ke panggil pilihanraya awal, sedangkan nama kamu dah busuk?
Maka antara posting saya yang pertama ialah isu CERRI (cherry) di Malaysia. Ini original title saya sendiri tentang masalah yang dihadapi di Malaysia, masa itu - sampai sekarang pun masalah Malaysia masih sama - masalah CERRI.
Buah apa tu? Baca tulisan asal saya di sini.
Inilah isu besar untuk kerajaan dan rakyat:
C = crime.
E = education.
RR = race-religion.
I = investments.
Dari tulisan itu, saya terbawa-bawa hingga minggu lalu apabila saya berhenti menulis. Baru hari ini saya masuk blog saya sendiri. Tak ada seorang pun yang saya jemput jengok sebab saya rasa nak tutup tirai.
Tetapi cuba saya post isu nak tutup kedai ni dan lihat apa reaksi.
Kalau saya sambung, saya rasa nak tukar haluan dalam blog ini.
Sebab saya merasakan terlalu ramai merasai cynicism dan scepticism (orang Amerika kata skepticism) di Malaysia ni.
Apa saja kerajaan kata, semua bangkang dan interpret bahawa ada udang di sebalik batu.
Atau ada saja yang salah. Pandai saja menghentam.
Yang pro-Umno-BN pula, menghentam Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam semua isu. Bukan setakat nak debat, tetapi kedua-dua menghentam pihak lawan walaupun nama negara terus rosak. Seperti mereka tak sayangkan Malaysia lagi, Atau pada pandangan mereka: sebab sayangkan Malaysialah maka kena expose semuanya.
Dah lah tu, saya pula nampaknya terlalu naive, Saya ingat: aku duduk di Malaysia dan Singapore - ibukota saya ialah Singa Lumpur - maka saya akan cuba tulis tentang perkara baik di Temasek (pada mata saya) biar orang di Malaysia dapat pelajari.
Dan begitu juga, benda tak baik di Singapore akan ku jelaskan (seperti masalah orang miskin, jurang besar kaya-miskin, kerajaan 'tekan' media, kempen berlebihan) agar Malaysia tak terikut masuk dalam lubang ni.
Tapi saya lupa - terlalu tinggi cynicism dan scepticism terhadap orang seperti saya dan negara asal saya. Apabila saya memuji Singapore, kena bantai juga. Heehee, kesian aku.
Nampaknya api 'permusuhan' yang dinyalakan orang politik dalam isu-isu dua hala membakar semua orang yang cuba menjadi jambatan terhadap dua negara - termasuk saya.
Pada saya, banyak perkara yang jika dipelajari oleh Malaysia atau Singapore, kedua-duanya dapat manfaat.
Tapi, orang Malaysia tak suka dengar cerita Singapore ni lebih baik (ini secara umum) dalam beberapa perkara.
Dan orang Singapore pun tak suka jika dikatakan Malaysia ni ada kebaikan yang dapat dipelajari Singapore (seperti media freedom yang lebih, kerajaan lebih 'relax', tidak membuat hukum-hakam dalam semua perkara - sampai tak flush toilet pun kena saman!)
Maka itu, saya pun kena go-stan sikit dalam isu bandingkan Malaysia-Singapore ni.
Dan saya rasa akan lebih banyak membincangkan isu teknologi yang saya gemar, dan isu besar luar negara yang menjadi sebahagian dari pekerjaan saya. Dan juga tentang isu ekonomi, yang saya mempunyai pengalaman menjadi pengamat dan penulis selama 10 tahun.
Dan lagi satu - saya terfikir selama seminggu sejak blog cilik ni di'tutup'. Macam mana nak kurangkan cynicism dan scepticism ni - baik di Malaysia atau Singapore?
Jawapannya, tulislah mengenai cerita-cerita yang lebih memberi semangat untuk orang. Bukan yang memperkecilkan negara dan bangsa (baik di kota singa mahupun di kuala tak berlumpur).
Saya ada menulis tentang teknologi (di sini dan sini) dan cerita ekonomi (di sini dan sini) yang saya rasa memberikan message of hope. Atau sekurang-kurang orang yang membaca akan berkata - 'Ah! Aku tak tahu pun ada benda ni. nasib baik ada si mengong dari Temasek tu tulis!'
Tapi itu kalau saya nak continue. Belum tahu lagi. Tengoklah macam mana.
Macam malas nak tulis lagi.
Akhir kalam, saya berterima kasih banyak kepada mereka yang menghantar email bertanya kenapa blog saya dah dikiamatkan.
Mcmne nak join remgoldblogspot?
ReplyDelete