Friday, December 10, 2010
Cara wartawan pungut berita
Untung jadi wartawan.
Boleh stop siapa saja kat tengah jalan, kenalkan diri sebagai wartawan, tunjuk Press Pass, dan tanya apa saja.
Kat Indonesia hanya kata 'Saya dari pers' - kita sebut 'press' - polis buat roadblock pun tak akan tahan.
Baik mamat tunggu bas, mahupun Menteri Kabinet, atau Sultan Melayu dan apek penyokong DAP - kami boleh suka-suka stop mereka tanya soalan.
Saya sering ditanya: Eh bagaimana kamu dapat berita nak isi paper tiap hari?
Selain dapat tip-off dari orang ramai, atau musuh dalaman (misalnya, orang PKR komplen kepada media tentang pilihanraya songsang, atau pegawai kerajaan komplen kepada Petra tentang penyelewengan), di bawah ini cara-caranya.
Dan hairan bin ajaib! Di tepi jalan tu, selepas interview dengan abang dan adik, jika kami wartawan minta phone number, akan diberi!
'Cik adik manis, terima kasih beri pandangan tentang perbarisan raksaksa tadi. Boleh kasi mobile number? In case nanti nak call minta pandangan isu ini'.
99 per cent orang akan kasi!!!
Begitulah percayanya sang manusia dengan makhluk bernama Wartawan ni.
Cuba kamu, walau Managing Director YTL atau Syabas, kat tepi jalan tu minta phone number adik yang sama.
'Adik manis - saya MD syarikat besar. Gaji RM5 juta setahun. Baru dapat spectrum free dari kerajaan. Boleh kasi phone number?'
Kau nak mampos. Kena tempeleng karang!
Newsmakers, atau orang yang nak diwawancara ni, pada kami golongan wartawan ada beberapa cara nak dijolok soalan.
1) Special interview atau wawancara khas - ini dengan orang atas yang susah nak dapat diwawancara, seperti PM atau Chairman bank besar. Kena hantar surat/email nak minta wawancara, tunggu berminggu atau berbulan. Kena hantar soalan dulu dan terus mengharap mereka tak tolak.
2) Di'serbu' lepas event. Lebih mudah ialah bila mereka adakan event, seperti PM atau Ketua Pembangkang lancarkan sesuatu, lalu lepas tu di'serbu' oleh wartawan.
Dalam media circle, cara itu dipanggil 'doorstop'.
'We will doorstop the CEO today at this event to ask him about xxxx xxxx'.
Doorstop yang paling saya syiok nonton ialah almarhum Sultan Selangor. Masa tu, Dr Mahathir baru minta dan diberi kawasan Perang Besar di Selangor untuk dijadikan Putrajaya dan juga Cyberjaya.
Isu ini, tentu kita ingat, adalah selepas Kuala Lumpur dulu dipersekutukan (ia bekas ibu negeri Selangor), dan kawasan besar di hujung Selangor diambil kerajaan pusat nak buat Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA.
Almarhum Sultan Salahuddin ditanya wartawan depan kamera apa reaksi terhadap langkah kerajaan ambil Perang Besar ni.
Titah beliau yang saya nampak di TV3 (lebih kurang): 'Baguslah tu. Tapi saya harap tanah Selangor tidak diambil lagi, jika tidak lama-lama beta nak tinggal kat mana? Kat Pulau Ketam?'
Karkarkar. Sungguh! Lebih kurang itu yang dititahkan Tuanku, yang memang kita tahu selalu upfront dengan pendapatnya.
Masa saya baru tiba di Malaysia dulu, terkejut juga bila dengar para wartawan lain kerap tanya - 'Eh lepas event ni dia ada PC tak?'
Kerap benar saya dengar ungkapan ini. Ada PC? Ada tak PC? PC kat mana?
Pada saya PC tu Personal Computer.
Rupa-rupanya kat KL maksud mereka ialah Press Conference.
Kat Singapore kami lebih biasa panggil Doorstop (walaupun bukan tepi pintu).
Di kalangan media asing, wartawan mat salleh, dan saya juga, kami panggil 'Pressers'.
Mamat Reuters (slang London): 'Will there be a Presser after this?'
Jawab mamat Utusan (slang Sungei Besi): 'Tak. Tapi ada PC'.
Opocot!
3) Press kerap telefon Newsmaker. Baik Ahli Parlimen atau orang biasa yang nak ditanya tentang longkang sumbat, kami akan nelpon.
Menteri-menteri Kabinet Malaysia begitu baik. Mudah nak ditelefon dan kerap mereka akan jawab gitu saja.
Syed Hamid Albar, Nazri Aziz, Azmi Khalid (suami Kak Normala bekas wartawan) antara menteri yang saya pernah cold call.
Tak berani saya nak cuba call menteri Singapork cara yang sama! Mereka tak beri phone number pun!
Ketua pembangkang Malaysia dan Singapore mudah lagi jika nak dihubungi, sebab kerja mereka memang tunggu dapat panggilan agar dapat hentam kerajaan :-)
4) Cara lain wartawan dapat berita ialah apabila dijemput oleh Newsmaker. Ini jika ada berita gembira yang nak diumumkan. Gembira untuk mereka lah.
'Kerajaan akan melaburkan RMxx bilion nak buat *bandara baru di Perlis'.
(*Bandara - gemar sungguh saya dengan panggilan Indonesia ini. Malaysia-Singapork panggil 'Lapangan Terbang'. Mereka panggil Bandar Udara = air port = short form Bandara).
Atau jika syarikat baru dapat untung berbilion, newsmaker dipanggil media juga.
Atau orang politik nak umumkan Jambatan Baru nak dibina diceruk Kelantan.
Peristiwa paling gelak saya tentang jemputan begini ialah di Singapork dulu.
Timbalan PM Temasek masa tu, Ong Teng Cheong (beliau lepas tu jadi Presiden) mengadakan kunjungan ke kilang buat minuman Yeo Hiap Seng di hujung tahun 1980an. Saya masa tu dengan Berita Harian di sana.
TPM Ong ni jalan cepat, dan kilang tu besar.
Jadi kami terkejar-kejar ikut beliau kerana takut miss apa yang dilihat dan dibincang dengan pegawai Yeo's. Lebih lagi cameramen dan photographers.
Kejar punya kejar, lebih kurang 10 orang - termasuk wartawan wanita - terikut masuk ke satu bilik yang agak sempit. Dan ada sinki air dan cermin. Eh, bahagian kilang kat mana ni?
'Oi, keluar, keluar. Yang TPM masuk jamban nak kencing, kamu ikut buat apa!?' Berterabur lari kami semua, gelak sakan.
5) Ada pula event yang dinamakan scheduled press conferences.
Dari zaman Dr M, setiap Rabu diadakan mesyuarat Kabinet mingguan. Weekly Cabinet meetings.
Lepas tu, wartawan akan ke beberapa Kementerian yang akan brief kami tentang apa yang dibincang, yang melibatkan kementerian mereka.
Dulu saya kerap ke Kementerian Pengangkutan dibawah Ling Liong Sik.
Beliau masa itu adalah menteri paling kanan yang jumpa media setiap minggu selepas Cabinet meeting mingguan. Dan boleh dicocok isu-isu besar yang tak ada kena mengena mengenai kementeriannya.
'Datuk Seri (kini Tun, dan dah kena charge), tadi Kabinet ada bincang tentang isu rasuah itu dan ini?'
'Datuk Seri, adakah PM (Mahathir) bincang isu itu dan ini dalam meeting tadi?'
Dalam perjumpaan media yang terancang ini, Pressers atau PC akan diadakan. Ia bukan Doorstop sebab orang yang menyampaikan berita tu (Newsmaker) duduk rilek.
Kerap juga, mereka beri kami makan macam-macam dulu - agar berita esoknya lebih positif sebab wartawan dah kena sumbat.
Sebab tu semua wartawan syiok ke Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Depa kasi breakfast, lunch dan tea.
Dan sejak beberapa tahun ini, saya diberitahu (dah tak attend lagi, sebab berada di Selatan), ada dibelikan KFC pada malam hari agar wartawan terus sibuk menaip tak payah susah-susah cari makanan.
Muktamar PAS pelokek sikit. Mungkin sebab kurang bajet. Kadang-kadang ada jamuan untuk wartawan - nasi bungkus dan air botol - kerap juga tak ada. Ah! Ini nak kena tulis negatif sikit sebab perut wartawan berkeroncong! Hahaha.
6) TAMBAHAN SIKIT: Dan tentunya yang lain kami dapat daripada statement yang difaks ke pejabat atau dihantar melalui e-mail.
ITUlah antara cara utama kami dapat berita, tuan/datin.
Saya selalu beritahu orang yang nak jadi wartawan:
- Jadi reporter ni payah kamu nak jadi kaya.
Yang kaya cuma yang editor-editor paling atas saja (baik di Malaysia mahupun Singapork atau New York. Yang kat atas naik Merc dan Porsche, kamu naik Kancil atau naik MRT macam saya).
- Tapi kerja ini lebih mudah daripada jadi engineer atau architect. Dapat tahu ehwal semasa dan responsibility pass pada orang lain. Engineer dan doktor jika dia salah buat sesuatu, mampoi dia kena sue.
Wartawan boleh kata - saya laporkan apa yang Datuk kata tadi. Atau, saya hanya laporkan apa yang masyarakat bertanya, apa Menteri ni nak sue saya pulak?
- Wartawan kerjanya lebih syiok dari kamu duduk kat opis sehari suntuk, pushing paper. Duduk mengadap boss muka masam.
Kerja di mana yang kamu dihantar keluar tiap hari, ngobrol dengan rakan-rakan berjam-jam nak tunggu PC, lepas tu balik opis taip 15 paragrafs saja?
- Dalam pekerjaan apa kamu boleh baca akhbar dan majalah di depan bos, tapi bos tak marah, sebab kamu sedang busy (walhal baca akhbar dan majalah) to update yourself?
Cuba kamu jadi akauntan baca akhbar depan boss masa waktu kerja?
Atau jadi ustaz tapi membaca majalah depan ulama besau. Tentunya dianggap sedang lepak.
- Kat kerja mana kamu boleh stop Sultan dan PM, adik manis dan penyanyi rocker, dan tanya macam-macam. Dan orang itu rasa wajib menjawab soalan kamu? Boleh minta phone number lagi!
Dah 24 tahun pak chic kerja terkutuk ni.
Welcome to my world.
Labels:
communications,
internet,
living,
media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment