Mamat ni kelahiran Poland.
Kerja di Pejabat Pos dan belajar mengukir di atas besi - small metal plates.
Tapi kerana tak ada pekerjaan semasa Perang Dunia Kedua, depa lari ke Sweden. Selepas kerja kecil2an, dapat kerja dengan Pejabat Pos Sweden. Dan dari situ, nama pengukir setem, atau stamp engraver, Czeslaw Slania menjadi begitu terkenal.
Sehingga beliau menjadi Royal Stamp Engraver Sweden (dilantik oleh Raja Gustav, agong Sweden).
TAK pernah dengar pekerjaan Stamp Engraver?
Saya pun tak pernah dulu, sebelum masuk hobi kumpul setem ni! Jika anda tanya saya apa itu 'stamp engraver' dan siapa Czeslaw Slania hanya tiga bulan dulu, saya pun tak tahu.
(Beliau meninggal tahun 2005).
Kini saya tahu bawa beliau ialah pengukir setem yang paling terkemuka di dunia.
Lebih 1,000 setem diukir oleh beliau, untuk 32 negara dan pulau-pulau.
Saya kini ada kira-kira 200 setem yang di bawahnya ada tertulis namanya "Cz Slania".
Tak semua setem diukir (engraved). Ada yang pakai gambar kamera lalu dijadikan setem. Atau dari lukisan besar, kemudian dikecilkan jadi saiz setem. Jadi mamat ni kerjanya agak unik.
Begitu terkenal beliau sehingga kat setem negara Sweden, Poland, New Zealand, Faroe islands, Iceland, Singapork pun tertera namanya. GAMBAR atas: Setem President pertama Temasek, Yusuf Ishak, yang diukir oleh mamat ni. Lihat di bawah kanan: Engraver - Czeslaw Slania ('Designer' orang lain, kerjanya putuskan apa font nak pakai untuk perkataan 'Singapore' dan 'Yusuf bin Ishak', warna apa gambar Merlion head itu).
Maysia tak panggil beliau ukir setem, tapi ada empat setem terbitan Singapork yang diukir oleh mendiang.
GAMBAR bawah: Setem kupu-kupu ukiran beliau. Ini joint issue Singapore-Sweden. Beliau ukir, lepas tu kupu-kupu atau apa benda lain tu akan diwarnakan oleh designer. Cantik giler jika anda lihat setem yang betul. Jika kamu teropong pakai magnifying glass, ada nama beliau di bawah kanan setiap setem: "Cz Slania".
JUGA matawang Iran (portret Khomeini = Lihat GAMBAR), India (portret Mahatma Gandhi) dan beberapa negara lain. Juga ada dalam koleksi saya.
KERJA pelukis (canvas artist) begitu mudah berbanding kerja Czeslaw ni.
Kita semua tahu apa itu setem atau postage stamp. Kecik saja!
Kerja Slania ialah ambil plate besi (metal plate) sekecil itu, dan mengukir gunakan pahat kecil bernama 'burin' (pahat kecil) untuk merekabentuk portret orang atau pemandangan - terpulang kepada apa yang diarah oleh Pejabat Pos Sweden, atau negara lain yang membayarnya.
Dan jika ada sesiapa yang sanggup bayar, beliau akan buat ler apa yang orang mahu.
GAMBAR atas - Slania dan burin sedang mengukir di atas sebiji metal plate.
Dan ada juga setem yang beliau ukir sebagai syiok sendiri - Lihat GAMBAR. Portret 23 boxing champions - koleksi ini baru saya beli dari Canada. Begitu lifelike dan menjadi 'art'.
Walhal nak ukir secantik ni, semuanya di atas besi yang kecik nonet saja.
Saya nak enjoy dan nampak detail gambar boxing champions ni kena pakai magnifying glass yang digunakan oleh pengumpul setem!
Tak tahu bagaimana beliau boleh pandai ukir sebegitu cantik di atas besi yang kecil.
Sebab jika tersalah pahat, kena buat dari mula kembali, sebab kamu memahat atas besi! Bukan atas kertas yang boleh dipadam atau diblanco.
Itulah bakat besar yang dikurnia Tuhan ke atas pak chiq ni.
Dan juga portret muka manusia yang hidup tu, beliau kena ukir mirror-image orang itu! Payah beb.
Kenapa mirror-image? Sebab plate ukirannya itu akan digunakan untuk chop gambar terbalik yang kita lihat.
Lepas tu lagi satu problem depa ukir portret ni - gambar tu mestilah muka yang orang lain akan terima. Jika beliau ukir portret Cassius Clay - yang paling bawah - tapi orang kata 'Eh eh, ni bukan muka Muhammad Ali, yang boleh float like a butterfly, sting like a bee', maka maknanya Czeslaw ni tak pandai ler!
Baca tentang kerja engraver di sini dan mengapa ramai orang suka kumpul setem mamat ni.
Susah beb. Baik kamu jadi wartawan, tulis nonsense pun macam yang saya kerap buat kat blog ni, orang gembira membaca! Heehee.
Setem Slania ni menjadi begitu popular di sebahagian pengumpul setem, terutama yang ada tandatangannya. Kamu hanya Google namanya, macam-macam artikel dan koleksi orang buat!
Dan kerana beliau baru meninggal, harga setem-setemnya masih OK lagi. Lihat auction sites ebay, delcampe.net dan bidStart.
Saya dah chope dulu 200, termasuk beberapa terbitan yang ada signature mamat ni. Nanti naik harga boleh juai.
Kalau tak naik, saya syiok sendiri pakai magnifying glass ngendap rekaannya tiap malam.
DI atas dan bawah ni, saya ambik dari Internet gambar-gambar setem ukiran beliau yang dikatakan paling cantik dan payah nak buat. Ada setem yang besar juga, tapi kebanyakannya saiz setem kecil biasa.
ATAS kanan: Setem yang ke-1,000 keluaranya. Mahai. Hamba belum beli lagi. Beliau ukir tak ada warna dan tak ada tulisan. Yang tambah ialah Designer setem.
Sverige = Sweden.
KIRI: Princess Grace, Monaco. Selain keluarga di raja Sweden, banyak setem yang dicommission oleh keluarga di raja Monaco. Kamu enlarge gambar ni - baru kamu nampak dan appreciate apa yang diukirnya!
Shadow di pipi kiri, dan biji mata, detail rambut, dan juga kalungnya! Jika nak ukir gambar Princess Grace tapi yang siap portret Kak Mah, tak boleh beb! Meledak karang loji rare earth kat Kuantan tu!!!
ATAS: Antara yang paling menjadi kegemaran ramai. Portret kambing. Susah betoi nak buat ni - sebab nak kasi cantik rambut kambing ni. Dan lihat matanya! Very lifelike. Dah lihat gini, baru kita appreciate setem ni. Foroyar ialah Faroe islands di Norway. Dan dapat kita belajar Ilmu Alam.
ATAS: 'Rokoko stamp by Slania' - Kamu sebut ni, semua pengumpul setem tahu apa yang dimaksudkan. Eeks, terserlah bakatnya. Lihat teko silver tu - teko air 3-dimension. Dan pasu berbunga tu.
Walhal yang dikur di besi kecil (eh, berapa kali nak cakap da!)
Setem kumpulan Sweden, ABBA.
Dan di bawah ni, tak tahu saya macam mana pokok pun begitu cantik detailnya, juga air sungai! Seperti kita gunakan kamera.
No comments:
Post a Comment