Sedih membaca cerita banjir di Saudi dan tempat-tempat orang beribadah. Sehingga ramai maut.
Mujur Prof Hamirdin okay sedang khusyuk berwukuf.
Saya dah ke umrah dua kali (terpulanglah jika nak kata perangai tak berubah pun, tapi saya rasa syiok 'bercuti' di sana dua kali. Boleh dipanggil HolYday bukan Holiday).
Saya dah pusing-pusing naik bas, kereta dan pesawat di Jeddah-Madinah-Makkah-Jeddah.
Kali pertama naik pesawat Madinah-Makkah, kali kedua naik bas dari Madinah ke Makkah menerusi padang pasir enam jam (atau lebih, dah lupa ler).
Jumlah holyday selama tiga minggu, jadi banyak juga yang dah nampak.
(Kata orang, kalau ke sana mungkin nampak/kena 'benda ajaib'. Kalau nak cerita pun saya dah mengalaminya, dicerita kepada orang mungkin tak percaya! Hahaha, tapi itu bab lain).
Apapun, kali kedua ke sana, samasa saya di Masjidil Haram, hujan lebat turun. Basah habis kawasan depan Kaabah (open air) tempat orang tawaf.
Dan saya nampak air hujan mengalir dari bumbung Kaabah melalui apa yang dipanggil pancuran emas - kata mat salleh: rainwater pipe, tapi diperbuat dari emas yang menghalakan air hujan turun dari bumbung.
Orang Malaysia berteduh di dalam masjid, tetapi lelaki Pakistan dan Bangladesh (mungkin India juga) berebut-rebut mandi di bawah saluran pancuran emas itu. Nak ambik berkat kot.
GAMBAR - Pancuran emas di sebelah kanan bumbung Kaabah. Kau ingat jurutera Islam tak tahu buat rainwater downpipe ke? Kita pakai emas lagi agar tak karat dan bawa mudarat kepada jemaah.
Pada saya dan keluarga, dapat tengok hujan di hadapan Kaabah dari tempat berteduh pun dah 'berkat'.
Siapa lagi yang pernah nampak hujan di depan Kaabah, sila angkat tangan! Tentunya tak ramai sebab jarang hujan di benua Arab.
(Memang orang benua Indo-Pakistan ni pada mata orang Tenggara Asia pelik juga cara mereka. Kita bertawaf saja, tetapi mereka ada yang peluk batu Kaabah atau kain Kaabah. Kami diajar Kaabah ini masjid suci tetapi bukan bahan idola, oi!)
Terus cerita: Cepat air naik dalam kawasan keliling Kaabah masa tu.
Baru saya perasan bahawa ini berlaku sebab TAK ADA LONGKANG di situ!
Mujur hujan berhenti setelah 10-15 minit (hujan kat negeri Arab ni cepat berhenti, sebab kebanyakan air dalam perut unta agaknya).
Lepas tu berduyun-duyu pekerja Masjidil Haram (kebanyakan orang Pakistan-Bangladesh-India-Myanmar Rohingya) turun bawa penyapu dan kain nak lap kering lantai di sekeliling Kaabah.
Sejak hari tu, saya pusing-pusing kat Makkah, memang betul saya lihat (dan saya teringat di Madinah pun sama), memang tak ada - atau tak banyak? - longkang dan drainage system di kota-kota suci Islam.
Kalau di padang pasir memanglah hujan kena resap padang pasir dengan cepat.
Tetapi di kawasan built-up bandar, tentunya kalau tak hendak banjir, kena disiapkan sistem perparitan.
TAMBAHAN: Yang pasti itu berlaku dulu, 'bang. Saya ke sana 1997 dan 2000.
Kami di Temasek ni negeri kecil dikelilingi laut. Jadi kalau hujan lebat semasa air laut sedang pasang sudah tentu bahaya banjir sangat tinggi.
Jawapannya - jika anda pusing kota Singa, ada banyak longkang-longkang besar yang kosong 90 per cent of the time. Dan juga ada banyak lubang-lubang besar (kolam kosong).
Bila hujan lebat, longkang dan kolam ini jadi tadahan sementara, jadi kalau air laut pasang pun tak tenggelam Temasek ni (kalau tenggelam, takut kami di serang ikan todak lagi pulak).
Bila dah habis hujan dan air laut surut, air dipam keluar.
Minggu lalu, kawasan Bukit Timah (tempat orang kaya), banjir. Menteri pun berkata nak perdalam lagi kolam dan sistem perparitan. Memang Bukit Timah kawasan paling rendah di Singapore dan sejak saya kecil kerap banjir.
Sama juga seperti sistem Smart tunnel di KL ni - jika hujan lebat turun di KL, air perlu disalurkan secepat mugkin untuk dibawa ke kolam dan longkang besar.
Mungkin jurutera Smart (Stormwater Management and Road Tunnel) boleh eksport teknologi ke Saudi kot.
Memang ada projek perparitan sedang dirancang - misalnya ini cerita baru keluar - gabenor nak periksa projek perparitan hujan dan banjir.
Saudara dan Datin,
Dah maghrib ni, maknanya dah masuk Aidiladha, saya beruntung dapat solat raya di KL tahun ni - sedang bercuti pendek ni.
Saya tak sempat nak ke Padang dan Sumatra Barat, tetapi mujur dapat melakukan korban anjuran Mercy Relief Singapore di sana, untuk diagihkan mangsa gempa.
Semasa gempa September-Oktober mereka masih dalam bulan Syawal. Kini dah Aidiladha.
Bayangkan rumah dah ranap, ada ahli keluarga maut. Pekerjaan pun belum tahu lagi, apakan nak menyara hidup.
Saya hanya dapat doakan dari jauh.
Selamat Hari Raya Haji.
Jom kita ke Makkah-Madinah bila berkesempatan.
Kalau takut hidup tak selesa, boleh tinggal di Raffles Makkah hotel tak lama lagi.
Blogger Malaysia di Dubai, Fudzail di sini menceritakan pengalamanya haji 2000 dan bawa story VIP service untuk haji dan hajjah jutawan.
No comments:
Post a Comment