Friday, April 30, 2010

Lambo sewa, Fendi sewa, Rolex pun sewa....

Kita rilek sikit di hujung minggu ni, jangan masuk bab bangsa, politik dan polis.

Nak cerita kehidupan di negara Singapura yang mengaku mewah dan yang terbanyak jutawan US-dollar di dunia.

Saya ni dari keluarga miskin. Lepas tu kerja jadi wartawan.
Jadi ada harapan juga jumpa orang atasan yang berpengaruh dan kaya raya.
Walapun orang ni semua tahu kami sang wartawan manusia kelas biasa, tapi orang segan juga sebab takut kami tulis perkara negatif tentang mereka.

Apabila saya campur dengan orang yang hidup di kayangan ni, saya tak pandai nak mengukur kamu ni kaya ke tidak, dari tahap atasan atau dalam longkang seperti saya.

Tapi rupa-rupanya, untuk mereka yang suka bersosial, tak begitu.
Mereka, kata orang tu, pandang atas bawah nak tengok status kita.
Mereka boleh tahu kasut kita mahal ke atau (yang saya gemar pakai) harganya S$70 sepasang, made in China.
Baju mahal Versace, Armani, atau (yang saya pakai setiap hari) dibeli kat Jusco di Datuk Keramat, Ampang AU3.


Jadi amacam nak dilihat sebagai belonging to the Glam Set?
Kalau tak mampu beli, maka kita boleh SEWA beb!




1) Kita semua tahu bahawa kereta memang boleh disewa.
Tapi baru saya tahu ni - kereta mewah pun boleh disewa (saya ke sana sini naik MRT atau teksi).
Baca di sini.
Boleh sewa Lambo dengan harga S$3,988 (RM9,100) untuk 24jam.
Baru ada Gaya, Mutu, Keunggulan.
Tapi kalau tersalah pandu, kena kejar abang polis, lepas tu ditembak dari belakang.... Opocot! Termasuk salah bab.

Tapi sang kereta tu benda besar, saya tak terkejut ia boleh disewa. Sebab mungkin kat Malaysia pun dah ada orang buat.
Tapi di Singapore, anda boleh sewa benda kecil-kecilan yang mewah juga.



2) Beg mewah.
Adoi. Ini untuk orang pompuan: misalnya wartawan tak tahu malu, nak jumpa Datin hidung tinggi.

Maaflah, saya dulu membesar kat Singapore dan menetap di Malaysia tak pernah dengar benda ni.
Saya pun selalu campur dengan makcik gi kenduri, takkan dia nak sewa beg Coach atau Longchamp (GAMBAR)?
Rupa-rupanya ada banyak kedai sewa beg mewah ni.
Di sini ialah salah satu daripadanya di Singapore. Kata rakan ada banyak kedai sewa beg ini.
Ish ish ish.
Beg Fendi tu cantik kot - tapi sewanya S$54 (RM124) seminggu. Atau RM17.70 sehari.
Kan lebih baik aku beli beg tiruan kat Petaling Street, lepas tu lebihnya buat makan nasi lemak?


Lepas tu, tak puas hati juga? JAM TANGAN pun boleh disewa!!!
Saya ada tiga jam tangan lux - Tag Heuer, Oris dan Cartier. Semuanya dibeli di Mangga Dua, Jakarta dua tahun lalu. Tiruan. Hahaha.




3) Tetapi untuk jumpa CEO, dan nak tunjuk aku ni dah sampai kat langit, boleh sewa jam tangan lux, di sini.
Ianya kedai menyewa jam mewah pertama di Singapore.
Eeks Rolex tu sewa seminggu S$254 (RM584)!
Tapi kena bayar deposit S$5,000 dulu!!!
Kalau calar atau rosak, mampoi.


Itulah tuan, puan.
Pada saya ini semua bermakna cara hidup berpura-pura di Singapore ni dah melampau.
Tapi masing-masinglah.
Asal dia tak paksa saya sewa Aston Martin (GAMBAR) nak ke pejabat dan kena sewa jam Breitling (GAMBAR) kerana nak jumpa menteri.

Kita buat hanya yang termampu. Bodohkan diri buat apa.

No comments:

Post a Comment