Tuesday, December 1, 2009

Nak eksport 50 peratus keluaran Proton

Bila saya tiba di Malaysia penghujung 1994 dulu, saya dah dengar cerita ini: Proton nak eksport keretanya dengan banyak!
Kali ini, mereka kata nak eksport 50 peratus daripada kenderaan buatan Malaysia. Wow.
Boleh ke jual 20,000-30,000 kereta di luar negeri? Takpelah cuba jangan tak cuba.

Dulu semasa saya belum bertugas di KL sekitar awal 1990an, nama Proton OK di Singapore ni.
(Saya selalu bawa cerita Singapore sebab saya duduk di sini, takkan nak bawa cerita London atau Perth).

Pada masa itu kereta 'hot' Proton ialah Wira. Banyak juga Wira dibeli oleh rakyat Temasek. Sering nampak di jalanraya.
Walaupun mereka rasa tak syiok membeli buatan kereta Malaysia (low class macam kereta Korea masa itu), tetapi mereka rasa bentuknya cantik dan harga berpatutan.
Di masa tu, saingan paling hebat untuk Proton ialah Daewoo dan Kia di Temasek. Hyundai pun baru memasuki pasaran (kereta dari China belum muncul lagi).
Orang Singapore yang membeli Proton mengatakan, berbanding dengan Daewoo, Kia dan Hyundai, jika kereta Malaysia mereka rosak, mereka boleh ke JB. Spare part murah.
Ini yang kerap sangat saya dengar dulu tentang kenapa mereka membeli Proton. 'Spare part murah di JB'.

Tetapi kini 15 tahun ke hadapan, payah nak nampak Proton (atau Perodua) di jalanraya Temasek Darul Dollar ni.
Bukan zero, tapi payah nak nampak.
Pada saya, sebabnya ada dua.

Sebab pertama: Kereta terbaru dari Malaysia ialah Proton Waja. Lepas tu Proton Sawi (maaf, Savvy).
Ini bentuk kereta lama brader. Dah lebih dari lima tahun model-model ini keluar!

Kita bandingkan dengan bentuk model yang lebih "moden" dan "seksi" dari Kia, Chevrolet (pengganti Daewoo di Singapore dan Malaysia), Hyundai.
Saya baru melihat Kia Forte di carpark blok saya - syiok. macam Mitsu Lancer dan Honda Civic.
Sama juga Chevy Cruze. Menggiorkan (takpe ini cakap pasal kereta, ustaz tak marah).
Atau Hyundai i30, yang cuba nak lawan VW Golf dan Merc B-Class.

Lepas tu kamu lihat Waja dan Sawi (maaf, Savvy).
Eeks, baik aku naik MRT.


Sebab kedua: Orang politik Malaysia main taik. Maaf kata.

Lepas Rafidah kena isu AP (Approved Permit), Pak Lah pula kena main-main dengan exco Terengganu yang tak mahu pakai Perdana lalu membeli Mercedes.
Lepas tu Dr M pula asyik membangkang setiap kali saham Proton nak dijual agar boleh membawa partner yang mempunyai teknologi lebih canggih dan cara pemasaran lebih tajam (agar boleh eksport). Katanya beliau sayang dengan syarikat tempatan ni.

Saya tak tahu sama ada Dr M naik Perdana ke tidak, tapi saya tahu di Parlimen tu yang naik Perdana ialah kerana ia kereta rasmi. Bila malam karang, semua tukar kereta.
Kalau tak ada status 'rasmi', ramai Ahli Parlimen naik Merc atau BMW atau Lexus.
Maknanya: apa guna mempertahankan sesuatu benda yang orang tempatan pun kalau boleh dah tak mahu?

Jadi semua perbalahan ini dilihat oleh orang Temasick dan mereka berkata: Kalau orang Malaysia sendiri pun tak suka dengan Proton, dan berkata kualitinya rendah, kami pun baik pilih yang lain.


Jadi harapan besar saya ialah Proton Ixora ni jangan pula ada orang di Malaysia yang perlekehkan. Bentuknya OKlah tu.
Dan saya harap kualiti eksportnya "Semuanya OK", bak kata orang Jawa.
(Walaupun pada saya, enjin 1,600cc ni underpowered/kurang kuasa. Kenapa tak jual 1,800cc atau 2,000cc untuk pasaran luar?).

MPV paling laris di Singapore ialah Toyota Picnic, Mitsubishi Grandis, Toyota Wish, Toyota Estima, Honda Odyssey dan Honda Stream.
Maknanya, tak ada market leader yang jelas, walaupun nampaknya yang paling banyak ialah Toyota Wish (sama seperti di KL, ia memang popular. Di sini, Wish baru dah keluar).


GAMBAR HIASAN: Ini MPV yang saya sedang order. Di dalam stretch Hummer ni ada bilik tidur, toilet, dapur dan surau. Kalau dah maut, terus jadi kereta mayat.

No comments:

Post a Comment