Monday, January 10, 2011

Singapore tendang semua pemain squad bola

Malaysia berpesta hingga tutup kedai satu hari pada Dec31 setelah menang Asean Football Federation Suzuki Cup yang telah dimenangi oleh Singapork pulau kecik tiga kali.

Indonesia bergaduh besar sehingga nak tendang pengerusi PSSI - persatuan sepak bola - yg juga ahli politik Golkar. Kerana mempolitikkan bola.

Di Singapork, pengerusi persatuan bola membuat pengumuman yg menggempar satu pulau.
Zainudin Nordin, presiden Football Assoc of Spore dan Mayor utk kawasanundi saya, Bishan-Toa Payoh, kata sack semua pemain pasukan negara!
Baca sini, sini, sini.

Alamak. Drastic action beb.
Katanya, ramai pemain tak ada disiplin. Training tak betul. Waktu malam masa travel nak lawan, mereka merayap keluar enjoy dan tidak duduk dalam bilek hotel.

Ada yang togok, ramai yang merokok.
Berontak dgn coach.
Blah blah blah.
Pemain disalahkan kerana tak ada disiplin, buat team kalah.

Tapi si coach tak kena buang kerja.
Dan pengerusi FAS - YB Zainudin sendiri - tak resign.
Aiks pelik bin ajaib. Macam politik pula. Salahkan orang lain!

Bila menang mereka bergambar dgn pemain sukan. Sambut di airport.
Bila kalah mereka tendang semua, tapi tak ambil personal responsibility. Tak harakiri.
Apa ni?

Saya bukan marah YB Z ni - saya tak kenal beliau dan beliau lagi tak kenal saya. Beliau MP dan Mayor/Datuk Bandar Bishan-Toa Payoh, kawasanundi saya.
Tapi bab salahkan orang bawah ni senang sungguh nak dibuat.
Dah banyak kali berlaku di mana mana.
Ini biodata beliau. Kat sini, semua MP kena hantar CV dan detail nak contact dan dimasuk dalam Parliament homepage.
Eeks pernah main bola ke YB?
Saya dulu pernah mewakili sekolah kampung saya masa di Clementi Primary School di Pasir Panjang Road. Terrorlah juga saya, walau sekolah saya kena bantai teruk dgn musuh ketat kami - Silat School di Tanjong Pagar.
Ramai bertanya: kenapa coach dan pegawai tinggi lain tak kena tendang juga?
Macam masalah Sime Darby dulu. Haish, pengerusi tuding jari sana sini, tapi tak pula lihat cermin.
Jika kamu chairman semasa banyak kerugian, kamu ler salah.
Sebab tu gaji kamu dengan gaji drebar kamu tu jauh berbeza. Kamu naik Range Rover, company yg bayar beb.
The buck should stop at the guy right at the very top.

Sama macam bola. Ramai bertanya: Jika pemain sampai tak ada disiplin, tak hormat coach, kan yg salah si coach sendiri? Dan pegawai lain yg tak tekankan disiplin?
Ada yang tunjuk kpd team France setelah kalah World Cup round satu di Afrika Selatan. Mereka juga masalah disiplin.
Yang kena kick out ialah coach.
Dan pemain yg bermasalah. Bukan semua sekali kena stop.
Peminat bola Singapork (tak termasuk saya. Saya sokong team Indonesia sebab mereka suka makan mee bakso dan minum kopi luwak), bertanya: Dah lah pemain pulau ni sikit, jika kamu tendang semua, kena start from zero. Nak cari anak muda. Kena tunggu 4-6 tahun baru ada harapan nak menang apa-apa.

Ada pula penulis surat kepada akhbar berkata: Di Singapork yg suka main bola ialah anak-anak Melayu. Melayu ni minoriti. Kenapa FAS tak ramaikan pemain sepak bola dgn ajak pemain dari kaum majoriti Cainis? Jawabnya: Anak Cheena sibuk belajar, anak Melayu fail sebab suka bersukan. Hohoho. Kamu nak marah saya pun tak apa.

Saya tak ada jawapan apa-apa nak pulihkan prestasi negara kecik ni, sebab tak pandai isu bola. Kelmarin teka Jawa menang pun dah salah!
Tapi problem beb.
Kalau kamu paksa saya utk jawapan juga: Singapork kan kaya. Kamu BELI ler semua pemain Brazil tu. Spend US$20 bil, beli 15 orang jadikan warga Temasek.
Ah esok boleh julang Asean Cup, Asian Cup, World Cup, Solar System Cup, Galaxy Cup, Universe Cup.
Kahkahkah.

No comments:

Post a Comment