Friday, December 17, 2010

Brick Phone, Palm hingga ke Push E-Mail

Tiga hari lalu, saya matikan servis Maxis saya.
Dah lebih kurang 13 tahun pakai nombor 012-, walaupun dah duduk di Singapork hampir empat tahun setelah kembali ke pangkuan Kuan Yew pada 2007.
Orang terkejut lihat pak chic ada dua phone - Blackberry putih SingTel dan Blackberry hitam Maxis.
Saya selalu kata - Yang putih agar mudah Ho Ching nak nelpon bual investment, yang hitam nak mudahkan discuss projek jika RM nelpon (Rosmah Mansor, bukan Ringgit Malaysia).
Kerana nak jimat jadi anak dapat terus bersekolah, maka saya cancel Maxis.
Dan dah mual terima SMS Star, PAS, PKR, rakan KL yang bentang kekecohan negara tiap hari. 

Untuk orang tua macam saya, teringat cerita masa kecik-kecik dulu tinggal kat kampung.
Bila kita nak buat temu janji dengan rakan, kita nelpon rumah dia - 'Eh nanti tiga hari lagi, kita jumpa kat bawah pokok depan rumah Azman tu OK? Kau datang jam 11pagi. Jangan lambat tau!' 
Jika orang tu tak tiba, kita tunggu sejam sebelum beredar.

Hari ini, dah kat depan mata pun masih nak nelpon atau SMS - 'Ah Aminah, I dah sampai naik LRT ni, just round the corner'. 
Atau lebih teruk lagi - 'Abang dah sampai ni Saiful. Tu nampak Sai duduk bawah pokok lagi korek hidung'. 
Macam mana Ananda dan YTL tak kaya raya!


Teringat pula saya sejarah saya dan telefon bimbit atau handset.
Mari saya cerita.


1987 jadi wartawan
SEMASA saya mula jadi wartawan tahun 1987, orang tak pernah dengar perkataan Mobile Phone, mahupun Internet.
Saya masa masuk Berita Harian Singapork, berminat betul dengan berita mengenai computer. Setiap dua minggu, walau gaji kecil, mesti membeli majalah PC World dan PC Magazine - dua majalah tebal dari US of A. Dan juga majalah perkomputeran lain. Masa tu saya berumur 28 tahun, dan pernah bekerja enam tahun sebagai mechanical draughtsman (atau draftsman kata omputer Amerika).
Saya tak pernah jumpa perkataan Internet atau Mobile Phone dalam kedua majalah tu.
Teknologi masa tu: Microsoft Word belum popular sangat. Ramai orang menggunakan WordStar nak taip dokumen.
Dan Lotus 123 ialah market leader jika anda nak buat accounting tables bukan Microsoft Excel.
Semua orang suka main game LodeRunner, DigDug dan PacMan.
Komputer paling pantas baru Intel 286.
Jadi wartawan masa tu, bila ada newsbreak, terpaksa cari telefon fixed line kat tepi jalan nak telefon pejabat. Kalau tidak, balik naik bas atau MRT ke pejabat baru boleh kasi tahu bos.
Kena bawa phonecard dan wang syiling. Jika ada benda besar berlaku dan kamu tak siapkan phone card dan syiling yang cukup, siap nanti kena herdik.
DALAM tahun 1988, Singapork adakan Pilihanraya Umum. Ah, kat situlah pertama kali saya nampak Mobile Phone atau Telefon Bimbit ni.
Dibawa dengan megah oleh wartawan ST. BH akhbar kecik, tak mampu nak ada phone ni,
Tapi mak oi, sebesar batu-bata handset pertama ni. Jika tak salah jenama Ericsson.
Kita panggil dia Brick Phone. Handset Batu-bata!
Wooi, kerana hanya orang kaya mampu pakai phone tu, boleh action bila kamu bawa. Gantung kat tepi seluar fon batu bata tu!!! Sebab besar sangat tak boleh masuk poket atau handbag. Kalau kau lempar kat anjing, mampoi binatang tu.
LEPAS tu tahun 1990, saya masuk kumpulan berita British-Bahrain yang terbitkan akhbar business mingguan - Oil & Gas News, Building & Construction News, Catering & Hotel News.
Sebagai Sub-Editor (lepas tu jadi Deputy Editor), duduk kat dalam. Tak payah pakai handset yang masih mahal sungguh.

1993 agensi berita
Pada 1993, saya masuk agensi berita.

Saya buat berita Stock Market, Company earnings and corporate news, Foreign Exchange, Futures Market dan Energy/Oil sikit-sikit
Kerana nak lawan agensi berita lain, kena pakai handset.
Bila keluar buat laporan ekonomi, bawa handset Ericsson (masa tu belum ada Sony Ericcson, mana ada benda bernama Samsung mobile, dan Blackberry dan Apple adalah buah-buahan kat pasar).
Tapi coverage very poor, maklumlah teknologi baru. Tak boleh nelpon dalam jamban atau basement kereta.
Walaupun masa tu, semua phone ada batang antenna panjang.


1994 masuk KL 
LEPAS tu, merantau ke Deli - masuk bandar-kampung KL.
Bila pertama kali pejabat saya beli mobile phone, hanya dua biji. Nokia - apa yang kita gelar 'Matrix Phone' sebab Keanu Reeves dalam movie Matrix menggunakan phone yang sama.
Semua berebut, hingga bos kena buat ruling: Yang boleh pegang benda tu ialah Jurugambar (ada dua orang), atau wartawan yang nak buat liputan diluar pejabat.
SELEPAS lima tahun tu saya pindah ke agensi berita yang sama di Singapore, hanya kekal lima bulan. Tak ingat pakai phone apa.

APABILA saya pindah ke The Straits Times Spore di KL pada May 2000, saya gunakan handset warna kuning. Ericsson? 

Selepas itu barulah saya mula pakai handset Nokia. Ooi rasa glam pegang Nokia biru ni, macam orang sekarang action bila ada iPhone 4. 
Harganya pada masa tu ialah RM300.
Lepas tu saya tukar pula Nokia 'Butterfly' - sebab bentuk butang ni macam kupu-kupu. Berharga RM700. Mahal brader sebab ini duit dulu. 
Masa tu screen masih warna puteh dan teksnya serta logo hitam.
Pada masa tu, phone Butterfly ni (lupa apa model) adalah yang paling popular. Perghh, action jackson saya sebab lampu phone saya warna biru - sama macam gambar di bawah ni, bukan putih macam yang lain.


TELEFON pertama dengan screen berwarna yang saya pakai ialah Sony Ericsson T610 - masa tu baru mula nak bangun. Orang bangga sebab ada bunyi polypronic (polyphonic?) ringtonenya.
Sebab glam, selalu ler konon nak pakai benda Allah ni, walhal nak menunjuk. Sebab Riak Value phone ni begitu tinggi. Harganya gila - RM2,000 jika tak salah.
Orang tercengang bila lihat handset saya ada colour screen dan bunyi ringtone berlagu madu ni, sebab harganya mahal benar masa tu. 
'Telefon ni bunyinya macam lagu di radio'. Bahana orang Singapork nak action dengan mamat kampung Malaysia....


SETELAH itu baru masuk era telefon gunakan SD Card, SD Mini, MMC cards.
Baru boleh selitkan lagu dalam phone. 
Boleh tangkap gambaq. 
Ada keyboard QWERTY kecil. 
Antara phone yang paling terdepan teknologinya ialah Palm dari America.
Di kalangan orang yang berminat teknologi, phone Palm ini jadi legenda. Harganya pun legenda, RM2,000-RM2,500.
Saya gunakan tiga keturunan Palm Treo = yang masa tu kerap masuk dalam movie spy atau thriller Hollywood sebab handset ni berteknologi tinggi. 
Ia antara yang pertama ada touchscreen, walaupun kena gunakan pensil cucuk (stylus).
Bukan Apple atau Samsung yang mula gunakan touchscreen phones, tapi Palm. 
Saya gunakan Palm Treo 600, 700, 680 (warna hitam, bukan yang oren tu). Lihat saja antennanya dulu!
Palm gunakan dua software - Windows Mobile yang pekak, dan Palm. Yang ramai orang minat ialah software Palm.

2007 balik Singapork 
APABILA saya kembali keRahmatullah di Singapork tahun 2007, barulah masuk era Blackberry yang lebih nipis dan canggih - semasa saya di KL mesin Blackberry yang baru keluar semua tebal dan nampak buruk.Blackberry ni life-changing kerana ia mempunyai Push E-Mail. 
Jika phone Palm dan Nokia Communicator, kamu kena gunakan browser masuk Internet nak cari Gmail atau Yahoo Mail, 'Berry is berry good - E-mail cari kamu! 
Dan secure office email lagi you.
Masa tu antara group pertama yang gunakan Blackberry secara meluas (group wide) ialah Khazanah Nasional. Bosnya dulu bangga beritahu saya bahawa mereka kini dah canggih, tak macam dulu dan saya pun setuju.
Sebagai wartawan kami nak contact orang dan dicontact orang dengan pantas. Jika kita nelpon orang atau orang nelpon kita, kadang tak sempat jawab sebab dalam meeting atau tandas. 
SMS pula ceritanya pendek.
Dengan Push E-Mail, kita boleh tulis panjang-panjang. Dan boleh forward document yang berjela untuk perhatian segera orang di sana.
Dan orang itu tak boleh kata - 'Saya tak tahu pun, sebab baru habis meeting 2jam'. 'Saya tak tahu pun sebab tadi trafik jam 3jam demo Pakatan'. No more excuses.

Wooi, glam kejap hamba di Singapork, gunakan Blackberry dan Palm Treo 680 - satu phone M1 lagi satu Maxis.
Lepas tu saya upgrade dua kali. Sehingga ada dua Blackberry. Yang putih SingTel, yang hitam Maxis (hanya untuk phonecall tak ada data plan). Dan sebab nak jimat, walau saya tetap gunakan 'Berry dah jarang gunakan data download lagi.
Kini, nak jimat sebab dah pokai, saya dah matikan yang Maxis, hanya tinggal SingTel.

No comments:

Post a Comment