Panjang lagi umur si Steve Jobs ni. Ingat dah TKO.
Malang sungguh untuk dunia jika beliau sakit tenat atau tak ada lagi.
- Tanpa brilliant ideas beliau, dunia perkomputeran akan jadi lembap dan dipimpin oleh mamat botak Steve Ballmer dari Microsoft - yang semakin ketinggalan zaman.
Bodoh betul Microsoft sejak ditinggalkan Bill Gates.
Baca sini - dah lah ketinggalan iPad dan kini iPad2, tahun depan baru nak update sofware tabletnya! Baik kamu jaul goreng pisang tepi jalan, lebih banyak untung.
- Dan dunia IT akan juga dipimpin oleh syarikat seperti Nokia, yang juga ketinggalan zaman tanpa banyak idea baru. Kalah dan terus kalah - baca ni = kamu boleh lihat market share masing-masing, Nokia, RIM (Blackberry), HTC, Apple, Samsung.
Saya ni sebenarnya dah di KL sejak Khamis. Terkejut al-berok semalam apabila naik LRT dan solat Jumaat.
Kalau di MRT Singapork, boleh dikatakan 90 peratus orang yang naik MRT dan main telefon tu gunakan iPhone dari Apple.
Naik LRT di KL dua kali semalam, whoa! Ramainya orang pakai iPhone!
Semasa solat Jumaat di Masjid KLCC semalam, alamak, mamat di kiri saya tak faham khutbah bahasa Inggeris agaknya, lalu main iPhone depa! (Eh bagus juga ada khutbah bahasa Inggeris ni di masjid tengah bandar. Tapi saya rasa patut adakan setengah dalam bahasa Melayu ler).
Dan mamat lain yang saya intai main telefon sebelum dan sesudah solat juga semuanya main iPhone.
Ish ish ish.
Dunia Nokia nak kiamat sehingga terus begabung tangan dengan Microsoft.
Aduhai.
Ini macam PKR dah tenggelam di Sabah tapi nak bersatu lagi dengan Jeffrey 'Katak Supreme' Kitingan.
Atau Umno yang terkapai panggil balik Ibrahim 'Pendekar Katak' Ali beri ceramah. Dan juga Ummi Hafilda.
You are not solving the problem, but re-creating old ones.
- Ini bad news untuk Research In Motion (RIM), syarikat pengeluar sofwe dan hardwe Blackberry.
Devicenya yang dikeluarkan semua incremental upgrades. Macam Nokia dulu.
Keyboard tukar sikit, screen lebih besar sikit, bentuk tukar sikit.
Tapi tak ada zoom-boom-alakazoom cara Apple buat produk. Walhal produk Apple semuanya hanya meniru orang lain - dia pandai Tiru Macam Saya - tapi dengan memperbaiki apa yang ada.
Macam cara negara East Asia perbaiki produk - Ford yang invent kereta, tapi kini satu dunia rasa kereta Toyota dan Honda lebih kualiti tinggi.
Mat salleh mana yang invent TV dan telefon, yang perbaikinya ialah Jepun dan juga Korea.
Komputer chips yang invent dulu syarikat Am'rika, tapi Taiwan jadi sumber chips sedunia hari ini (termasuk digunakan dalam iPhone dan iPad).
- Selain Apple, hanya Google yang masih terus melonjak dengan sofwe - saya pernah ngomel di sini. Dan katanya mungkin juga Google akan ada hardwe baru.
- Baguslah si Apple ni ada iPad2. Ada sebab saya nak habiskan duit.
Lebih ringan, ada kamera - untuk berbual live nampak muka, dengan rakan di Kerdau atau Chicago.
Cuma sayang tak ada lubang Thunderbolt seperti yang diperkenalkan untuk Macbook Pronya. Baca sini dan sini.
Thunderbolt port ni logonya ialah PETIR = eeks sama dengan logo PAP Singapork (GAMBAR bawah). Takuttttt.
Ia digunakan untuk data transfer (termasuk movie) dengan lebih pantas. 12 times faster than FireWire.
Tapi saya tak rasa iPad2 ni ada Flash sofwe kot.
Siapa yang lebih tahu, sila celah sikit.
Si lembap lain dari RIM, HP, Dell dan seterusnya semua slow nak jual tablet mereka. Haish.
No comments:
Post a Comment