Monday, December 14, 2009

GST - Satu pandangan dari Singapura (Bab 2)

PEMBETULAN
---------------------------------------------------------
Dari apa yang ditulis Reuters hari ini, ada sikit kesilapan tulisan saya. Tulisan agensi berita itu hari ini mengenai GST:
"The new tax, charged at a rate of 4 percent, is expected by the government to raise one billion ringgit a year more than an existing sales tax that is projected to raise 7.8 billion ringgit in 2010."

Maksudnya, kerajaan dapat wang TAMBAHAN kepada cukai yang dipungut sebanyak RM1 bilion, menjadikannya RM8.8 bilion, dalam tahun pertama, 2011, GST dimulakan.
Kini, RM7.8 bilion dipungut di bawah nama cukai penjualan (sales tax).
Yang saya tulis: dengan GST, kerajaan dapat cukai RM1 bilion.

-----------------------------------------------------------

Ini Bab 2 isu GST di Singapore dan Malaysia.
Bab 1 pandangan orang jalanan (man on the street), saya, di sini.

GST dimulakan pada tahun 1994 di Singapura. Dari 3 peratus dulu, hingga 7 peratus sekarang.

Bohonglah saya jika saya kata semua orang (ataupun ramai orang) menyokong.
Siapa yang suka kena cukai itu dan ini oleh pemerintah. Kalau boleh semua kita nak free!
Di sini dan sini antara orang yang membangkang.


-------------------------------------------------------

Cerita tambahan: Tak seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dsbnya, di Singapore ni orang takut nak demo jalanan. Terus kena cekup sebab dikhuatiri menakutkan pelabur dan pelancong (kata pemerintah).
Jadi jika marah sangat tentang sesuatu isu, orang Tumasick pergi ke petitiononline.com untuk protes.
Yang setuju sign, letak nama. Letak nombor IC dan phone number kalau berani.
Jangan ingat ini kerja penakut, tak boleh meletup.

Kita dah lihat pembangkang Malaysia dan demo Jakarta - membuat jam giler satu bandaraya, dan membuat orang marah.

Kat Singapore, tulis ke petition online, seperti di atas tu, apabila skandal persatuan kebajikan National Kidney Foundation meledak dulu.
Pemerintah mulanya rilek, tetapi selepas ribuan demi ribuan orang (43,000 orang!) sign petition, dia ambil tindakan keras terhadap perampok rakyat.
Maknanya, kalau orang tak mahu KL jam, pergilah buat sign petition.
Saya pernah menulis tentang To Demo or not to Demo in Malaysia ni.
Saya akan salute Pakatan dan Anwar kalau buat gini. Tapi saya letak wang taruhan ini tak akan berlaku. Pembangkang lebih suka merosakkan nama negara dengan demo kat tengah bandar, daripada sign petition begini untuk memperbaiki keadaan dalam sesuatu isu. Maaflah, ini pandangan saya yang ikhlas.


-------------------------------------------------------

Balik kepada cerita GST: Di negara kaya macam Singapore - tak seperti di Malaysia di mana Bajet selalu defisit - iaitu lebih banyak perbelanjaan dari pendapatan, dah lebih 10 tahun - Temasek pernah defisit sejak 30tahun ini sekali saja!
Masa tu semua terperanjat berok - tak ingat bila - hanya beberapa tahun lalu apabila ekonomi meleset teruk. Jadi apabila GST dimulakan bukanlah kerana pemerintah PM Lee Hsien Loong tak cukup wang.
Tetapi ianya untuk mengadakan sistem cukai lebih adil dan mengalakkan orang berjimat, katanya.
GST di Singapore yang bermula dengan 3 peratus dari harga barangan dan servis, kini 7 peratus. Tinggi tu!

Tetapi seperti saya dah kata, cukai pendapatan (income tax) individu dan syarikat dah jatuh banyak.
Dulu cukai individu dan syarikat di Singapore sama tahap dengan Malaysia. Tetapi kini di Singapore cukai dah lebih rendah (lihat Bab 1 blog). Maknanya pekerja seperti saya kini ada lebih banyak wang dalam poket sebab cukai pendapatan dah turun.
Terpulang kepada saya hendak belanja wang lebihan itu, atau simpan kat bank.


Ini penting jika anda pelancong: Jika membeli barangan elektrikal-elektronik di Singapore, anda boleh mendapatkan kembali wang GST!
Misalnya anda membeli kamera atau handphone di Singapore - harganya termasuk GST. Tetapi anda boleh mendapatkan balik wang 7 peratus dari pemerintah.
GST ni untuk penduduk pulau kami saja.
Di tempat jualan barangan elektrikal-elektronik Funan Centre dan Sim Lim Square, ada kaunter nak dapatkan balik wang 7 peratus. Jangan kau lupa pulak, rugi nanti!
Atau bawa resit belian dan tukar kepada wang di kaunter GST di airport Changi!


Saya memberi beberapa contoh biar senang nak faham:

1) Membeli TV.
a) Saya membeli TV jenama Akira (syarikat pembuat alat elektronik-elektrik ini dari Singapore, tetapi gunakan nama Jepun. Ia begitu popular di Afrika dan Russia, sebab mereka ingat barangan Jepun!).

Akira TV 32inci = S$500, termasuk cukai 7 peratus. Saya membeli di Mustafa's Centre, mall 24jam di sini yang sangat popular seantero dunia sehingga ia menjadi tourist attraction.
Selalunya penjual dah masukkan harganya jadi tak payah last minute kena kira.
Misalnya jika tak ada GST, harga TV ialah $465.
Cukainya ialah = $35.

b) Orang kaya membeli Sony TV 42inci = $1,800, termasuk GST.
Cukainya = $126.
Maknanya kalau tak ada GST, harga TV ialah $1,674.

c) Atau jika dia membeli 32inci juga tapi brand Sony.
Harganya = S$900. Cukai? $63.

Bezakan TV murah saya dengan TV Sony ini = cukainya ialah (63 tolak 35) $28 lebih tinggi.
Lebih tinggi harga barangan anda beli, lebih teruk kena bayar GST.



2) Membeli kereta.
a) Yang lebih ketara ialah bila kita membeli harga barangan yang lebih mahal dan lebih jauh perbezaan harga.

Misalnya, saya membeli Mazda 3 (Mazda 3 baru keluar di sini 'co-me sokmo' kata orang Klate, comel habis).
Mazda 3, enjin 1.6litre, harganya $73,000.
Saya bayar GST = $5,100.
(Saya sebenarnya tak ada lesen memandu di Singapore, hanya di KL).

b) Orang kaya membeli Lexus IS (di Singapore orang kaya suka Lexus dan BMW, sebab Mercedes E-class putih ialah teksi! Camry dan Wish pun jadi teksi, jadi tak glam).
Harga Lexus IS 2.5litre $144,000.
GSTnya = $10,000.

Ah kan! Ah kan!
Siapa suruh dia kaya!?
Biar dia mampos bayar GST tinggi - ini orang biasa seperti saya selalu kata. Hahaha.



3) Membeli tiket kapal terbang.
a) Nak terbang Singapore-KL, saya suka Jetstar sebab murah dan menggunakan KLIA, bukan LCCT Sepang.
AirAsia ke LCCT - kecoh tempat tu sebab tempatnya kecil dan selalu sesak dengan penumpang lain, baris panjang nak cop paspot.
Firefly bagus lagi sebab terus ke Subang - dekat dengan KL - tetapi harga tiket mahal sebab ia popular! SilkAir-SIA-MAS pun ke KLIA tetapi tiket mahal.

Jetstar (harga purata 'return ticket' sejak 6 bulan ini yang saya beli) $150.
Cukai = $10.50.

b) Orang kaya naik MAS-SIA sebab tak mau campur dengan orang miskin bau busuk.
Harga tambang ialah sekitar $300.
Cukai = $21.



OKAY. Dari tiga contoh mudah di atas, kita boleh lihat bagaimana GST mengalakkan penjimatan.
Dan bagaimana orang kaya lebih teruk kena bayar GST dari orang biasa.

Kalau kamu miskin sangat, agaknya hanya membeli TV 21inci, naik MRT ke tempat kerja dan naik bas express ke KL. Lagi jimat banyak wang!
(Ahem, saya tak pandai matematik, sebab tu jadi wartawan bukan akauntan. Jadi kalau salah hitung, tolong betulkan).

Dari cerita-cerita di atas, anda dapat bayangkan sendiri sama ada GST ni bagus untuk Malaysia ke tidak. Malaysia mau mulakan kadar GST sebanyak 4 peratus.
Kerajaan kata dengan GST dapat duit cukai tambahan sebanyak RM1 billion (Lihat pembetulan di atas).


Tetapi masalah Malaysia begini: Banyak sangat skandal yang meletup. Jadi orang marah, kamu nak letak cukai baru atas kepala mereka (walaupun setelah meniadakan sales tax) tetapi kadang-kadang satu scandal saja dah dapat berbilion wang yang boleh dijimatkan.
Misalnya PKFZ dari harga asal tak sampai RM2 billion, jadi RM4.7 bilion!
Banyak lagi contoh yang boleh diberikan.

Jadi tak boleh salahkan rakyat jika mereka berkata alangkah baiknya jika tak kena GST ini, tetapi sebaliknya kerajaan Pak Najib pastikan harga projek semuanya dikawal rapi.
Daripada 'membuang masa' dengan langkah baru, kenapa tak ketatkan sistem kawalan kewangan agar tak membazir?

Dan juga, banyak persepsi bahawa kerajaan suka 'membuang' wang begitu saja. Saya kata persepsi, bukan fakta. Dalam politik persepsi selalunya lebih bahaya dari fakta.
Misalnya dua kes baru ini.
Satu ialah tentang kumpulan Naza dan projek Matrade baru di mana kononnya kerajaan akan rugi beratus juta ringgit dengan memberikan tanah prime untuk mendapatkan sebuah bangunan untuk exhibition.
Kerajaan belum memberikan penjelasan yang memberikan kepuasan ramai bahawa sebenarnya tak ada rugi apa, sebaliknya untung besar mendapat bangunan RM628 juta percuma.

Yang kedua ialah projek Formula 1 Team Lotus. Berapa banyak wang akan keluar, apa pulangan? Petronas kena sponsor sampai bengkrap ke?
Tak tahulah!

Seperti dua kes ini, Kerajaan Malaysia nampaknya cakap sikit, lepas tu disambung panjang-panjang oleh pembangkang dan bloggers. Selepas tu, kerajaan tak terjawab.
Bagaimanapun, isu-isu ini hanya rakyat dan pengundi Malaysia saja yang boleh menentukan. Saya orang luar cuma memberi pandangan Kota Singa tentang isu GST ni dan kenapa saya menyokongnya.
Enough said.

No comments:

Post a Comment