6.30 PETANG
-----------------------------------------------------------
Baru gambaran lebih jelas kelihatan, sebab ada yang menggunakan gambar.
Lihat Utusan, agendadaily dan Malaysiakini.
Yang paling main selamat ialah Malaysiakini - yang menggunakan perkataan "hundreds" (ratusan). Pandailah.
Bernama menulis "lebih 1,000".
Tapi memang betul kata saya, wartawan (termasuk saya) memang gagal teknik mengira ni. Kesian kita semua, jom kita ambil kursus mengira....
Kalau wartawan tempatan mungkin kita akan tuduh beliau kena dengar agenda editor, tetapi Malaysiakini pun takut tersilap kira.
OKlah, ada gambar biar orang meng-agak sendiri.
Pada saya, imbasannya ialah Ratusan semaksimumnya, bukan 1,000.
Yang nampak dalam gambar, jika anda mengira, pun hanya lebih kurang 40-50 orang saja.
Tapi saya hanya melihat gambar-gambar yang di sini. Mungkin di luar gambar ramai lagi kot.
Sebenarnya ada satu teknik kalau kita payah nak kira - selain menanyakan rakan wartawan lain. Kami selalu bertanyakan abang polis yang paling senior bertugas di sana.
Kalau depa kata 1,000, kami bubuh 1,000, kalau kata 50 kami letak 50.
Dan kami tulis seperti ini: Mereka yang berkumpul semalam berjumlah 100,000 orang, kata ketua polis daerah xxxxxxx.
Jadi kalau salah pun orang balun abang polis, bukan kami. Heehee.
1.30 PETANG
---------------------------------------------------------
Menurut blog MSO, tak sampai 200 orang pun yang berhimpun tadi.
Nanti kita tunggu apa tulisan Utusan dan Malaysiakini.
Wartawan pun kadang-kadang ada agenda masing-masing.
Nanti Utusan nampak 2,000 dan Malaysiakini nampak 20 orang saja.
(Jika yang membantah pembangkang pula, Utusan nampak 20 dan Malaysiakini nampak 2,000 orang).
Kita kena lihat gambar (kalau ada yang hantar) dan agak-agak sendiri.
Saya dah terlalu kerap menghadiri demo jalan raya sejak 10 tahun ini (seperti ramai yang lain) - memang betul, jika lebih dari 2,000 orang yang berhimpun, agak payah nak mengira dengan betul melainkan kita ada pandangan helikopter (atau dari bangunan tinggi) - lebih-lebih lagi jika mereka berarak.
Tetapi jika kurang dari itu, senang nak kira.
Pernah saya hadir semasa Perdana Menteri masa itu, Tun Abdullah Badawi, pulang naik jet besar dari bercuti di Australia.
Ramai yang menunggunya - masa itu ada krisis dengan Dr Mahathir Mohamad yang baru mula menyerangnya.
Saya kira, dan kira dan kira dalam menunggu 2jam itu, saya pusing-pusing kat padang menunggu PM tiba. Tak lebih dari 2,000 orang.
Saya khuatir salah kira nanti orang tuduh akhbar saya tak sokong Pak Lah pula.
Lepas tu jumpa wartawan tempatan lain, mereka berkata: Kami dah sepakat ada 4,000 orang yang hadir. Pulak.
Saya kata: Aku dah kira banyak kali dah. Tak lebih 2,000 orang. Kalau aku tulis 1,500 malah lebih tepat.
Jawapan mereka sama: Kami semua setuju nak tulis 4,000.
Ah lantaklah, nak menipu diri sendiri.
Itu pun ada rakan kerja saya yang bodoh pro-Pak Lah mengata saya sehari lepas itu bahawa saya yang menipu. Kerja bahalol, nak menipu diri sendiri.
Seperti yang selalu saya tulis di blog ini, akhbar saya - sebagai akhbar asing - tak dibenarkan main game tipu menipu seperti ini.
Kalau silap pun dalam menulis dan menganalisa, ianya kerana silap ikhlas (atau kebebalan sendiri atau sumber kurang tepat), bukan kerana nak menyokong pihak A atau B.
1.50 petang. DAH BETUL SAYA KATA: Utusan nampak ada "kira-kira 1,000 orang". Siapa pula wartawan depa ni - Rodelio Junjun Taucan (Macam penyanyi Mexico pulak. Jangan marah ya, nanti kita jumpa di Kota Baru).
2.20 petang. Akhbar pro-PAS Siasah kata 50 orang saja yang demo! Hahaha.
Insider kata hampir 200.
3.30 petang. The Star tulis sekurang-kurangnya 1,000 orang.
Agendadaily kata "lebih 1,000". Wow.
Malaysiakini masih senyap.
(Patut lah wartawan semua tak jadi banker ke atau akauntan, sebab semua gagal habis bab matematik dan mengira ni. Ba'ghal dan bongok sampai dimasukkan longkang pun tak pandai bezakan antara 50, 200 dengan 1,0000).
TETAPI, kerap juga, wartawan gusar.
Sebab jika mereka tulis sikit sangat yang datang, nanti orang politik marah - "Kan yang datang adalah 5,000! Kenapa kamu tulis 500?"
Jadi kasihan kami kaum wartawan cari makan, gaji sikit, kontrak pun tak dapat dan belum tahu masuk syurga (sebab tak sokong PAS).
Saya pernah banyak kali menghadiri protest depan US embassy di Jalan Ampang lepas solat Jumaat.
Ada satu demo oleh Pemuda Umno yang diketuai oleh timbalan (pada masa itu) yang dicintai dan dikasihi, Khairy Jamaludin. Tak ingat mereka protest perang Iraq ke serangan Israel ke Lebanon.
Yang saya kira 500 orang yang hadir.
Tetapi ditanya ketua polis yang di sana, katanya ada "ribuan" yang datang.
Yang dari Pemuda Umno (bukan KJ) kata "5,000".
Esok keluar akhbar '5,000 rakyat Malaysia yang marah berhimpun di depan keduataan Amerika'.
Bukan Umno dan polis saja yang gagal matematik - sebab tu projek selalu hancur, sebab tak pandai mengira dengan betul.
Di satu lagi demo depan US embassy, PAS pula yang sedang marah. Samalah juga saya kira - 500 orang, hingga paling banyak pun 1,000.
Kami wartawan asing bertanya kepada Hassan Ali, masa itu naib presiden, berapa ramai yang hadir ni Tok.
Jawapannya cantik: "15,000".
Gelak kami dengar.
Sebenarnya, nak kira berapa ramai yang demo di depan kedutaan Amerika ni senang saja - ada jejatas yang menyeberangi jalan menuju bangunan Tan & Tan. Kau naik atas tu boleh kira 500 atau 5,000 atau 15,000.
Yang lain hanya fatamorgana (atau mungkin ada malaikat turun sama, aku tak nampak sebab orang Temasek ni kurang berkat hidup mereka).
LAPORAN AWAL TADI
--------------------------------------------------------
Sama ada anda suka atau benci dengan cara berpolitik Nik Aziz Nik Mat, aka Tok Guru, satu perkara yang mesti diberi perhatian ialah beliau amat disayangi di Kelantan.
Beliau kata apa pun, hampir semua orang Kelantan kata betul.
Jadi saya agak terkejut apabila geng pro-Umno masuk perangkap buatan sendiri.
Mereka nak adakan demo nak marah Tok Guru hari ini (Selasa). Konon geram kerana beliau serang PM Najib Razak.
Maaf kata: Ini demo kerja bodoh.
Jika kamu pro-Umno dan nak bantu Umno naik kembali di Klate Darul Nasi Kerabu (pembetulan: bukan Dagang) selepas 19 tahun di bawah PAS, tunjukkan kepada rakyat dengan servis dan kerja kuat di akar umbi. Jangan bantu orang miskin, buat teratak nak roboh, dan periksa orang sakit bila ada pilihanraya kecil saja.
Kau buat kerja bodoh tunjuk perasaan di depan pejabat MB tu buat apa?
Nanti yang tak gemar sangat dengan Tok Guru pun marah.
Apapun, kita lihat dulu. Sebab ceritanya, kononnya demo ini bukan skrip Umno. Ini kononnya skrip NGO.
Semalam pro-Umno demo di Penang, hari ini di Klate.
Teruskan kerja bodoh mu.
No comments:
Post a Comment