GAMBAR di Ri-Yaz resort (kawasan Monsoon Cup) - bot Batman? Lihat di kiri ada orang nak turun, kecil saja dia. Besau bot ni! Batman pun datang Ganu nak beli songket! Maaf gambar kelabu sebab camera sejuk baru keluar kereta, lalu lensnya ada 'kabus'. Baca komen saya di bawah posting ini (komen No.16).
POSTING AWAL
Selesai muktamar PAS di Kota Baru hari Ahad, saya dan seorang rakan wartawan dari KL check-out dari Hotel Renaissance pada 5pagi. Ya, 5pagi. Kiasu giler.
Kami berteksi ke Kuala Terengganu, aka Kay Tee.
Ini kerana di bandar lahirnya Masjid Kristal dan tempat tinggal hartawan besar Idris Jusoh, sebuah kumpulan bernama Gertak telah menjemput Dr Mahathir untuk berucap Isnin (semalam). Topik: Kueh Bangkit, oops Melayu Bangkit.
Tiba di situ 7.30pagi, kami singgah di penthouse pemain Liverpool di KT. Beliau juga bekerja sebagai wartawan di bandar itu. Tumpang beg dan laptop. Lepas tu gi sarapan dan kemudian ke indoor stadium KT untuk program Melayu Bangkit.
Tak ramai yang datang. Bagaimana saya tahu?
Wartawan selalu dituduh salah kira crowd yang hadir di majlis politik atau demo. Anda sendiri pernah membaca - Jika demo, misalnya nanti ada blogger tulis 10,000 hadir, website berita kata 5,000, agensi berita tulis 4,000 dan akhbar tempatan 2,500 orang saja.
Jadi bila di majlis dalam dewan, saya selalu mengira berapa kerusi yang ada di situ sebelum majlis bermula.
Di stadium tertutup tu ada 7,000 capacity (fixed seats around the terraces). Tapi pagi tadi, banyak kerusi di letak di tengah gelanggang. Saya kira tadi ada 33 buah kerusi dari hujung kiri ke kanan, dan 55 kerusi dari belakang ke depan. Jadi 33 x 55 = ada 1,815 kerusi di gelanggang.
Setengah jam selepas Dr M berucap, kira-kira separuh kerusi ada 'penduduk', dan di bahagian fixed seats dalam stadium tu ada kira-kira 100 lagi pengunjung.
Jadi total 1,815 bahagi dua + 100 = 1,000 hadir.
Pada saya, majlis itu satu failure dari segi yang hadir.
Takkanlah masa cuti sekolah, Dr M dijemput, dah diwarwarkan satu Malaysia, yang datang 1,000 orang saja. Mana geng Pekida (yang datang sikit) dan Umno satu Ganu?
-------
Dah selesai majlis, kami makan lunch jap, lepas tu check-in ke Hotel Primula.
Kali terakhir saya ke KT ialah pada pertengahan 2003 apabila Dr M nak retire (beliau bersara pada Oktober 2003) dan PAS masih memerintah 'Ganu Kite, Hok Kite'.
Dah tujuh tahun tak datang.
Bandar KT sama saiz saja! Masih XS, extra small. Heehee.
Kota Baru, tanpa duit wang ehsan, dah semakin besar.
Bulatan Penyu di Kay Tee dah lama hilang, diganti dengan Bulatan Batu Bersurat.
Tak lama lagi saya pasti akan diganti dengan Bulatan iPad kot.
Bandar nampak bersih - very good. Lebih bersih daripada KB. Itu bagus. Tentunya sebab kerajaan ada banyak wang minyak lalu mampu employ pekerja pembersih yang ramai.
Oops saya silap rupanya - Dah lebih banyak bangunan di KT - termasuk yang membazir duit rakyat seperti Masjid al-Keristal dan Taman Tamat-dun Islam.
Dan projek-projek di tapak Monsoon Cup al-Badawi. Habis duit rakyat daripada wang petroleum dikerjakan.
YANG SEDIH: Kenapa, why oh why, hotel milik kerajaan Terengganu al-DuitBanyak ni masih seperti hotel yang saya tinggalkan tujuh tahun lalu!?!?!
Marah betul saya di Primula ni. Bilik masih zaman lama - furniture lama, TV lama, toilet zaman P.Ramlee dan bocor.
Masa saya nak check-in ada satu guest sedang mengamuk sebab air toilet dalam biliknya berwarna coklat, macam mana beliau nak mandi dan masak air? Nak minta pindah bilik.
Yang paling sedih untuk saya ialah hotel itu TIDAK ADA internet dalam bilik. 'Ada wi-fi di lobi, encik'. Aaaaaaaaaaaaaaah! Apasal!?!?!?
Macam mana aku nak tulis story, hati menjerit.
Para wartawan, selain menulis cerita harian dalam office hours, suka kerja dan membaca online sekitar dini hari sebelum dia tidur. Sebab kadang-kadang dapat inspirasi nak tulis lewat malam. Untuk saya, ada blog lagi.
Sebab tu tak dapat berblog semalam. Kini saya ni di Lobi, bingit ramai orang, nak hantar blog.
Saya tulis story semalam pakai Blackberry.
A decade into the 21st century, in a state overflowing with oil money where billions have been lost on stupid projects, no one thought of upgrading the state-owned hotel to attract more tourists?
No one at least thought of putting in internet connections for each room?
OhmyAllah!
And now they dare have direct Singapore-KT flights!
Luckily most Singaporeans go straight to offshore islands, else they would scream! Singapore is like the highest interconnected country in Asia after South Korea, so a hotel with no internet connection is like a room without a jamban, brader. Lu orang buat malulah.
Tak boleh ke ada orang bijak sikit berfikir nak cari pelanggan dan pelancong? Ini kan projek besar dapat sapu duit juga?
Di Hotel Ren di Kota Baru, mahal oi internet di bilik. RM52 untuk 24jam. Tapi tak apalah. If someone wants to use it, let him pay for it.
Saya diberitahu, hotel besar lagi satu di KT, Grand Continental, pun tak ada net di bilik.
Saya bertanya di Permai Inn, hotel besar juga. Hanya wi-fi di lobby.
Cuma ada hotel kecil di sini yang ada net di bilik. Yay!!! Saya tahu sebab saya masuk dan bertanya.
Nama hotel berinternet ialah MingStar hotel dan MingStar Paragon. Kecik je, terletak antara Primula dan Grand Conti. So now you know where to stay if you come to KT to work like me.
Baik kasi PAS menang kembali di Terengganu sudah. Sekurang-kurangnya apabila PAS berkuasa, duit ehsan berbilion dollar dia tak dapat, jadi ada sebab tak upgrade hotel atau buat projek membazir.
Ya, saya ke masjid kristal dan taman tamadun untuk pertama kali. Membazir besar.
I am not impressed. I am ashamed at this sheer wastage dalam negeri banyak orang miskin. Masjid dijadikan museum untuk orang ooh-dan-ahh, bukan untuk beribadah atau cari ilmu. Islam Umno lah ni. Ah kan aku dah marah.
Maaf, jika kamu sokong Umno.
Saya marah betul jika lihat orang membazir begini, lepas tu pusing belakang dan kata - Kita mesti sokong Umno sebab Melayu ramai masih miskin. Masih tak berpelajaran.
Itulah yang dikatakan di stadium oleh Dr M.
Tapi bila ada wang berjuta, kenapa tak di jaga? Dibuang begitu saja?
Tak apalah, negeri kamu.
PSST. Nasib baik nampak batik cantik. Sejuk sikit hati. Tak beli pun tak apa - sebab nampak kesenian Melayu masih segar.
Datanglah Ganu Kite - boleh lihat pembaziran dan kesenian halus pada masa yang sama.
No comments:
Post a Comment