Lagi perkataan emas keluar dari 'em-em lee' (MM Lee) melalui WikiLeaks.
Beliau kata pemimpin Myanmar "stupid" dan "dense" - sini, sini.
Sayugia diingat Singapork - seperti China, India, Thailand dan Malaysia - rapat dengan rejim giler Myanmar yang banyak membunuh dan menekan orang Rohingya dan kaum minoriti lain.
Jadi bila didapati kamu tekan rakan business dalam sonyap, tak syiok.
Saya nak cerita sikit tentang Myanmar ni, kerana sebahagian dari kerja saya. Apa yang LKY kata tu siapa pun tak terkejut.
Tapi apa yang sedang berlaku dengan Myanmar lebih menarik.
Negara yang paling banyak buat business dengan Myanmar - mengikut dollar value - ialah China (projek-projek minyak dan gas, membina pelabuhan, jalanraya) dan India (projek-projek seperti China).
China sedang membuat satu pelabuhan besar tak jauh dari Yangon di Andaman Sea. Lepas itu akan ada satu highway dan paip minyak dari pelabuhan tu terus masuk ke China (Lihat PETA).
Sebabnya? Agar minyak dari Timur Tengah tak payah masuk Selat Melaka - in case tersekat atau disekat (ahem, dia takut Amerika sekat kot). Ini sebahagian dari geo-politic strategy mereka.
India pula, melihat China rapat dengan Myanmar, terpaksa buat baik dengan rejim giler tu juga sebab jika Myanmar rapat betul dengan China, maka makin panjang border dia dengan China.
Kini India dan China lagi tension di Arunachal Pradesh province - milik India yang China kata dia punya. Juga sebahagian dari Kashmir sedang diclaim secara senyap oleh China, membuat India tension (Lihat PETA kedua). Orang Islam Kashmir agaknya gembira dapat superpower nak bantu mereka secara indirect.
Tapi kerana kedua Asian giant ni merebut kuasa, yang untung si Myanmar - dapat banyak projek dan pelaburan agar Jeneral Than Shwe sayang mereka.
Myanmar juga banyak hasil galian - jade hijau dan ruby merah.
Bahasa Melayu: jade = zamrud hijau. ruby = delima.
Di negara ini ada jade auction (lelong) tiga atau empat kali setahun. Kamu boleh beli batu jade seperti dalam gambar ini, atau yang lebih besar lagi! Google Myanmar jade di bawah Images. Ada yang sebesar meja makan!
Jika anda suka ruby merah - ah, kamu terbang masuk Yangon.
Sebab tu dulu si Aung San Syuu Kyi kena jail bertahun-tahun tak ada yang boleh buat apa-apa. Sebab China dan India dan Asean juga, protect Myanmar. Business rules, politics are just words to soothe the stupid public.
Thailand pula sedang membina sebuah bandar perindustrian-pelabuhan yang besar tak jauh dari Bangkok - di Dawei (Lihat PETA ketiga).
Kerana banyak projek "kotor" dan gunakan tenaga buruh murah kena keluar dari Bangkok, Thai akan membina bandar ini untuk tolak semua projeknya ke sana.
Sama seperti Singapork transfer projek buruh kasar dan "kotor" ke Johor dan Batam.
Malaysia pun ada projek minyak dan gas, melalui Petronas. Jadi nak tekan rejim Myanmar pun tak boleh ler.
Singapork, ooi, banyak buat business juga - ia mempunyai reputasi sebagai banker kepada orang-orang atasan Myanmar.
Ah, dapat juga saya masuk cerita Myanmar ni kerana ramai tentu fikir ia negara bodoh dan tongong. Pada saya yang paling pandai main kelentong ialah Jeneral Than Shwe di Myanmar tu.
Dia pandai main chess - kena caci, tapi pelaburan masuk melimpah, dan dia masih boleh tekan semua yang tidak disukainya, dari Muslim Rohingya ke Syuu Kyi.
TENTANG LKY attack Myanmar di belakang tabir - yang lebih menarik ialah apabila beliau kata Asean sepatutnya tidak menerima masuk CLMV countries dulu - Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam - sini, di bawah tajuk "Asean's problematic new members".
Marah nanti mamat CLMV!
Dalam perbincangan di Asean, apabila merujuk kepada negara-negara termiskin dalam kumpulan 10 negara tu, mereka digelar "CLMV countries". Takkan nak kata "Asean's poorer half" kot.
Yang lain ialah founding members dan negara "kaya" - Indonesia dan Thailand dua ekonomi terbesar di Asean.
Diikuti dengan Singapore dan Malaysia.
Lepas tu Filipina dan Brunei.
No comments:
Post a Comment