Wah garang betul nampaknya bos LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau marah anak buahnya. Memang tepat.
"Selama ini kami menerima banyak rungutan daripada orang ramai bahawa pemandu enggan menggunakan meter dan menetapkan kadar tambang sesuka hati," kata pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Katanya pemandu yang tidak mengeluarkan resit apabila diminta pelanggan, lesennya ditarik balik. Eh wah eh wah.
Memang dah selalu sangat sang pemandu teksi buat perangai.
Kalau tak percaya cuba tahan teksi di depan KLCC dan Berjaya Times Square, misalnya.
Lebih-lebih lagi pada Sabtu, kerana mereka tahu banyak pelancong (Saya dah cuba sebab tu boleh beritahu cerita).
Penipu besau, kebanyakan mereka ini.
Tetapi sampai sekarang masalah ini tak dapat diselesaikan kerana tak cukup pegawai nak tangkap perampok moden ini, yang sering memalukan nama negara Malaysia.
Baik Nazri Aziz mahupun Markiman Kobiran dapat selesaikan masalah teksi jalang.
Jadi sekarang Kak Limah nak buat benda baru pulak.
Maknanya jika saya komplen saya kena tipu dan tak dapat resit, beliau nak tarik permit?
Saya harap betullah tu. Bukan omong kosong.
Yang saya takut ialah orang di atas pekik-pekik, tetapi masalah berterusan sebab tak cukup pegawai dan tak ada konsistensi dalam Ops mereka.
Baik saya cerita sikit bagaimana Temasek negara kecik selesaikan masalah ni:
Di sini jika kita nak pergi dari A ke B, dan kita tahu harganya biasanya S$10, maka kita boleh komplen jika pemandu menyeleweng dan kita kena membayar misalnya $10.50.
Macam-macam jenis teksi ada di sini.
Sebab itu jika anda menaiki teksi di Singapore, apabila anda nyatakan nak ke tempat B, mereka sering bertanya: Anda nak ikut jalan yang ini, yang ini atau yang ini?
Sebab mereka takut nanti jalan yang dipilih sendiri traffic jam, dituduh menipu sebab harga tinggi sangat.
Kalau kita kata: Ikut suka hati anda (sebab kita pelancong, misalnya) maka pemandu digalakkan berkata: OK bos, kita dari A, ikut jalan ini, masuk sini dan lepas tu sampai di B. Boleh kan?
Jadi kalau jalan macet pun, pemandu tak boleh disalahkan.
Sebab jika ada komplen, lebih lagi dari pelancong, mampos si pemandu.
Terus kena panggil dan lesen kena gantung, atau agensi pemerintah arah syarikat teksi buang kerja si mamat ini.
Jika mereka tak dapat memberi sebab yang boleh diterima.
Kadang saya nak test, saya kata - Eh ini selalunya aku bayar $10 kenapa hari ini mahal sangat. Panik juga mereka ini! Boleh dapat diskaun.
Jika ada pelancong tertipu (walau bukan dengan teksi) dan kes dibawa ke mahkamah, pelancong akan dibayar duit pesawat dan hotel untuk kembali ke Singapore, agar mereka boleh jadi saksi dalam kes ini. Agar si pembohong tak dapat lari atas alasan pelancong dah pulang negara.
Maknanya: Konsistensi dalam mengetuk kepala sang pemandu yang menipu atau cuba menipu. (Bukan nak kata tak pernah ada yang tertipu pun, tetapi kes-kes jarang sangat).
Jika pemandu tahu jika mereka menipu dan merampok akan tertangkap, mereka tentu jadi alim-alim kucing.
Kelemahan sistem teksi di Temasek, pada saya, tetap ada: Jika yang dah kena gantung itu masih nak terus jadi pemandu, selepas selesai kena gantung, boleh masuk syarikat teksi lain kerana banyak syarikat di sini, dan semuanya kekurangan pemandu teksi.
No comments:
Post a Comment