Nampaknya pembangkang di Malaysia hangat menentang kerajaan Malaysia daripada memulakan GST (Goods & Services Tax).
Logik juga argument mereka - misalnya yang dibawa oleh Tony Pua dari DAP.
Untuk kerajaan pula, pengenalan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST dalam bahasa Melayu) boleh merendahkan cukai pendapatan dan syarikat.
PM Najib Razak pun kata begitu.
Di website NGO ini ada banyak fakta dan cerita tentang GST di Malaysia.
Blogger terkemuka (cesss sabah!) sakmongkol pun sampai ada three-parter nak jelaskan isu ini dengan mudah. Dalam bahasa inggeris lagi, you.
Tony menulis bahawa daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja, hanya 15 peratus saja yang bayar cukai. Yang 85 peratus lagi tak bayar.
Maknanya lebih ramai orang lagi akan dibebankan dengan cukai jika GST dimulakan.
Di Malaysia, jika gaji kurang dari RM2,000 sebulan (iaitu kurang dari RM25,000 setahun), anda tak payah membayar cukai.
Tetapi betul ke yang menjual goreng pisang, membuka restoran dan yang menjual VCD tu gajinya kecil?
Sebab ramai mereka ini tak bayar cukai - konon gaji kurang dari RM2,000 - tetapi tinggal di kondo/rumah teres dan ada kereta City dan Avanza, atau sekurang-kurangnya Myvi.
Dekat tempat saya tinggal banyak flat kos rendah dan sederhana. Ramai yang pasang aircon dan Astro. Wooi. Kereta pun paling kurang Saga dan Persona.
Jadi, memang argument Tony betul, jika dilihat dari perspektif 'orang miskin'.
Tapi kalau betullah mereka miskin - iaitu gaji kurang dari RM2,000 sebulan.
Saya pula MENYOKONG adanya GST (tetapi ada syarat sikit ler. Nanti dijelaskan).
Dan jika dilihat dari perspektif saya/aku/i/ana/gua (bekas pembayar cukai di Malaysia), ianya begini:
1) Ramai perampok negara yang kaya raya tak bayar cukai!
Mereka merampok duit rakyat dari projek yang di jack-up harga, atau dengan songlap duit tapi terus dapat lari (takkan dah kebas lepas tu bayar cukai!?).
Jadi dengan adanya GST ini mereka pun tak dapat lari lagi!
Begini: Lepas merampok dan menyonglap (ada ke perkatan ini?) wang, mereka tentunya nak membeli rumah baru, kereta-kereta mewah, TV besar dan nak holiday ke Perth.
Semuanya mereka kena bayar GST!
(Akan saya jelaskan pandangan GST ini oleh orang Temasek yang dah lama kena bayar benda ini).
2) Memang sedap Tony argue dari pandangan orang miskin. Tetapi sebenarnya, jika mereka betul miskin, mereka tak perlu khuatir sangat.
Sebab yang miskin tak kena teruk GST ni.
Ini pengalaman saya di Singapore.
Dan lagi pada pandangan saya: Woi, banyak lemak, orang yang mengaku miskin ini!
Tentang tak bayar cukai semua line-up mengaku papa kedana. Tetapi mereka 'menyibuk' pula nak gunakan benda sama dengan pembayar cukai seperti saya.
Misalnya, katanya mereka gaji rendah, tetapi masih mampu membeli kereta Honda Civic dan TV 40inci baru.
Saya baru dua minggu lalu ke sebuah perumahan DBKL di KL untuk orang bergaji rendah - flat PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin di kawasan Keramat.
Ooi, penuh dengan kereta! Sesak, sampai tak ada tempat parking - 200 tempat parking semuanya penuh dan double park lagi!
Ini, menurut penduduk perumahan itu, terjadi setiap hari dan malam.
Jika pulang ke tempat itu lepas jam 10 malam, kena park jauh di tepi jalan utama.
Di luar flat mereka pula, semuanya ada pasang satelite dish Astro.
Wooi, kalau betul miskin, takkan mampu pasang Astro - paling kurang kena bayar sewa RM100 sebulan!
Walhal sewa flat PPRT ni hanya RM24 sebulan!!!!!! Betul, hanya RM24.
Naik tocang mereka ini menipu kerajaan.
Dengan adanya GST, jika mereka membeli kereta, TV atau masuk Astro ke rumah, semua kena cukai. Padan muka!
Mereka pun perampok juga! Perampok kecil. Kalau mereka betul miskin, tak perlu takut.
---------------------------------------------------------
INI CERITA GST di Temasick Darul PAP (Pay And Pay)
Ini penerangan kenapa Singapore ada GST:
Why must Singapore implement GST?
GST was introduced as part of a larger tax restructuring exercise, to enable Singapore to shift its reliance from direct taxes to indirect taxes. GST has also enabled Singapore to sustain a lower income tax rate. Being a tax on consumption, and not income, GST inherently encourages savings and investments.
Kita cakap tentang Cukai Individu lah (Individual Income Tax), sebab saya bukan bizman nak bual tentang Corporate Income Tax.
Di Singapore, cukai peribadi tertinggi ialah 20 peratus. Itupun kalau pendapatan kamu S$320,000 (RM768,000) ke atas setahun. Lihat sini.
Di Malaysia, cukai individu banyakkkkkkkk tinggi! Kadang nak pingsan saya bayar - semasa kerja di KL.
Gaji bukan besar ke mana, tetapi cukai menakutkan dan kena bayar ansur-ansur.
Saya ada dengar cerita dari Al Jazeera di KL dulu. Ramai wartawan mat salleh yang masuk bekerja di pejabat itu (di Petronas Towers 2) yang melonjak bila dapat kerja di sana.
Gaji besar! Ada yang dapat RM20,000 sebulan, ada yang RM30,000 sebulan.
Tetapi mereka terlupa nak tanya tentang cukai pendapatan di Malaysia.
Pada penghujung tahun, semua meraung dan memaki hamun! Kena cukai 15-25 peratus!
(Pelajaran penting: Bila dapat kerja di luar negeri, jangan syiok saja dapat gaji tinggi. Tanya 'hidden costs' seperti cukai pendapatan, harga menyewa rumah, harga makanan, membeli kereta, bayaran sekolah anak-anak).
Di Malaysia, cukai individu tertinggi ialah 27 peratus. Untuk tahun depan, jatuh ke 26 peratus. Lihat sini.
Tapi cukai Malaysia ni ada problem besar untuk pembayar cukai seperti saya.
Sebab kalau di Singapore, gaji tahunan kamu lebih RM768,000 baru kena cukai 20 peratus.
Di Malaysia, baru kena satu-pertiga dari itu - RM250,000 - dah kena 27 peratus!
Iaitu sama juga jika gaji bulanan kita di Malaysia RM3,000, RM5,000 atau RM8,000.
Cukainya tinggi jika dibanding dengan di Singapore atau Hong Kong. Susahlah brader.
Lihat table cukai Singapore dan Malaysia lagi - jika di KL, gaji RM5,000 sebulan, atau RM60,000 setahun - cukai lebih kurang 12-19 peratus!
Di Singapore, gaji sama, cukai hanyalah 5.5 peratus (ia mengikut kiraan kasar).
Jadi dengan GST di Malaysia karang, kita harap cukai individu ni akan turun mendadak - manalah tahu saya nak kerja lagi di Malaysia! Ada harapan cukai di Malaysia jatuh sama dengan cukai di Singapore.
Dan sales tax (cukai penjualan) pun ditiadakan. Iaitu secara theori, harga barangan dan servis - seperti makan di restoran - kurang.
LAIN KALI SAMBUNG LAGI.
No comments:
Post a Comment