Saturday, November 14, 2009

Kenapa Nik Aziz tuduh kami Quraisy Malaysia?

TERBARU Isnin 2ptg
-------------------------------------------------------
TGNA kini berkata beliau akan naik Haji tahun depan, sama ada ada yang menaja atau tidak.
Mungkin ahli-ahli PAS yang tentunya masih sayang dengan beliau patut menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengumpulkan dana naik haji, agar beliau tidak diserang lagi.
Wang RN455,000 itu seharusnya dipulangkan kepada empunya, suruh dia main jauh-jauh agar jadi kecoh lagi.
Di Kelantan mahupun di Temasek ramai yang tak mampu nak naik haji, mungkin beliau nak bantu? Takkan nak bantu pembesar saja?

-------------------------------------------------------

TOK GURU (semua capital letters, biar kita sedar siapa Datuk Nik Aziz Nik Mat ni) perlu jelaskan macam mana isu penajaan haji boleh jadi sehingga begini.
Siapa yang nak sponsor, untuk berapa orang, kenapa beliau terima dsbnya.

Kini rockybru menulis, tukang sponsor itu ialah businessman yang mendapat konsesi balak kelantan. Jika betul, lagi dasyat.
Dan Sheh Kickdefella pun kupas - sebenarnya jumlah tajaan ialah RM455,000.
Maknanya betullah, ia pakej mewah - harga untuk seorang ialah RM65,000. Sebab pakej biasa ialah lebih kurang RM20,000-RM25,000.

Okay, TOK GURU kini dah merajuk, tak jadi nak ke Mekah.
Tetapi saya tak faham kenapa beliau selepas itu menuduh orang yang mendedahkan isu ini sebagai "Quraisy Malaysia" - pada saya itu perkataan kurang ajar.
Maaflah kalau anda pembaca tak terima.
Maaflah, saya orang tak pandai agama, maklumlah dari negara Temasek yang ada agama. Kamu tolong jelaskan kepada saya yang bongok ni.
Beliau seorang TOK GURU, jadi perlu menjaga apa perkataan yang nak digunakan, bukan mencerca orang sebarangan.

Ini kata TOK GURU:
"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia."


Beliau marah lalu menuduh orang sebagai 'kafir jahat' ke?
Ini kerana pada zaman Nabi jika dipanggil "kaum Quraish" atau "kaum Quraisy" (ejaan moden) - mereka adalah orang yang melarang Rasullulah dan umat Islam masuk menunaikan haji - ialah kafir yang dilaknat.
Kini katanya "Quraisy Malaysia" melarang beliau.
Tolong TOK GURU jelaskan.

Padahal yang membuat pendedahan, hanya berniat menghentikan sesuatu yang dianggap salah dan menyeleweng.
Kalau kami tersilap, sila jelaskan dengan baik dan tertib.
Bukan 'mengkafirkan' kami.
Apa yang cuba dididik oleh TOK GURU kepada jutaan orang yang mendewa-dewakan beliau?

No comments:

Post a Comment