Tuesday, March 8, 2011

Kuan Yew kata silap tentang Muslim Singapore

Saya ngomel panjang lebar tentang Kuan Yew dan bukunya 'Kebenaran Yang Keras' (?), Hard Truths di sini, termasuk apa yang dikatakannya yang membuat ramai umat M Singapork marah - tidak termasuk saya.
Di bawah posting saya itu, ramai daripada anda pun dah beri komen masing-masing, tentang mamat LKY ni tak jaga sensitiviti kaum dengan komen terbuka begitu.

Semalam, MM Lee mengeluarkan kenyataan berkata 'Saya mohon diperbetulkan' = 'I stand corrected' tentang apa yang dikatakannya.
Baca sini, sini, sini dan sini.


--------------------------------------------------
SEMENTARA ITU

Pilihanraya umum Temasek Darul Kasino semakin dekat - Mei ini katanya. Kalau nak tunggu, pilihanraya perlu diadakan paling lewat Februari tahun depan.
Orang Indon gunakan label Pemilu - Pemilihan Umum, saya pun nak copy.
Dan kerana pulau yang saya cintai ini saya panggil Singapork, maka saya gunakan shortform Pemilupork. Hahaha.

Saya pernah cerita tentang parti-parti politik di pulau kecik ni.
Banyak parti pembangkang, tapi semuanya kerap berpecah. Dah dekat dengan Pemilupork pun masih terus nak berpecah dan gaduh (belakang tabir).
Parti pembangkang semuanya ada member lebih kurang 100 hingga 300 orang. Jadi bila 10 orang keluar, untuk parti kecil seperti Reform Party (ketuanya ialah anak mendiang JB Jeyaretnam), maka dah hilang 10 peratus dari anggota!


Baca cerita perpecahan di sini, sini, sini, sini.
Biasalah beb, politik S'pork ni macam di Maysia juga - media perdana besar2kan masalah mereka.
Tapi kadang saya rasa, tanpa media perdana pun, mereka ni macam parti-parti pembangkang di Sarawak dan Sabah. Makin lama makin berpecah dan lemah. Haish macam mana nak menang banyak kerusi!


Di Parlimen Temasek ada sejumlah 94 MP, tiga daripada mereka adalah pembangkang (GAMBAR - Bangunan Parli di tepi Singapore River).

Ini rajah tempat duduk mereka dalam Parli.
Jika kamu click atas nama mereka, boleh nampak gambar, alamat, phone numbers dan juga CV orang-orang yang berhormat ni.

Saya hingga kini mengharap sungguh ada data yang sama untuk MP dan ADUN di Malaysia dan juga Indonesia agar memudahkan wartawan buat kerja.
Dan tentunya rakyat pun mudah nak contact mereka yang dipilih rakyat ni.


PEMBANGKANG & NCMP

Dua - Chiam See Tong (Singapore People's Party) dan Low Thia Kiang (Workers' Party) - menang dalam pilihanraya.
Pembangkang ketiga dalam Parli ialah Sylvia Lim (Workers' Party) yang masuk mengikuti skim Non-Constituency MP (NCMP). Kerana sukar sangat pembangkang nak menang kerusi dalam setiap Pemilupork, maka PAP dulu kasi chance.
Ahli pembangkang yang kalah dalam pertandingan, tetapi dapat undi terbanyak dari kalangan pembangkang, diberi satu kerusi NCMP. Dulu semua tak mahu, tapi akhirnya mereka terima juga.
Kerana NCMP sebenarnya kalah undi, maka beliau Tidak Boleh mengundi dalam Parli. Boleh beri pandangan dan berdebat, tapi tak boleh mengundi.
Skim NCMP ni dimulakan kerana rakyat mahukan suara membangkang dalam Parli, tapi tak mahu undi pembangkang masuk Parli. Ish ish ish.
Cakap mudah - Rakyat fed-up dengan Yes Men, tapi takut nak undi pembangkang di kawasanundi mereka sebab takut ditekan PAP - mereka lihat kawasanundi Chiam di Potong Pasir dan kata - alamak, bas awam dikurangkan, MRT baru setahun ini masuk ke Potong Pasir (tempat lain dah 20tahun!) dan seterusnya. Iaitu takut tempat mereka dianak-tirikan macam Kelantan.


MP DIPILIH atau NMP

Tapi rakyat terus ngomel nak suara membangkang lebih lantang, maka satu skim lagi dimulakan.
Nominated MP atau Ahli Parlimen yang dipilih.
Presiden (atas nasihat Pemerintah) akan memilih SEMBILAN orang yang boleh membawa suara rakyat masuk Parli. Maksudnya kenalah orang yang dikenali oleh masyarakat. Untuk 2-setengah tahun. Boleh dipanjangkan.
Pernah ada ahli sukan, pemimpin kumpulan wanita, dan kini ada ketua kesatuan pekerja, akauntan, mamat modelling industry, wakil akademik, wakil para majikan, dan seterusnya.
Mereka tak boleh undi juga.
Di Filipina ada skim lebih kurang sama, di mana wakil-wakil industri dipilih masuk Parli.

PENDEK KATA

94 MP, terdiri daripada:
2 Pembangkang.
1 Pembangkang NCMP (tak boleh mengundi).
9 MP dipilih NMP (tak boleh mengundi).
82 MP dari People's Action Party.

Jadi bila mengundi rang undang-undang baru atau sesuatu isu dalam Parli, 82 lawan 2.


LEBIH RAMAI PEMBANGKANG MENANG?

Isu-Isu panas:

1) FT.

Saya pernah tulis antara isu yang rakyat marah yang akan dibawa ke Pemilupork.
Antaranya ialah ramainya warga asing yang 'mencuri' pekerjaan rakyat Singapoora.
Digelar FT atau Foreign Talent.
Nak apply jadi CEO atau MD, depa ambil omputeh.
Nak apply jadi executive penjualan dan nurse atau jari kerani, depa ambik pekerja dari Filipina, India.
Nak kerja cuci jamban dan pekerja bersihkan meja restoran pun, ramai pekerja dari China.
Kuan Yew dalam buku Hard Truths berkata bahawa tanpa pekerja asing ini - kini lebih sejuta orang dari 5juta jumlah manusia di Temasek - ekonomi akan collapse.
Sebab rakyat Singapork Cheena tak suka anak, maka terpaksalah ambil FT ramai-ramai, kata MM.
Tapi rakyat di bawah mengeluh - 'Want to clean toilets also must use FT ah?'
Rumit isu ini sebab seperti di KL, kita tak mahu anak-anak kita kerja jadi security guard, atau restaurant helper atau kerja di construction site. Jadi terpaksa ambil FT.


2) Pertumbuhan ekonomi.

Ini berkaitan dengan di atas. Nak ekonomi terus berkembang kena ambil pekerja muda dan qualified, agar lebih banyak pelabur asing nak buka factory, pejabat di sini.
Banyak bank dunia buka regional HQ di Temasek, termasuk hedge fund managers dan bankers untuk orang super-kaya (private bankers).
Syarikat sawit terbesar di dunia, Wilmar International, berpangkalan di Singapoora, bukan di Indonesia atau Malaysia (sedangkan ladangnya di Indonesia dan Malaysia!).
Jadi jika nak ekonomi terus berkembang, errrrr.... kenalah ambil FT. Jika tidak ekonomi tak kembang pesat, marah pula rakyat.


3) Cost of living dan inflasi.

Setiap kali ke KL, saya kerap makan ikan bakar di Melawati.
Saya baru balik ke Temasek ni. Terkejut minggu lalu bila makan ikan bakar tiga ekor dengan lauk lain (saya dan isteri) dan ditambah tiga ekor lagi bungkus (untuk makan malam), harganya ialah RM25 - hanya S$11. Jika makan di pulau selatan, harga benda yang sama gerenti dua kali ganda.
Memang betul gaji di sini juga besao, tapi tak semua orang dapat gaji besao ni. Orang middle dan upper classes tak teruk sangat, tapi di bawah tu payah. Sebab harga restoran mamak pun mahal, maka nak dapat makanan semurah di KL agak payah.


4) Freedom to criticise.

Isu ini pun ada juga. Saya letak last sekali sebab tidak seperti rakyat di banyak negara lain, kerana corruption and abuse of power begitu kurang sekali di Temasek, rakyat tak begitu ambil pusing tentang kebebasan bersuara ini.
Dan pemerintah - setelah melihat Tunisia dan Egypt - juga tahu bahawa jika rakyat dikekang terlalu ketat untuk bersuara, kamu cari maut sendiri.
Yang begitu ghairah nak criticise ialah orang muda yang banyak mengembara dan belajar di negara Barat. Atau jika mereka ngendap di Maysia pun.
Tiba-tiba mereka pulang ke Singapork, semua tak boleh komplen kuat-kuat, semua PAP saja yang betoi.

DENGAN isu-isu ini, ada desas-desus yang lebih ramai pembangkang akan masuk Parli.
Masalahnya - pembangkang terus berpecah, dan nak undi pembangkang pun orang masih takut cerita lama di Potong Pasir tu.

Jika suruh saya teka, saya rasa pembangkang akan bertambah dua lagi kerusi. Mungkin juga tambah LIMA jika mereka bertanding di kawasanundi 5-dalam-1 = GRC = Group Representation Constituency.
Di GRC, 4 hingga 6 calon lawan sebagai satu team. Kalau menang, kaut semua sekali.
Yang menjadi soalan besar ialah sama ada Chiam akan terus bertanding di kawasan satu kerusi di Potong Pasir. Atau biarkan isterinya tanding di situ, beliau sendiri tanding di tempat saya, GRC lima kerusi Bishan-Toa Payoh.
Nanti jika rancangan mereka dah lebih jelas boleh bual lagi.


--------------------------------------------------
THE DOCTOR IS HERE

Pakcik dua ekoq ni memang tak boleh diam.
Baru beberapa minggu Kuan Yew lancarkan buku, Dr M pun nak lawan sama.

Tak apalah, pada saya kedua-dua mereka bapa kita. Kita dengarlah apa mereka nak kata.
Dan seperti ibubapa kita, kalau kita boring dengan apa yang mereka katakan, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

No comments:

Post a Comment