Wednesday, June 30, 2010

France, Germany, Holland & umat Muhammad

Pasukan bolasepak France, Germany dan Holland rupa-rupanya ada satu persamaan dengan team bola Malaysia dan Singapour.
Selain daripada team pakai baju cantik - tak semestinya pandai main bola - dan gaji berjuta, dalam semua team ini ada mamat bernama muslim rupanya. 
Saya tak hairan jika Algeria, Cote D'Ivoire (Ivory Coast) dan Ghana ada pemain bernama 'melayu'.
Tapi untuk team dari Eropah ni, syiok juga ada brader kita main.

FRENCH TEAM
France dulu ada Zainudin Zaidan - oops dia masuk Pakatan jadi tak ngaku 'melayu perkasa'. Namanya DAP-friendly, Zinedine Zidane (saya berjenaka, jangan marah ya, kak Teresa, abang Khalid).
Tapi rupa-rupanya Nicholas Anelka, Eric Abidal dan Franck Ribery pun sama umat Muhammad.
Anelka dan isterinya dua-dua bukan muslim dulu, lalu masuk Islam.
Abidal masuk Islam lepas jumpa isterinya yang berasal dari Algeria.
Ribery, seorang anak miskin bertemu isteri muslimnya di bandar miskin, lalu memeluk agama sama.  
Yang lain, Karim Benzema, Lassana Diarra dan Mahamadou Diarra
Saya pun tak tahu ramai musulman ni pada awalnya - hanya selepas team France dah kena tendang, baru New York Times tulis di sini. Tulisan berbaur Islamophobia ini kena bantai pembaca
Orang France rupanya macam Perkasa, Hindraf dan Dong Zong - ikut kulit. Sebab mereka dah kalah dari World Cup, tuduh macam-macam orang yang berkulit gelap dan beragama Islam di Paris.  

Yang saya terkejut lagi ialah artikel ini - dalam team France yang menang World Cup 1998 dulu Thierry Henry pun muslim (?), sama juga dengan Lilian Thuram. 
 Betul ke? Saya tak percaya. Baca komen di bawah post itu - ada kata Henry dan Thuram bukan muslim. Cerita rekaan. Saya percaya cerita rekaan. 
Takpelah, asal jangan bermusuh dengan kita, ok what.
 Di Eropah (betulkan jika salah), paling ramai umat ialah di Perancis, kemudian UK. 

GERMAN TEAM
Saya hanya suka team German zaman Gerd Muller-Franz Beckenbauer-Sepp Maier. Mereka menang 1974 World Cup lawan Holland.
Saya tak kenal team German sekarang ini. Tapi rupa-rupanya ada umat juga di team muda ini.
Berketurunan Turki dan Tunisia - iaitu bekas negara bekas sekutu Jerman zaman Hitler dulu.
Sami Khedira bapanya Tunisia, Mesut Ozil dari Turki.
Serdar Tasci dari keluarga Turki. Baca sini.
(Kalau nak tahu lebih, sila cari kat wikipedia detail career mereka).
Maknanya, mereka sekurang-kurangnya faham budaya muslim, walaupun mungkin tidak mengamalkan agama secara rapi seperti, errrr.... Ibrahim Ali, KJ dan Zaid Ibrahim. 
Team ini bahaya beb sebab ramai orang muda 20an tahun. Mereka serang pakai wing, orang tua macam aku macam mana nak kejar. 

HOLLAND TEAM
Sama seperti kamu ni rugi jika masih muda sebab tak dapat lihat permaina live Muller, Beckenbaur dan Maier dulu, kamu juga tak faham apa itu Total Football oleh team Holland yang lama.
Team Johan Cruyff, Johan Neeskens, Johan Jaafar (oops). 
Kini ada team baru. Fancy juga mainan mereka.
Antaranya, Ibrahim Afellay. Dan Khalid Bouhlarouz atau ‘Khalid the Cannibal’ 
Nama yang banyak disebut orang Muslim, cuma 'kahwin arab', Robin van Persie.  

Katanya, Fred (Brazil) pun muslim. OKlah jika betul. 
Tulisan saya ini bukan apa. Bukan nak kata Islam beri mereka harapan atau menjadi orang kaya. Ada yang tak praktik Islam pun, saya pasti.
 Cumanya, di dalam dunia di mana umat kena tekan, ada baiknya jika ada bintang yang boleh menjadi pujaan. 
 Yang boleh menunjukkan bahawa tidak semua yang bernama muslim itu kaki bom.
Ada juga yang kaki bola.

No comments:

Post a Comment