Friday, July 16, 2010

Tidak tepat bahawa pasaran saham Malaysia tidak laku

Maaf kata, tapi kalau orang kurang mahir tentang pasaran kewangan, baik jangan tulis.

Lebih-lebih lagi jika tulisan memburukkan negara tanpa fakta yang tepat.
Yang bahalol lagi ialah yang letak komen kat bawah tu kondemn negara sendiri tanpa berfikir.

Saya pening dengan tulisan di Insider ni (website yang dikelolakan oleh rakan-rakan lama).
Bukan saya marah Insider tapi olahan yang tak terangkan cerita dengan betul.
Memang kerajaan Malaysia ni kerap mereng dalam tadbirkan negara, kita pun marah! Tapi pada saya, ini bukan tempatnya.

Betullah dalam artikel tu ditulis bahawa fund manager - pengurus dana asing yang pegang duit berbilion dolar - tak minat Malaysia dalam bulan Julai ni.
Fund manager ini seperti - kalau nak ambil contoh dekat - yang melabur wang Khazanah dan Temasek Holdings. Atau wang syarikat insurans seperti AIA dan Etiqa. Di bank-bank juga ramai fund manager, termasuk mereka yang control wang unit trust anda (saya tak pasti wang PNB boleh dilabur di luar negara atau tidak).

Fund manager ni, secara umum, boleh labur di mana saja di dunia, bukan di Malaysia atau Singapore saja. Tidak seperti wang EPF dan CPF (Singapore), hanya boleh labur di pasaran tempatan (maaf jika ini dah berubah kini).

Saya jadi wartawan pasaran kewangan selama sembilan tahun dulu. Hingga tahun 2000.
Dalam masa tu (1991-2000), orang berebut nak labur di Malaysia - sedangkan bangsa Cina dan India 'tertindas' di Malaysia, orang politik Umno-BN (masa tu Anwar dalam Umno) banyak corrupt (katanya), kroni Mahathir-Anwar banyak dapat projek (katanya), polis bantai mati orang dalam jail (katanya), pasir Selangor dicuri pemimpin Umno (katanya) dan orang Melayu miskin di bawah pimpinan Gerakan-Umno di Penang (katanya).
Saya pernah terlibat dalam melapor banyak krisis pasaran dan ekonomi.
Wall Street jatuh, Wall Street lonjak. Asian economic crisis. Central bank satu dunia masuk beramai-ramai nak defend US dollar.
Kadang satu hari kerja tak sempat nak gi toilet sebab pasaran panik!

Di satu masa, seorang penganalisis dari bank dagang Nomura (di London) menulis laporan - London shares are overvalued.
Mak oi! Hancur beb, semua saham jatuh merudum. Tak ada kena mengena dengan isu politik, atau orang Paki kena pukul kat London, atau Raja Petra jumpa Zaid Ibrahim minum diet coke kat pub.
Semuanya based on: The stock market was overvalued at that time. Prices were too high. Sell now.
Akhirnya, semua pasaran Eropah jatuh! Lepas tu Wall Street.
Lepas tu merebak ke Tokyo. Hong Kong dan Singapore. Contagion!

Jadi cakap mudah: Pelabur asing bukan kisah Perkasa atau Anwar jadi hero.
Kalau syaitan pun jadi perdana menteri, jika pelabur portolio (iaitu yang membeli saham dan bon) rasa boleh buat duit di Malaysia atau Afghanistan, mereka akan masuk.
Mereka tak kisah Cina atau India kena tindas, atau Melayu semua masuk PAS dan masuk syurga.
They only look for investing opportunities in UNDERVALUED markets, right here and now.
Ada yang beli hari ini, esok dah jual!

Sebab tu bodoh betul ada yang komen bahawa: Wah, Thailand yang kecoh tu pun lebih popular dari Malaysia. Ini semua sebab Perkasa dan Mahathir dah rosakkan negara.
Maaf, itu olahan orang bahalol mangkuk bakkutteh basi.
Thailand popular sebab pasaran saham dan bon depa dah jatuh teruk habis semasa perang sivil di Bangkok dua bulan lalu (90 orang mati, ratusan cedera, mall ditutup berminggu). Jadi dana asing nak beli sebab harga dah rendah.
Sebab tu laporan yang sama menyatakan fund manager tak suka sangat dengan pasaran China dan Taiwan. Tapi itu tidak diperbesarkan. Pasaran China dan Taiwan itu sama seperti pasaran Malaysia, dah ada "FAIR value" atau "OVERvalued".
Cara paling mudah nak calculate pasaran saham itu masih patut dibeli atau dijual ialah menggunakan kadar price-to-earnings ratio atau P/E Ratio. Kamu baca kat sini.
Fund manager ada cara sendiri nak calculate sama ada pasaran anda 'murah' ke 'mahal'.
Mereka ada chart, formula sendiri yang rahsia.
Yang diperbesarkan, kerana fund manager ni underweight Malaysia dalam Julai, ini "could potentially signify a setback" untuk kerajaan.
Nenek-kebayan kamu buat olahan apa, brader.

Pelabur mungkin kata overweight bulan June Julai Ogos, tapi jika harga saham dan bon dah jatuh pada September, mereka akan beli kembali. Ini bukan survey jangka panjang, abang oi.
Kalau nak berlaku adil, kenalah buat laporan setiap bulan. Baru nampak trend yang jelas.
Sedap dia nak bantai negara sendiri.
There is too much cynicism in Malaysia. Senang-senang depa tembak negara sendiri.

Sebab tu, saya pernah tulis - matawang RINGGIT Malaysia terkuat di Asia hanya beberapa bulan lalu. Ini pun sebab fund manager juga. Iaitu permainan pasaran kewangan yang biasa. Jika mereka rasa undervalued, mereka beli.

Anda bertanya: Kenapa pula pasaran Turkey dan Indonesia begitu popular (negara Islam) - sedangkan bangsa Kurdish masih ditekan di Turkey, media disekat! Di Indonesia, orang Cina tetap dibuli dan orang Kristian tersekat! Kan corruption lebih teruk di Indonesia? Kan Turkey ni nak mereng ke Islam, nati jadi fundamentalist amacam?
Sebabnya mudah: Ini survey bulanan. Dan pengurus dana lihat, pada bulan ini, pasaran kedua negara itu masih "UNDER valued" sebab kedua negara ini ekonominya dijangka terus melonjak.

Ah! Kat sini, sebenarnya baru kamu boleh bantai Malaysia jika nak sangat bantai PM Najib.
Kenapa ekonomi Malaysia lemah? Apa yang Najib buat? Apa yang Anwar-Kit-Hadi sarankan?
Tony Pua banyak idea, begitu juga Anwar.
Kalau bagus, kita pakailah. Bukan anggap mereka pembangkang tu musuh. Baru negara boleh membangun.

Saya segan lihat politik Indonesia masa ni - parti pembangkang PDI-P yang dijaga oleh Megawati Sukarnoputri dan suaminya. Walaupun pembangkang, tak banyak buat karenah sangat dalam isu politik dan ekonomi. Mereka jadi macam pembangkang kat Singapour, memberi pandangan yang boleh membangunkan negara.
Cuma yang kita harap, kerajaan Malaysia bila ditegur pembangkang jangan melenting sangat. Kerap juga betul apa yang dikatakan. Kurangkan wastage dan suburkan ekonomi.
Bekerjalah bersama nak pulihkan ekonomi.
Nanti survey masa depan baru orang nak melabur.

Janganlah terlalu sinis dan benci kepada negara sendiri, sehingga semua perkara sikit pun kamu nak bantai.

-----------------------------------------
OKlah, mungkin takut saya ni spin untuk kerajaan (kalau betul, tak dapat satu sen pun, brader).
Kamu mainlah dengan nombor ni. Angka tak menipu:
Ini dari KL Composite Index - ukuran utama Bursa Malaysia - di sini.
Boleh lihat harga pasaran penutup harian, mingguan, bulanan.

Kalau ikut harga minggu, harga KLCI pada hari pertama berdagang 2010 (Jan 4) ialah 1,292.98 points.
Harga penutup pada Julai 12 ialah 1,334.08.
Harga mingguan TERTINGGI ialah 1,339.30 points.
Maknanya harga dah naik dari Januari, lepas tu turun sikit saja.
Tak ada bukti pasaran Malaysia ni dah tak laku sebab Perkasa bising, Mahathir komplen dan Abang Anwar kena bawa pergi court, mahupun orang Khalid kini dituduh curi pasir (bukan orang Khir).

No comments:

Post a Comment