Sunday, December 19, 2010

Naga, Gajah & strategi Kalung Mutiara

Saya ngobrol baru-baru ni tentang geo-political strategy China di Asia dengan projek-projek yang membantu Myanmar.
Dan kerana India khuatir Myanmar, jirannya, akan berbaik rapat dengan China, maka New Delhi pun pam banyak projek dalam Myanmar agar Jeneral Than Shwe sejuk hati.

China juga main cucuk-cucuk di dua point di India - di negeri Arunachal Pradesh dan di Kashmir. Marah mamak India!
Tapi itulah permainan negara Naga ni dengan negara Gajah.
This is part of a strategy game between the Dragon and the Elephant.

Sayugia diingat China dan India ialah dua negara Asia yang paling kuat ekonominya.
Dan negara yang besar kuasa military dan intellectualnya - kedua negara ini membina nuclear systems sendiri, aircraft carrier, jet pejuang, antara lain. Kedua-duanya ada ramai software engineers dan hardware engineers.

Jadi kita semua kena tabik jika tidak tak dapat eksport ke negara itu payah pulak.
Bekas menteri kesayangan ramai, Semi Value, baru saja dilantik pegawai jaga projek-projek Malaysia di India dan Asia Selatan.
Bekas presiden MIC itu kini special envoy kerajaan yang "bertaraf menteri" (ministerial status) - jika tak salah = maknanya gaji beliau masih gaji menteri! (Jika salah, sila betulkan).
Tapi kerana kita semua sayang beliau, ok what!


Di sini saya nak ngobrol tentang satu lagi strategi China hendak kembangkan influencenya.
Di India, mereka gelar strategi ini - String of Pearls strategy - atau strategy Kalung Mutiara.
Kerana strategi ini melibatkan dan mungkin menjejas Asean, syiok juga kita nonton dengan lebih rapi.

Ah moi Cainis kan suka pakai pearls (bukan Rafidah Aziz saja).
Jadi India gunakan nama jolokan 'pearls'.
Jika dipandang dari Beijing, bagaimana nak kembangkan kuasa ke negara lain tanpa meletakkan tentera?

Kerana banyak wang, China melabur untuk membina pelabuhan di sana sini dan juga perbaiki/membina jalan raya dan infra lain .
Lihat peta ini - yang bintang merah tu semua projek yang menakutkan India.
Peta ni tertinggal satu lagi bintang = China sedang membina sebuah pelabuhan di Hambantota, Sri Lanka.
Lihat laporan BBC dan lainnya di sini, sini dan sini.
Kat kepala Gajah, Naga cucuk di Arunachal Pradesh dan Kashmir, Myanmar dan Pakistan.
Kat perut Gajah depa bina pelabuhan! Hahaha, pandai!


Di Pakistan (bandar pelabuhan Gwadar), Sri Lanka (Hambantota), Bangladesh (Chittagong), Myanmar (Sittwei) depa buat pelabuhan dan berbaik-baik dengan negara jiran.
Satu sebabnya ialah boleh hantar kapal perang dan aircraft carrier, kata pakar. Kerana ada 'friendly port' yang dibiayainya.
Juga dapat kembangkan influencenya di luar laut depan China saja. Ah baru kamu faham kan, kenapa South China Sea tu dipanggil Laut Yang Di Selatan China! Bukan Laut Timur Kelantan atau Laut Barat Filipina.
Dan juga dengan ada friendly ports, tanker dan supertanker minyak dari Timur Tengah yang membawa minyak (dan gas) tentunya boleh berhenti kejap kat tempat-tempat ini.

PETA: Perjalanan laut paling pendek (direct route) minyak dan gas dari Timur Tengah ke China. Kira-kira 90 peratus minyak dan gas China datang dari negara Pak Arab dan Pak Parsi.
Adanya pelabuhan-pelabuhan ini meningkatkan Energy Security China agar ekonominya tak terbantut.

Dan China ada rancangan lain nak transport minyak melalui Kedah-Kelantan atau/dan Ishtmus Kra di selatan Thailand. Kedua projek ini kejap jadi, kejap tak jadi, saya pun dah confuse.
Dan China begitu baik dengan negara Asean - Malaysia, Singapork, Indonesia, etc - dengan banyak pelaburan lain.
Ini juga dipandang oleh India sebagai String of Pearl strategy.
CAKAP KASAR: Dia nak buat kalung keliling Leher India. Kalau ko banyak cakap, aku jerut leher kamu.

Uncle Sam melihat ini pun takut juga beb. Sebab sekarang aircraft carrier America berleluasa control semua lautan.
Yang bagusnya untuk negara kita: Seperti di Myanmar, kerana takut kuasa China mengembang, maka India dan America akan 'terpaksa' melabur dengan banyak di sini. Jika tidak, mungkin satu hari nanti - kerana hutang budi kita semua akan banyak import/eksport barangan ke/dari China.
Sebab tu bila China datang ke Singapork dan Malaysia curah projek berbilion ia buka saja kerana menteri kita pandai tarik pelaburan beb. Tapi mungkin kerana negara nak di pearl-string.
'Your country is being pearl-stringed by China' - cable rahsia WikiRem. Hah! Ko ingat ko pandai sangat tarik pelaburan?!?!

SATU lagi. Perdana Menteri China, Wen Jiabao, baru hari ini/Ahad tamat lawatan tiga hari ke Pakistan.
Pakistan banyak diberi bantuan wang (bayar tunai beb) oleh America yang takut pemerintah Islamabad tumbang kena asak oleh Taleban dan extremist Paki.
Tapi China juga rakan baik Pakistan dari dulu - banyak membekal senjata.

Wen sebelum ke Pakistan ke India.
Tapi lihat: 400 businessmen China yang turun ke India sign macam-macam projek bernilai US$16 bil di New Delhi. Di Islamabad, mereka sign kontrak bernilai US$26 bil.

KALAU tanya saya orang kerdil, daripada kamu terus berbuat baik dengan Abang Israel, lebih baik kamu buat baik dengan Beijing.

KATA AKHIR: Seperti biasa, ini buat cerita pakar politik. Hanya ngobrol mamat kedai kopi.


-----------------------------------------
TAMBAHAN - Membaca hubungan politik

Apabila Presiden Obama dan isteri Michelle tiba di lapangan terbang Delhi untuk lawatan rasmi, bulan lalu, yang menunggu di bawah Air Force One ialah Perdana Menteri India Manmohan Singh dan isteri. GAMBAQ 1.

Seorang menteri Kabinet penuh India dijadikan sebagai Menteri Pengiring (Minister in Waiting) untuk Obama. Menteri Pengiring ialah Union Minister for Minority Affairs Salman Khursheed, politikus Muslim dari keluarga politik terkenal di India.

Apabila Premier Wen Jiabao dari China tiba di lapangan terbang Delhi minggu lalu, yang menunggu di bawah ialah Junior Minister of Trade Jyotiraditya Scindia (saya pun tak pernah dengar nama mamat muda ni). Scindia juga jadi Menteri Pengiring. GAMBAQ 2.
PM Manmohan tak datang pun. Esok hari baru diadakan perbarisan terhormat.


Ah kau. Itulah signal kuat yang menunjukkan hubungan tak gitu rapat Naga-Gajah ni.
Samalah jika ada sesiapa datang ke negara kamu. Lihat saja siapa yang menunggu ketibaan Sultan, Presiden, Perdana Menteri tu.
Dan siapa dilantik jadi Menteri Pengiring semasa lawatan rasmi.
KALAU yang datang ke rumah kita orang yang kita suka, kita tunggu kat luar gate lagi!
Jika makcik yang kita benci, tak keluar bilik pun, hantar anak suruh kata 'Abah pening mabuk muntah kedarah'.

LEPAS tu Wen ke Pakistan, Apabila pesawat Wen masuk ruang udara Pakistan, ia diiringi pesawat pejuang Pak beb. Glam giler!
Turun saja, PM Pakistan Yousaf Raza Gilani dah tunggu. GAMBAQ 3.
Siap dengan 21-gun salute!
Menteri Pengiring? Menteri penuh Kabinet, Federal Minister for Petroleum and Natural Resources Syed Naveed Qamar.
Baca cerita cara Pak sambut tetamu.
Cuma yang kurangnya, depa tak suap Wen biryani gam.

No comments:

Post a Comment