Friday, April 9, 2010

Ringgit matawang terkuat di Asia tahun ini!

Inilah yang saya baru tulis tempoh hari - orang Malaysia ni terlalu skeptikal dan negatif terhadap negara sendiri.
Dalam beberapa minggu ini, matawang Malaysia berebut dibeli pelabur (dan spekulator pun).
Ringgit hari ini ialah matawang Yang Paling Kuat Tahun Ini di Asia (Jan to April).
Tapi saya kena baca cerita ini di dada muka akhbar saya.
Bukan di mainstream media Malaysia. Apa lagi website anti-kerajaan seperti Malaysiakini dan Insider.
Kan saya dah kata kamu semua ni nak jahanamkan negara sendiri.

Apabila pelabur asing dan tempatan keluar dari Malaysia untuk melabur di luar negara, mereka membeli dolar Amerika dan matawang lain (seperti dolar Singapura), maka Ringgit menjadi lemah.
Pada September tahun lalu misalnya, Ringgit teruk kena belasah sehingga S$1 dapat membeli RM2.46!
Kaya saya - sebab gaji dalam S$ dan selalu masuk Malaysia.

Tapi minggu ini, Ringgit dah naik.
Khamis lalu S$1 hanya dapat RM2.30.

Yang sedihnya, apabila pelabur (pelabur portfolio asing iaitu stock and bond funds, dan pelabur Malaysia seperti Petronas, YTL dan Genting yang nak melabur di negara lain) semua lari Keluar, banyak akhbar, website dan broker saham yang kata: Habislah negara ini. Semua orang dah lari.

Sekarang ini, pelabur portfolio (dan juga pelabur FDI, mungkin termasuk Coca Cola) dah berebut masuk, kenapa akhbar tempatan tak war-warkan?
Kenapa tak letak kat page 1???
Kau nak tunggu apa lagi???

Kalau berita buruk diletak kat page 1, kenapa berita baik semua tak nampak?

Akhbar saya semalam/Jumaat meletak di muka belakang - iaitu page 1 untuk section Money = berita business =
"Ringgit leads regional rally against Sing $".
Akhbar Business Times Singapore pun ada laporan.

Ringgit ditahap terkuat dengan S$ dalam dua tahun!
Bukan tak ada laporan di media Malaysia. Ada dan ada. Tapi tak di Page 1-kan.

Laporan akhbar saya menceritakan bagaimana S$ ni dah jatuh teruk, sedangkan Ringgit ialah best-performing currency di antero Asia.


Wooi.

Rupiah juga dah naik, baru saya cerita di posting sebelum ini.

Akhbar saya memetik rakan lama saya (dah lama tak jumpa):
"The perception is that Asia is growing pretty strongly and has come out of the crisis relatively unscathed," said UBS currency strategist Nizam Idris. UBS ialah bank terbesar di Switzerland.
"Central banks have undertaken quantitative easing, pumping liquidity into the financial system. That sort of money will look for a home. That sort of money will gravitate to where higher returns might be generated."

Beliau cakap pasal pasaran matawang ini berbuih-buih, susah nak faham. Sebab dia gunakan market lingo.


KITA GUNAKAN BAHASA MUDAH 

Sejak beberapa tahun ini Ringgit jatuh sebab pelabur portfolio dan direct tak masuk Malaysia. Atau yang dah ada duit, bawa keluar.
Apa tu portfolio dan direct investors ni? Saya pernah tulis di sini peranan mereka.
Sebabnya ialah keadaan ekonomi yang lemah. Lebih-lebih lagi berbanding dengan ekonomi seperti Indonesia dan Vietnam. China dan India.

Dan syarikat besar di Malaysia juga, kerana ekonomi nampaknya dah lemah, dan kerajaan pun tak banyak duit lagi (dah nak pokai), membawa duit ke luar negara untuk dilaburkan.
Genting misalnya membuat kasino baru di Singapore. YTL ada beberapa projek perumahan untuk orang kaya. Tak boleh salahkan mereka, sebab nak kembangkan perniagaan syarikat.
Petronas pun terus melabur dengan banyaknya di luar negara, sebab nak korek apa lagi kat Malaysia?

Pelabur portfolio juga tak syiok pandang Malaysia dulu sebab banyak sangat berita negatif di bidang politik. Ini dah banyak ceritanya. Cukuplah tu.

Tapi baru-baru ini (March 4), Bank Negara Malaysia melakukan sesuatu very the memeranjatkan saya.
Dia naikkan tahap interest rate di Malaysia.
Waduh, pak.
Di dunia pelaburan, pasaran wang dan business, kalau naikkan interest rate ni, sedangkan bank pusat lain semua tak buat apa-apa, dasyat tu.

1) Negara lain tak berani naikkan interest rate = kadar pinjaman wang di bank = sebab ekonomi masih lemah. Baru nak keluar dari crisis 2008 dan 2009.
Tapi Malaysia menunjukkan dia yakin ekonominya nak melonjak, jadi dia naikkan agar nanti ekonomi naik kuat sangat pun bahaya.

Interest rate, kalau rendah, menggalakkan pinjaman.
Syarikat kata "Wah, interest rate rendah. Kita boleh pinjam banyak-banyak nak kembangkan business".
Orang biasa macam kita kata - "Wah, interest rate rendah. Mari kita beli rumah, kereta, furniture Courts baru. Boleh hutang berlebihan, 'bang!'

Jadi apabila bank pusat naikkan kadar ini, maknanya dia dah yakin ekonomi nak meletup, takut Syarikat Wong dan Pakcik Remgold banyak meminjam nanti jadi parah-meswara. Kena slowkan sikit.

Ini signal kuat kepada pelabur portfolio = Eh, eh! Malaysia ni ekonominya nak meletup, mari kita masuk sekarang ni.
Beli matawang, saham dan bon Malaysia!


2) Dan juga dalam permainan matawang dunia (currency speculation = dipanggil currency trading), negara yang mempunyai interest rate tinggi, matawangnya diminati ramai.

Nak kata secara mudah: Kalau anda ada US$100 juta dan nak simpan wang dalam fixed deposit. Tentu nak pulangan paling tinggi.
Kalau letak dalam matawang Pound Sterling dapat interest 1.5 per cent, misalnya.
Letak dalam Yen dapat interest/kadar bunga 1.8 per cent setahun, misalnya.
Tapi letak dalam Ringgit dapat 3 peratus. Tentunya anda nak letak dalam matawang Malaysia ni.
Itu dinamakan "higher returns", secara ringkaslah.
Tapi wang yang masuk bukan beli matawang saja. Mereka masuk beli saham dan bon Malaysia. Sebab itu bursa Malaysia naik ke tahap rekod baru-baru ini.

Bank Negara pada March 4, telah naikkan overnight policy rate 0.25 percentage point kepada 2.25 per cent.
Pendekkan cerita: This is a bullish signal for the Ringgit and the Economy.

3) Dan kini, ada cerita matawang China, yuan, akan dinaikkan juga.
Waduh.
Ini juga bullish signal untuk Asian currencies. Menunjukkan ekonomi Asia kuat, sebab tu berani nak naikkan tahap interest rate dan matawang ni.
Sebab kalau matawang dinaikkan ia boleh menjejas eksport negara.

Kalau tahap Ringgit dan Yuan tinggi, maka orang yang nak beli barangan kita di luar negara = kerana perdagangan antarabangsa gunakan US$ = kena bayar lebih. Jadi secara umum boleh mengurangkan eksport.
Tapi China ni sebenarnya ada masalah perdagangan besar dengan Amerika, sebab tu nak dipaksa naikkan undervalued yuan.
Itu satu bab panjang.


Apapun, jika kamu di Malaysia nak holiday di luar negara inilah masanya. Matawang lagi kuat.
Nak beli barang import, inilah masanya.
Nak ke Makkah, inilah masanya, oi. Kau nak tunggu malaikat jemput?

No comments:

Post a Comment