Saya rasa Presiden Obama baca blog ni tak? Heehee.
Sedang kita sibuk ngobrol isu kejatuhan Amerika sebagai superpower, dan kenaikan China. Dan mungkin lepas itu India, beliau memberi ucapan State of the Union.
Ini ucapan oleh presiden Amerika setiap tahun - ucapan Keaadan Negara Kita.
SELEPAS Perang Dunia Kedua yang berakhir 1945, superpower dunia masa itu, Britain, menjadi lemah. Dan banyak negara Eropah lain yang dulu ada empayar - iaitu penjajah India, sebahagian China, Malaya, Indonesia, Vietnam, negara-negara Arab dan Afrika - menjadi semakin lemah.
Jika belum keluar dari negara jajahan, maka mereka pun keluar sebab duit dah habis akibat peperangan - kerana sebelum ini Perang Dunia Pertama pun teruk mereka keluarkan perbelanjaan dan ramai anak muda yang mati.
Britain (dulu jajah Malaya, lepas tu tewas dengan Jepun).
Perancis (Vietnam dan negara Africa).
Holland (Indonesia).
Spain, Portugal, Belgium, Austria dulu ada tanah jajahan di Africa.
Germany (Hitler) dan Italy (Mussolini) yang kalah Perang Dunia hilang negara tawanan di Africa dan Arab seperti Algeria, Morocco, Egypt dan Libya.
Di sebelah Asia, Jepun kalah lalu hilang sebahagian China, dan Communist Party of China dan Mao Zedong naik.
(Ini tulis pakai ingatan, mungkin ada silap kot).
BIG picturenya: America naik sebagai Superpower baru. Diikuti dengan Soviet Union, sedang empire terbesar masa tu Britain terus menjadi semakin lemah.
Kenapa? Kerana apabila Eropah berperang dulu, America di hujung jauh Atlantic Ocean. Jadi depa tak banyak terjejas dari segi kewangan.
Apabila join masuk World War 2 dan bantu negara Eropah kalahkan German (orang tua macam saya gemar dulu nonton kat tv cerita 'Combat', starring Vic Morrow), kewangan tetap steady.
Tapi dah naik, Amerika lalai, sedangkan Soviet Union - yang turut menang dalam Perang Dunia Kedua dengan menewaskan Germany - terus mara dari segi teknologi.
Dalam tahun 1957, Soviet tiba-tiba lancar satellite Sputnik ke angkasa.
Lepas tu dalam 1961, Soviet hantar Yuri Gagarin (Gambar) sebagai angkasawan pertama. Cosmonaut.
Depa pusing dunia dengan vehiclenya - eh eh, macam Angkasawan Negara Malaysia yang tumpang 'kereta' orang lain, lepas tu ngaku jadi *Can-or-not.
(*Dulu orang buat joke setelah orang Melayu jelajah angkasa:
Angkasawan Soviet = cosmonaut.
Amerika = astronaut.
China = taikonaut.
Perancis = spationaut.
Jepun = japonaut.
Malaysia = can-or-not).
BALIK CERITA ASAL....
Ketakutan si Uncle Sam takut kena overtake, lalu mereka lancarkan program besar-besaran nak hantar manusia ke bulan.
Itupun langkah pertama Amerika kalah, sebab Soviet dapat hantar dulu satelit ke bulan.
Tapi manusia pertama yang memijak tanah di bulan ialah Amerika, pada July 20, 1969. First landing on the moon. Neil Armstrong dan Buzz Aldrin jadi hero satu dunia. Angkasawan ketiga ialah Michael Collins yang tak turun, kena jaga kapal angkasa takut toilet sumbat. Dan kena panaskan lauk yg dibawa dari dunia.
Gambar atas sekali - Armstrong duduk kiri, Aldrin duduk di kanan.
Gambar - setem ini dulu masa kecik saya ada. Baru saya beli yang baru, bulan lalu, dengan harga beberapa dolar, sebab teringat zaman kanak-kanak dulu dan terbaca designer stamp yang terkenal ini baru meninggal. Hobi baru saya collect stamp!
Setelah landing ni, wah, the Americans have shown their technological prowess.
Mereka gedebe - Kamilah Superpower sebenar, bukan Soviet Union komunis tu.
Masa tu, saya baru darjah tiga (9tahun!), tinggal di kampung di Pasir Panjang Road, Singapork.
Televisen masih black and white. Gi sekolah jalan kaki.
Tinggal di rumah kampung ada tanah sendiri! (Kini satu Singapork tinggal flat atau kondo, melainkan yang superkaya).
Heboh habis satu dunia! Bising di radio dan TV.
Saya ingat lagi - saya yang tak pernah baca akhbar pun sibuk tumpang baca. Nak tengok gambaq.
Saya ingat lagi pakcik dan makcik saya discuss isu ni - ada yang kata betullah tu manusia dah semakin pandai, ada yang kata mana ada ajaran agama kata manusia boleh sampai ke bulan, Ustaz kata tentu penipu, mereka buat dalam studio kot.
Ada yang tanya kenapa tak jumpa alien.
Yang tak ada agama tanya - kata ada 'tuhan' kat atas tu, tak jumpa pulak.
Aku budak kecik nganga saja.
Selepas President Gorbachev dari Soviet naik, Cold War antara negara ini dengan America pun tamat.
America wins. Capitalism wins. Market economy wins.
Superpower tinggal satu saja - itu yang buat America melepak.
ROK, kata mamat Singapork. Rilek One Kornar.
Kini China, India dan banyak negara lain sedang mara.
Yang paling ditakuti America ialah China, sebab dengan India mereka boleh jadi kawan. Mereka tahu tak dapat control China.
Itulah yang membuat Obama membuat ucapan New Sputnik Moment dua hari lalu. Juga di sini.
Mereka dah sedar nak kalah beb, nama negara dah jatuh. Kita bila nak bangun tidoq?
------------------------------------------
TAMBAHAN 12.40tghhari
Wanita Asia pertama yg menang Grand Slam tennis ialah.....
Li Na dari China.
No comments:
Post a Comment