Sunday, November 8, 2009

Ekonomi M'sia kembang 9peratus setahun....Errrr

PEMBETULAN OLEH PEJABAT PM = 6 peratus, bukan 9
-----------------------------------------------------

Kalau 6 peratus OKlah juga.
Boleh kerja keras sikit nak mencapainya.
Yang menulis dan menyemak angka 9 peratus tak sedar ke???

Negara China yang besar pun pertumbuhan hanya 8 peratus setahun sejak 10 tahun ini.
Malaysia zaman Dr M hanya mampu 7.5-8 peratus GDP secara purata.
Ish ish ish....
Janganlah pula kamu mem-flip-flopkan PM Najib pulak.


------------------------------------------------------
PAGI TADI

Semasa saya membuat liputan pasaran saham-kewangan dan ekonomi Malaysia di KL dulu, ekonomi berkembang 7.5 peratus sehingga 8 peratus setahun antara 1988 sehingga 1997.
Maknanya ini secara purata, ada tahun ini menjangkau 9.5 dan ada kali 7.
Tetapi selama 10 tahun, begitulah kencangnya ekonomi Malaysia - antara yang terkuat di seantero dunia sehingga bergelar Tiger Economy (Ekonomi Rimau, dia kuat mengaum). Antara Rimau yang lain ialah Singapura, Thailand, Korea.
Bapak Rimau tentunya Dr Mahathir, gergasi yang membangunkan negara.

Begitu kuat berkembangnya ekonomi pada masa itu sehingga - tentu ramai masih ingat - nak beli kereta Proton kena tunggu hampir setahun.
Mereka yang untung dapat beli boleh gunakan 3-4 tahun lepas tu jual dengan harga Lebih Tinggi. Lebih dasyat dari Ferrari atau Bugatti collectors' item yang harganya pun terus naik.

Pasaran saham naik menggila, projek mega naik di kiri kanan sekitar bandar, banyak kampung dapat jalan raya dan lampu, pekerjaan mudah dapat.
Hari ini, terima kasih kepada Dr M - pemimpin yang namanya dulu dibusukkan geng Pak Lah, kini dibusukkan pembangkang - rakyat Malaysia middle class kini merasakan hak mereka untuk ada DUA kereta, dan rumah teres atau apartment harga tinggi.
Dan mereka pastinya merasakan mesti pergi holiday setahun paling kurang sekali; kalau tak ke Australia atau London, tentulah ke Langkawi atau Jakarta-Puncak-Bandung (sebelum kena sweeping dulu).

Tetapi masa itu - tahun-tahun 1980s dan 1990s - negara Malaysia masih banyak memerlukan infrastruktur (akhbar Singapore, Berita Harian, dia panggil 'prasarana') seperti highway, pelabuhan, stadium, pusat konvensyen dsbnya.
Bangunan pejabat, baik mall, belum cukup lagi.
Dan yang paling penting, pelabur asing masih gemar dengan Malaysia sebab gaji pekerja rendah dan negara lain seperti Vietnam, India dan China masih 'tidur'.
Kini Indonesia pun lebih baik lagi dalam pandangan pelabur.

Dan sebab ekonomi Malaysia berkembang pesat, Cina tak ada masa nak gaduh dengan Melayu tentang ketuanan dan ketuhanan; India tak sibuk nak meminta hak sebab syiok dapat kerja gaji bagus; dan Melayu pun terus maju jadi kroni.... errr maaf.... jadi para profesional dan businessmen.


Jadi saya terkejut apabila membaca PM Najib Razak berkata beliau mahu membangunkan ekonomi Malaysia setinggi 9 peratus setahun sehingga 2020.
Memang patut dipuji rancangan nak kuatkan ekonomi.
Sebab saya percaya bahawa apabila ekonomi berkembang pesat, semua masalah bangsa dan agama ni hilang - orang sibuk nak buat duit, tak ada masa nak bincang ISA atau Wahhabi.
Maknanya banyak benda boleh di sweeping di bawah karpet.

Cuma yang saya khuatir ialah terlalu banyak mega projek dah pun dibina. Jadi mana nak datang perkembangan ini?
Pelabur asing pun kurang ke sini, dan duit kerajaan pun dah kurang - lebih kurang 40 peratus dari Bajet Malaysia masih tetap dibiayai oleh Petronas. Kalau Petronas lingkup kita terkatup.
Jadi bagaimana?
Ini tentunya akan dijelaskan oleh To' Sri.

No comments:

Post a Comment