Sunday, November 28, 2010

Menteri, gaji & kereta mewah

Apabila berlaku gempa dan tsunami pada December 2004, saya bergegas ke sebuah kampung di Kedah setelah diberitahu rakan bahawa ada kampung yang kena teruk.
Masa tu orang belum tahu lagi berapa besar tsunami ini - yang membunuh 230,000 manusia di Sumatra, Sri Lanka, India, Thailand.

Di Malaysia, yang kena ialah beberapa kampung di Kuala Muda (PEMBETULAN: ini yang betul, bukan Kuala Kedah! Aish, dah nyanyu selalu), dan juga di Pulau Pinang. Di Kedah dan Penang, jumlah yang mati ialah 15 orang - antara jumlah tertinggi kematian di Malaysia dalam sesuatu bencana alam. Di Pos Dipang, Perak pada 1996, yang maut seramai 39 orang.
Kampung nelayan Kuala MUDA ini ialah di mana orang jual ikan pakai sistem bisik-bisik.
TEMPAT ni bernama Kuala MUDA kerana ia di mulut Sungai Muda. Di seberang sungai itu ialah Pulau Pinang - yang juga ada tempat jual ikan sistem bisik. Baru saya ingat nama tempat.

Saya tiba di kampung Kedah itu - kini digelar Kampung Tsunami - hanya sehari selepas kejadian berlaku. Masa tu hanya wartawan Bernama dah buat laporan.

TV3, NST, Star, Utusan dari Kedah semua belum sampai - ah, bagus tak source saya! Wartawan tempatan belum tahu, saya dah sampai 300km dari KL! Datang naik teksi.

Di situ, empat-lima kereta terlonggok tersendat di tepi rumah kena ombak, dan ada seorang mamat termenung macam baru anak mati.
Rupa-rupanya kereta beliau antara yang tertimpa tu.
Ditanya, beliau menceritakan bahawa masa tu ada orang kenduri kawin. Nasib baik gempa berlaku siang hari, ada orang nampak ombak besar lalu semua bertempiaran. Dalam kecoh tu, beliau dan isteri tertinggal anaknya yang kecil! Cuak dan terpekik-pekik cari anak lepas tu.
Mujur jumpa - dibawa lari orang kampung ke darat.


TIDAK jauh dari situ, ada seorang muda yang kelihatan seperti baru mati emak. Lagi collect pinggan mangkuk di tapak rumah. Tinggal tapak saja rumah itu.
Saya bertanya - apa jadi adik?
Katanya, berada dalam rumah apabila orang pekik ada ombak besar datang. Masa tu orang belum tahu perkataan "tsunami" di Malaysia. Saya sendiri pun masa tu hanya pernah dengar ia perkataan bahasa Jepun, itu saja.
Rumahnya dua tingkat - rumah kayu.
Beliau lalu memeluk ibunya ketakutan di bilik tingkat dua. Dan bertakbir beberapa kali!
Saya ingat perkataannya - "Ombak setinggi pokok kelapa".
Pada masa tu, dalam hati berkata: Bohong budak ni, mana ada ombak setinggi itu sampai kat darat di Malaysia.
Ceritanya lagi, rumahnya dipukul ombak sehingga roboh, beliau tercampak ke atas bumbung rumah jiran.
Ibunya yang dipeluk hilang ke mana. Mayat ibu ditemui jauh di belukar - kira-kita 100m dari situ dengan mayat orang kampung lain.
Nak kata mamat ni bohong - saya lihat rumahnya hanya tinggal tapak simen saja! Begitu juga beberapa rumah sederetnya.



SELEPAS itu, beberapa hari kemudian, saya ke tepi laut Penang interview mangsa tsunami.
Dan saya ke Kuala Kedah dan Penang beberapa kali lagi dalam beberapa bulan selepas tu, interview mangsa yang dipindahkan ke rumah-rumah panjang, dan dengar komplen mereka macam-macam (tak berani tulis kat sini, sebab banyak tuduhan yang bahaya).


-----------------------------------------------------
KERETA LUXO 


TAPI ini bukan cerita tsunami tuan/datin.
Yang LEBIH memeranjatkan saya ialah lebih kurang 3-4hari selepas kejadian, berita tersebar "Agong nak datang" ke kampung buat kunjungan dan tunjuk simpati kepada rakyat. Nak pastikan kerja menyelamat dan membersihkan lancar.
PM Abdullah pun nak datang.
Maka ramailah para menteri, wakil rakyat dan pengampu lain pun berderet datang nak tunjuk muka (lepas tu, semua tak datang lagi).
Pendeknya jika tempat itu kena tsunami hari tu, setengah Kabinet Malaysia lenyap dan semua exco BN Kedah.


Yang surprised binte shocked saya ialah KERETA yang mereka pandu nak tunjuk simpati bersama rakyat ni.
Yang bawa Merc, BMW, Lexus tu biasa lah, walau tak sepadan dengan gaji menteri, MP/ADUN.
Yang paling memeranjatkan saya ialah kedatangan seorang menteri berdrebar dengan sebuah Range Rover (GAMBAR: top-end model) yang baru keluar di dunia.
Wooi, menteri ni dah beli!
Yang berenjin besar harganya masa tu ialah RM1 juta!
(Harga barunya di sini - dah 'murah sikit', sebab dah enam tahun keluar).
Eh, menteri ni gajinya lebih kurang RM18,000 saja.
Hahaha.

Maaf cerita dongeng saya panjang.
Sebenarnya, saya teringat cerita Range Rover ni apabila terbaca cerita rakan blogger Fared Isa di billyuniversal.blogspot.com. Beliau bertanya:
"Have u ever wonder how much the salaries of the minister in our country?
"With all the mansions, the BMW’s, the Jaguar’s, Lexus and etc, no one can stop from wondering how much they made every month."

Cerita remgold tentang gaji menteri Malaysia dan Singapoora di sini.

No comments:

Post a Comment