PEMBETULAN PENTING
- Kancil bertukar kijang!
--------------------------------
Ah kan, siapa suruh saya tulis malam-malam buta. Dah salah.
Terima kasih kepada Anon 08:27 (pagi-pagi dia dah bangun baca blog).
Itu bukan kancil, itu kijang! Hahaha. Tepat beliau.
Saya sengaja tidak betulkan entry di bawah ni - agar anda dapat baca sendiri logik saya yang tak logik. Tapi tolong tembak sang kancil kecik tu, masak merah.
Apa pun, mousedeer dan barking deer (kijang) ni adik-beradik lain emak.
Jika anda baca penerangan oleh auction house di bawah yang describe wang emas Kelantan tu:
"Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle."
Saya taip perkataan "kijang" tu tapi tak nampak!
Aish buta sakan.
Ah ini logo negeri Kelantan sehingga hari ini: Dua ekor kijang ekor kontot, pegang keris (nasib baik depa tak hunus keris tu, nanti mengamuk kinisidertoday!).
Ini gambar Kijang (biasanya warna coklat saja, yang ini berbelang) - macam abang si Kancil, eh.
Logo Melaka yang ada Kancil di bawah (alamak, macam tak bijak saja dua kancil ni. Warna dia pun macam coklat cake tertinggal atas meja dari semalam, kena makan cicak. Tak hensome macam kijang Kelantan). Oooi, ada lima keris kontot dan sebatang pokok di tanam DBKL.
La baru ni saya teringat - kan BNM pernah keluarkan wang emas yang dinamakan Kijang Emas. Aish, bodoh tak kena tempat pak chic remgold tua nyanyu.
Terima kasih, pembaca!
(Headline pun saya dah tukar: Wang kertas Malaysia & sang kijang).
PENGAJARAN UNTUK SEMUA: Itulah, orang selalu kata, Jangan percaya semua yang anda baca di Internet! Hahaha. Tepat sungguh.
Kena tanya orang yang lebih berilmu. Tapi takpe, asal anda syiok baca dongeng dan ngobrol saya, OK what!
--------------------------------------------------
POSTING ASAL
Saya sedang membaca itu dan ini tentang matawang, sistem kewangan, emas dan perak, tapi saya masih tak kaya.
Cuma kaya ilmu sikit.
Kerana takut esok tendang baldi (kick the bucket, kata omputeh), saya kongsi dua benda yang baru juga saya pelajari - walau mungkin cerita dah basi untuk anda.
Cerita kali ini banyak gambar jadi syiok baca.
--------------------------------------------------
1) Agong wang kertas Malaysia.
Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru.
Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?
Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.
Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.
Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.
Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju! Lebih lagi jika saya ada jet peribadi.
Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!
Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.
Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.
--------------------------------------------------
2) Logo kancil Bank Negara.
Bila saya jadi wartawan kewangan (financial correspodent) di Singapore dan Malaysia zaman dulu, bila tengok logo bank pusat Temasek, aduhai boring-ngantuk. Yawn!
Hanya duit emas bulat dengan huruf "MAS" (Monetary Authority of Singapore).
Dari kecik, memang kerap saya baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.
Jadi apabila berkelana di negara Melayu - ini dulu; sekarang kalau kita kata Malaysia tu negara Melayu, macam nak kiamat kinisidertoday dan geng dia attack - nampak pula logo kancil (PEMBETULAN DI ATAS) ni di bangunan Bank Negara Malaysia.
Orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".
Si kancil Malaysia di logo ni ekoq dia panjang.
Lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.
Saya teka ini mesti bermakna BNM tak tidoq siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia.
Atau mungkin takut nanti jika tertidoq, ada datin tukar wang kat money changer nak bawa wang lari keluar, tak tahulah.
Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekoq panjang ni?
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.
Cerita lanjut di sini.
Baru minggu lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.
Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.
Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
"Kelantan, Patani (circa 16th to 18th* century). Kupang (gold).
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."
(*300-500 tahun dulu!!! Itulah kan saya kata ini dulu negeri Melayu - ini belum masuk bab kerajaan Melaka zaman Hang Tuah 500 tahun dulu tu).
--------------------------------------------------
OK cukup ler.
Saya harap setelah baca ni, lain kali bila anda dapat wang kertas, belek dengan rapi. Bersejarah wang yang anda pegang tu.
Boleh cerita dengan anak-anak tentang sejarah negara.
Anak saya dah besau-besau, nampak duit bukan nak belek, tapi nak belanja!
Ah kan, syiok tak?
Dulu don't know, now dah jelas!
Nanti lain kali kita bual topik duit pisang Jepun, duit Malaya lama gambar King George, nak tak?
No comments:
Post a Comment