Saya kini lagi syiok dengan China.
Bukan ah moi DAP yg sedang lelap, atau yg suka masuk surau pakai baju SIA.
Bukan juga ah moi dari Orchard Road yg suka pakai iphone.
Tapi NEGARA bernama China atau PRC.
Dah hampir nak habis membaca buku mengenai sejarah China ni - buku nipis sebab nak cepat dapat maklumat dari negara berusia 5,000 tahun ini.
Lepas ni kena cari buku tebal sikit yg lebih banyak isi.
Malaysia baru 500 tahun - dari zaman kerajaan Melayu Melaka.
Singapork sejak Stamford Raffles datang masuk kampung Melayu baru 190 tahun.
Dalam buku tu ada senarai dynasty Negara Naga ini.
- dari Legend Period (Xia dan Shang dynasties). Dipanggil 'legend' sebab masa tu tak ada banyak rekod bertulis. Jadi historian mengagak siapa mereka itu dan apa mereka buat.
- Masuk dinasti Zhou. Jika anda pernah dengar cerita Seven Warring States. Masa tu ada tujuh Negeri yang tak ada kerja lain asyik perang sakan. Lihat Peta.
Tentu pernah dengar nama Confucius dan Lao Zi/Lao Tzu, ahli falsafah China yang terkenal hingga hari ini. Mereka hidup di zaman ini!
Zaman ini juga bila di India seorang bernama Sakyamuni lahir dan akhirnya menjadi Buddha. Di Greece, ahli falsafah Socrates, Plato dan Aristotle hidup.
Ooi, gemilang sungguh zaman ini - 770BC hingga 221BC. Iaitu 1,200 tahun hingga 700 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Belum habis lagi beb. Zaman Zhou ini juga - sebab banyak sangat perang - lahirnya Sun Tzu yang terkenal dengan buku strategi The Art of War.
Baca Ayat I, Laying Plans: 26. My favourite one - Battles are won BEFORE the fight.
Bukan setakat cabar-mencabar nak debat jadi hero konon dan puaskan nafsu, tapi berfikir panjang SEBELUM bertemu musuh.
Jika kamu lihat kejatuhan negeri Perak dari Pakatan ke BN - tak kisah lah kamu sokong mana pun. Tapi yang berkokok ayam nak suruh orang lompat tu si Anwar. Yang Laying Plans senyap-senyap tu ialah si Najib.
Jadilah kancil wahai Anwar, bukan ayam nak bertelor.
- Tiba pula dinasti Qin/Chin zaman Shih Huang Ti (kini digelar Qin Shi Huang atau Shi Huang Di) bila tujuh negeri disatukan dan dinamakan China. Emperor ini yg satukan Great Wall of China.
Dan hidupkan hanya satu bahasa rasmi saja hingga hari ini, yg kita kini panggil Mandarin.
(Qin = kita pronounce Chin. Dalam Mandarin 'Q' tu kamu sebut 'Ch').
Gambar Qin Shi Huang - jangan kau ingat gambaq wayang pek-ji loktang pulak!
Cantik topi zaman depa. Kini kita gunakan manik-manik tu jadi tabir antara dapur dengan dining hall!
Saya harap benar anda dapat nonton movie 1998 ni - The Emperor and The Assassin, starring Gong Li. Cerita mengenai Seven Warring States disatukan oleh Qin Shi Huang. Sekaligus dapat faham sejarah The First Emperor of China, mamat Yin Zheng ni. Nama rasminya ialah Qin Shi Huang. Macam sultan di Malaysia, bila naik takhta ambil nama lebih cantik.
- Lepas tu terus ke dinasti Han (period Romance of the Three Kingdoms, sini, starring Andy Lau dan Maggie Q = saya baca sambil nonton dan google.
Jadi faham nama-nama general mereka yang terkenal dan apa yang berlaku).
Mereka berpecah jadi tiga Negeri pulak - Shu, Wei dan Wu.
Dalam dinasti ini tumbuhnya Silk Road - jalan perniagaan antara ibunegara mereka masa itu, Xi'an (atau Chang An) dengan Rome dan negara Arab melalui apa yang kita panggil hari ini sebagai Afghanistan dan Turkey.
Tapi saya harap kamu jangan ler baca buku Romance of the Three Kingdoms ni. Bukan apa, sebab jalan ceritanya payah nak faham.
- Selepas tu Jin. Pendek dinasti ini sebab emperor pertamanya tamak haloba. Emperor keduanya bodoh tak tahu tadbir negara. Peringatan untuk kita semua.
- South-North dinasti. Pernah dengar nama soldadu pompuan bernama Mulan? Ada movie yg popular dulu. Beliau hidup di zaman ini.
- Terus ke dinasti Sui. Dinasti inilah tabur jasa besar yang kita rasa hingga kini.
Dulu jika kamu berdarah raja, anak jeneral atau orang kaya, baru boleh masuk civil service - jadi kakitangan kerajaan.
Dinasti Sui mulakan Civil Service Examination System, di mana mamat dari Kelantan dan Perlis - eh maaf, dari Inner Mongolia dan Tibet pun - boleh duduk ambil peperiksaan. Jika bagus, boleh masuk kerja dengan kerajaan. Mereka perkenalkan talent spotting.
- Masuk zaman dinasti Tang. Zaman China jadi kaya raya. Hingga mereka membuka Sea Silk Route. Buat kapal, adakan jalan perniagaan ke Rome dan negara Arab melalui laut.
- Song. Zaman barter trade ditukar dengan ekonomi yang menggunakan syiling dari copper dan silver. Mereka mula gunakan letters of credit dan juga paper money. Ini 1,000 tahun dulu brader.
- Yuan. Orang dari utara, bangsa Mongol conquer China! Ini zaman Genghis Khan (nenekmoyang Shah Rukh Khan dan siapa saja yang bernama Khan hari ini - I am serious!). Moyang Altantuya.
Di zaman inilah Marco Polo masuk ke China dan menetap selama 17 tahun. Beliau menulis banyak detail mengenai negara naga ini yg dibaca di Barat dan mengejut-berokkan mereka yg tak sangka China begitu maju.
Gambar - wang kertas Mongolia yang saya ada, menggunakan gambar Genghis Khan. Belakang wang tu kamu boleh lihat bagaimana tentera Mongol bergerak. Mereka gunakan khemah bernama Ger.
Nampak tulisan ala-Arab dalam banknote Mongolia? Empat peratus orang Mongol kini adalah Muslim (click People).
Wooi. Terror mereka ni. Conquer China. Lepas tu masuk dan tawan Moscow dan Eropah Timur. Cucu Genghis masuk Baghdad (ibu negara empayar Islam masa tu, dan conquer Baghdad). Nasib baik cicit mereka masuk Islam.
Dan cicit lain yang masuk Islam tu lah yang masuk India dan dipanggil Mughal - the Mughal Empire yang membina Taj Mahal.
Mughal tu asal perkataan Mongol ler.
Sebab saya pun keturunan Mughal India, eeks maknanya saya dan Altantuya bersaudara bau bacang! Aiks.
- Ming. Inilah zaman kegemilangan laut mereka, apabila Admiral Zheng He (ejaan dulu Cheng Ho). Beliau berlayar dengan 317 kapal dan 27,800 orang. Tak terkencing Sultan Melaka.... Macam mana nak lawan pakai sampan dan perahu?
Lihat Peta ni. Jauh pelayaran Zheng He. Sehingga ada buku yang menyatakan seorang admiral beliau lah, bukan Christopher Columbus, yang pertama jumpa benua Amerika!
Yang lagi menarik - mereka dah beribu tahun bertamadun, kita baru naik kesultanan Melaka. Bukan pandang rendah diri sendiri, tapi ia memberi kita perspektif pandang jauh dengan negara terbesar di dunia ni (penduduk: 1.3 bilion).
Yang jadi creator teknologi kertas dan gunpowder adalah China, bukan mat salleh.
- Lepas tu Qing. Depa bakar semua kapal dan China jadi inward looking. Zaman ini saya rasa warga China hari ini tak syiok sangat nak cerita. Sama juga mereka tak syiok cerita dinasti Yuan apabila Mongol tawan mereka. Zaman Qing (pronounce Ching) ni bangsa dari utara, Manchuria - sebelah Mongolia - tawan China.
Perghh. Mereka kata ini dinasti Manchu. 'Manchukuo'.
Tapi powderful China masa tu, cuma masalahnya tak mahu belajar dari orang luar. Mereka sangka merekalah terpandai. Ini juga peringatan untuk kita semua. Ingat Melayu dah pandai, tak mahu kaji pencapaian bangsa dan negara lain.
Dan mereka kena tipu dengan omputeh beb. Omputeh jual kepada mereka opium,candu. Semua China jadi addicts, senang omputeh ni control.
Saya collect wang kertas lama, dan nampak banyak wang kertas China lama yang dikeluarkan oleh Jerman, Russia, Amerika, British. Dulu saya tak faham kenapa.
Orh, rupa-rupanya di zaman inilah omputeh gasak bersama China dengan opium. Dah lemah, mereka paksa China buka pintu perdagangan luas-luas!
Mereka digelar Western Wolf Pack - termasuk juga France, Belgium, Portugal, Sweden, Norway, Holland, Germany, Spain.
Sebab tu nak baik dengan negara omputeh ni - termasuk Amerika - kena jaga sikit.
Mereka licik main politik dan suka pergunakan kita.
- Selepas lemah ni, China perbecah sehingga tertubuhnya Republic of China. Zaman ni Sun Yat Sen jadi presiden. Beliau yang menubuhkan Kuomintang - Parti Rakyat Nasional, yang kemudian lari dan menubuhkan Taiwan sebagai negara asing bila Komunis Mao Zedong menang.
Gambar - Sun Yat Sen di matawang China lama. Kenapa perlu ada tulisan Inggeris besar-besar dalam wang kertas negara Tionghua? Sebab omputeh control mereka masa tu.
Mak oi, banyaknya nama Cheena, mabuk aku. Tapi takpe, kita belajar sejarah.
Banyak peta dalam buku yang saya baca ni, tunjukkan negara 5,000 tahun ni kejap kembang jadi besar sampai Afghanistan dan menelan Vietnam, kejap kuncup sehingga kecik saja kerana diserang Mongol dan Muslim dari Sinkiang (kini Xinjiang, sebahagian dari China).
Sebab tu bangsa China sekarang ni (baik di Malaysia dan Singapork) pandai strategi, sebab atok nenek mereka kerap gaduh agaknya.
Yang Melayu mat jenin duduk bawah pokok kelapa tunggu padi tumbuh....
Tapi belum habis lagi!
- Di penghujung zaman Qing dan Republic of China tu ada pompuan jadi first lady, dipanggil Empress Dowager hinggalah The Last Emperor Puyi, yang mati jadi tukang kebun.
Beliau ditukangkebunkan oleh Mao Zedong (ejaan lama Mao Tse Tung) dan geng Komunis, apabila China digelar hingga hari ini People's Republic of China atau PRC.
Kamu jangan salah pula - bila orang kata 'Republic of China' hari ini, itu TAIWAN. China ialah People's Republic atau PRC.
BERSAMBUNG....
Kenapa sibuk nah saya tentang China? Sebab mereka dah hampir sungguh jadi superpower baru - dah ada aircraft carrier, pelaburan di seluruh dunia, dan kini dah ada stealth submarine dan baru dua minggu lalu: Stealth jet fighter!
Bank terbesar di dunia hari ini siapa?
Citibank? Hongkong & Shanghai Bank? Standard Chartered? Nope.
ICBC! Industrial and Commercial Bank of China.
Untung kita hidup zaman ini. Dulu zaman Soviet jatuh berpecah!
Lepas tu zaman Mahathir tendang Anwar yang sungguh mengejutkan dan menukar sejarah perangai Melayu dan sejarah Malaysia.
Lepas tu zaman Islam dibenci setelah peristiwa 911.
Kini kita dapat lihat kenaikan China. Dan India.
Cerita saya tentang strategi China block India di sini.
No comments:
Post a Comment