Wednesday, November 4, 2009

Jika kalah di Perak, Nizar & Pakatan terima ke?

Saya berasa seram sejuk apabila membaca Malaysiakini pagi ini bahawa lima hakim tertinggi di Malaysia akan menghakimi isu siapa Menteri Besar sebenar Perak hari ini.
Memang isu ini penting.
Yang saya khuatiri ialah jika pihak Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat kalah.
Adakah mereka akan menerima keputusan dengan dada terbuka?
Atau terus menyerang bahawa hakim telah dibeli, mereka diarah oleh Perdana Menteri dan Umno untuk memberikan keputusan tersebut, dan ini menunjukkan bahawa kehakiman Malaysia sudah busuk.
Kenapa bising sangat jika kalah? Tetapi menerima 100 peratus bila menang. Gila.
Tentunya jika Nizar kalah dia akan berkata - Ah, sebab tu aku nak kesemua 11 hakim yang adili, bukan lima saja!!!!
Tetapi bila menang, walaupun dengan satu hakim, saya sokong. 'Baral', kata P.Ramlee dengan telo sekali.


Yang saya pasti ialah bahawa jika Zambry Abdul Kadir dan BN kalah, mereka akan menerima keputusan, walau pahit.
Mereka tidak akan menyerang kehakiman dan merosakkan nama dan imej negara.

Jika ditanya, saya dari dulu memang mahukan pilihanraya diadakan kembali di Perak. Bubarkan saja DUN Perak - baca di sini dan di sini tulisan saya dulu.
Tetapi BN kecut, tak ada konfiden.
Namun ini tidak bermakna bahawa pihak Pakatan dan pembangkang harus membusukkan nama kehakiman negara apabila kalah kes.
Yang peliknya bila mereka menang, mereka terima pula.
Tak ada tuduhan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, atau para hakim semua harus ditukar kerana memihak kepada pembangkang.

Jika ini terjadi lagi: Nizar dan Pakatan kalah, lalu menuduh bukan-bukan, maknanya pembangkang ini membuat kerja bodoh.
Si pembangkang sanggup jahanamkan negara atas nama politik.
Orang macam tu kita nak suruh tadbir negara tercinta?
Takut pula esok dia jadi kerajaan, apabila kalah kes, hakim kena tukar. Bila menang, hakim naik pangkat.

No comments:

Post a Comment