Saturday, April 3, 2010

Dakwah cara Temasek

Dah masuk bab agama di Temasek sejak dua hari ini, saya lanjutkan sikit.
Sama seperti di negara lain, cara agama disampaikan dah berubah jauh dari zaman saya kecil dulu.
Dulu nak belajar agama, dengar ceramah ramai-ramai ke masjid dan ke surau.
Nak mengaji Quran, kena gi rumah ustaz atau ustazah, duduk 2-3jam kena beratur nak baca depan beliau, secara bergilir.
Semua jantan kena pakai kain pelikat dan songkok, yang pompuan baju kurung dan pakai tudung.
Kalau tak tau baca, malulah kita, sebab banyak mat dan minah lain nampak!
Tapi di situlah ramai jumpa rakan-rakan baru.


Sekarang ini dah tombalik (kata orang Malaysia, terbalik).
Baik di Malaysia atau Singapore, guru agama datang ke rumah kita nak mengajar.

Nak belajar mengaji pun, *assatizah sanggup ke rumah hanya kerana nak ajar ahli keluarga kita. Mewah sungguh orang hari ini.
Yang baiknya anak dapat diperhatikan dengan rapi. Yang tak baiknya, mereka tak dapat kenal anak Melayu-Islam lain di kawasan itu.

(*plural untuk ustaz dan ustazah. Di Temasek kami jarang panggil 'ulama' sebab pada kami itu status yang tinggi. Hanya beberapa kerat saja dipanggil ulama di sini).


Begitulah juga dengan asatizah yang ada brand name di Temasek hari ini. Cara mereka berdakwah dah berubah.
Di Malaysia, asatizah boleh muncul di TV. Ada yang menggunakan blog. Kasi ceramah kat rumah Puan Sri dan Datin.
Kat Singapore, tiga yang top:





- USTAZ MOHAMMAD YUSRI. Seorang bekas imam masjid Orchard Road, Masjid Al Falah (dekat Takashimaya dan Mount Elizabeth Hospital), menggunakan blog, dan digelar Blogger Ustaz.
Anaknya tak dihantar ke madrasah tapi sekolah biasa. Cerita di sini.
Beliau sebenarnya anak kelahiran Kelantan! GAMBAR ATAS.
Blognya ialah abahyasir.com -  cara beliau bercerita tentang agama lebih mirip kepada (ahem) cerita dalam blog songsang remgold, daripada cara ustaz traditional.



- USTAZ FAHRURAZI KIAYI KASSIM. Seorang lagi mengikut cara dakwah  Kristian di sini - beliau sewa dewan besar dengan harga S$30,000 (RM70,000) untuk hanya empat jam, lalu memanggil 15,000 anak buahnya. GAMBAR ATAS.
Dengan lesen travel agency, ustaz ini mewah - pakai kot dan naik kereta BMW (tak jauh beza dengan ustaz Malaysia kot, yang naik Merc, pakai kot).
Cerita di sini.
Bapanya ialah seorang ulama yang disegani di sini, Kiayi Kassim.

- USTAZ AZMI ABDUL SAMAD. Yang seorang lagi buat TV ads nak memancing hati umat. Arwah bapanya ialah kelasi kapal, dan beliau ini dulunya papa.
Jadi pengalaman hidupnya begitu berbeza. Cerita di sini.


Ketiga-tiga cerita ini dimuatkan dalam akhbar saya The Straits Times, Singapore, minggu lalu.
Di pulau kecik ni, sejak peristiwa pahit ulama Indonesia tahun 1980an yang pernah saya ceritakan, dan lebih-lebih lagi selepas pengeboman World Trade Centre New York pada 2001, asatizah tempatan diutamakan.
Jadi cerita-cerita begini dimuatkan dalam akhbar untuk update bukan-Muslim di Singapore tentang apa yang sedang berlaku sekitaran umat Islam di sini.
Kadang-kadang ada cerita tentang gereja Kristian, persatuan Buddha dan Hindu juga.
Muslim di Singapore merupakan 15 peratus - 400,000 orang lebih sikit.
Singapore ni sebesar Perlis, dan jumlah 400,000 ni ialah jumlah penduduk Perlis. Cuma yang tak ada kat sini ialah colourful Shahidan Kassim, hahaha.

Asatizah dari Malaysia pun kini dah tak digalakkan sangat ke sini, sebab kamu di sana tu ramai dah jadi ulama politik, bukan setakat ulama agama.
Ada yang sokong PAS dan menghentam kerajaan Umno, dan yang seorang lagi tombalik - semua kerajaan Umno buat betul dan yang lain salah.
Ini tak digalakkan oleh pemerintah Temasek Darul Sekular - masalah dan perpecahan negara lain nanti diimport ke sini.
Sama juga paderi dan sami dari luar negara - janganlah bawa masalah politik negara lain ke sini.
Dulu antara ustaz Malaysia yang paling popular di sini termasuk Haron Din, Ismail Kamus.

No comments:

Post a Comment