1) iPhone dengan sofwe baru, bentuk baru
Isnin/esok, iPhone baru dijangka diumumkan oleh hero legenda Apple dan designer terkemuka, Steve Jobs.
Depa ni membuat orang biasa seperti saya malu. Dahlah beliau sakit, nak mati, sehingga kurus kedengkik, tapi terus bekerja kuat! Semua announcement beliau ditunggu satu dunia.
Produk keluarannya menjadi glam seperti orang menunggu lagu baru Backstreet Boys atau Siti Nurhaliza.
Begitu popular produk yang Jobs design sehingga saham Apple mengatasi saham Microsoft baru-baru ini.
Isi iPhone version 4 ini telah pun diselongkar oleh website teknologi terkemuka gizmodo.com, setelah ianya tertinggal di sebuah bar oleh seorang jurutera Apple! Itulah saya dah kata, jangan mabuk. GAMBAR.
Yang baru ini ada dua camera (depan dan belakang), touchscreen yang lebih baik, lebih kecil dari iPhone di pasaran tapi lebih berat.
Musuh iPhone, selain Blackberry (baca di bawah) ialah smartphone lain yang menggunakan sofwe Android keluaran Google.
Cantik si HTC Evo 4G ni.
2) iPad rules, tapi yang lain nak cuba juga
Orang berebut satu dunia nak beli iPad ini.
Sampai Apple tak sempat nak keep up dengan demand.
Pengunjung blog ini, Johor Mali, untung dapat beli kat London. Dua biji lagi! (how's your experience with it, bro?)
Di Sim Lim Square, pusat penjualan barangan komputer, dah ada benda ni, tapi harganya sangat tinggi.
Saya dapat 'main-main' dengan iPad ni di US minggu lalu. Memang syiok.
Dan tentunya ramai pernah menggunakan produk/sofwe Apple. Tak macam produk Windows dan sofwe Microsoft yang lain, produk Apple begitu mudah dan syiok digunakan.
Tapi pada saya, iPad berat jika nak dipegang sebagai buku.
Saya juga dalam lawatan minggu lalu ke negara asing, dapat main-main dengan Amazon's Kindle, Sony Reader dan Barnes & Nobles Nook.
Eeks, tak bagus langsung sofwe mereka ni semua! Dan black and white, hanya untuk baca buku. Sedangkan iPad boleh main games, hantar email, tengok gambar warna-warni, selain baca e-buku.
Kini ada beberapa produk lagi yang akan keluar.
Termasuk yang lebih ringan dari Dell, bernama Streak atau Dell Mini 5 (5inch screen).
GAMBAR: Streak yang kecil dengan iPad.
Cuma tak tahu bila nak sampai ke negara sebelah sini. Dan tak tahu juga jika sofwenya sebagus sofwe Apple.
Tapi yang pasti ianya lebih ringan. Tapi mungkin terlalu kecil kalau nak dibaca buku. Pulak.
JooJoo dari Singapore ni saya tak yakin akan hidup lama. Besar, dan tentunya berat. Walaupun screennya lebih clear daripada iPad. Sofwenya tak tahu pulak.
Si iPad ni begitu popular, sehingga dah ada prediction jika anda naik pesawat lain kali, anda dah tak perlukan flight entertainment system tu lagi - screen TV kat depan kerusi anda. Anda akan gunakan iPad - ah kau! Baca sini, Jetstar (anak syarikat Qantas) dah nak mulakan pun.
3) Blackberry Bold - Slider & Touchscreen!
Macam-macam ada.
Ini berita terbaru - Bukan saja Blackberry nak keluarkan produk baru, tapi ia slider dan touchscreen.
Blackberry Storm hanya touchscreen (tak ada tiny keyboard) - tak laku sangat.
Mesin Blackberry yang lain semuanya ada keyboard, tapi tidak ada touchscreen.
Jadi yang baru ini nak sapu semua! Nak lawan iPhone - yang touchscreen tapi tak ada keyboard. GAMBAR.
Cerita dan gambar lagi di sini.
Kenapa Blackberry perlu keluarkan produk lebih baik? Dia takut orang lain come from behind and eat its lunch. Baca sini dan sini. Jika saya pekerja RIM (pembuat Blackberry), saya baca pun takut!
Dulu Blackberry adalah smartphone yang must-have untuk orang korporat, termasuk di syarikat saya.
Tapi kini, lebih ramai orang dah pindah ke iPhone - yang juga ada 'push-mail' yang diperkenalkan dulu oleh Blackberry.
Push-mail bermakna, setiap kali orang hantar email kepada anda, ia akan secara automatik masuk ke Blackberry anda. Lampu merah akan menyala di tepi telefon tu, menyatakan 'You've got mail'.
Kini iPhone pun dah ada sofwe ini.
Baca di sini. Lagi takutttt jika kamu sayang Blackberry. The iPhone is coming. No wait. The iPhone is here and it wants your lunch.
4) Telefon ada GPS
Dan kini dah makin banyak phone ada GPS.
Niatnya ialah jika anda sesat di lorong kecil di Penang atau dalam hutan Pahang, boleh gunakan telefon untuk jadi panduan keluar melalui GPS.
Tapi ia juga berguna jika kita khuatir anak sesat jalan atau kena kidnap. Sebab boleh dimonitor ke mana budak ni pergi - asal dia tak buang telefon dia
Tapi problem juga untuk yang menipu boss atau bini.
Pekerja: 'Boss, jangan marah, trafik jam teruk kat Macpherson Road, saya lambat masuk hari ini.'
Boss: 'Tapi GPS phone kamu dalam PC saya menunjukkan kamu di food court pasar Geylang. Kau jangan tipu Mat!'
Abang Mat: 'Minah, Abang balik lambat sikit. Lagi nak solat isyak di masjid Wangsa Maju, jadi imam. Lepas tu ada ceramah agama'.
Minah: 'Tapi saya tengok lokasi phone abang kat komputer ni - abang di Pub ImanNipis di Bukit Bintang."
Abang Mat: 'Opocot!'
No comments:
Post a Comment