Tuesday, June 8, 2010

FT.

Apabila saya pulang bekerja di Singapork tiga tahun lalu, ada satu initials yang saya mulanya tak faham: FT.
Apa benda tu? Kenapa apabila orang sebut benda ni mereka macam meludah ke muka kita? (Saya mulanya ingat akhbar Financial Times).
Dulu don't know, now dah jelas.
Rupa-rupanya yang dimaksudkan ialah Foreign Talent.

Mereka ini adalah golongan expatriate yang dibawa masuk ke Singapore kerana negara kecik ini kurang pekerja mahir.
Mudah kata: Mereka omputeh dengan qualification tinggi.
Kini syarikat-syarikat besar di sini kebanyakannya ada kepala omputeh. Baik syarikat gergasi seperti bank tempatan dan syarikat yang dikawal oleh pemerintah, GLC government linked companies, melalui Temasek Holdings (jika di Malaysia, taraf Temasek ini sama dengan Khazanah Holdings).

Baik DBSBank, bank terbesar di Asia Tenggara, Singapore stock exchange, GLC perkapalan Neptune Orient Lines, atau syarikat privet seperti OCBCBank ada omputeh kat atas.
Malah antara 10 pegawai tertinggi di Temasek pun, saya rasa ada tiga, empat warga asing.
Omputeh ni, orang Singapork tak marah sangat sebab OKlah mereka bawa kemahiran dan pengalaman luar. Lagipun berapa ramai dari orang tempatan yang boleh apply jadi CEO atau Executive Director atau Executive Chairman syarikat besar?

Tapi sejak lima lalu ini, ramai rakyat dah mula marah. Saya pernah tulis beberapa kali tentang isu ini secara sipi. Di sini dan sini. Hari ini cerita panjang.


Pemerintah dah mula bawa masuk golongan middle managers dan pekerja buruh dari luar negara.
'Tentunya saya boleh buat kerja sebagai Manager atau Supervisor, kenapa nak bawa masuk FT?' Orang ramai bertanya.
Dan yang dibawa masuk bukan saja omputeh bergaji tinggi, tapi pekerja separa-mahir (semi-skilled) dari India, Indonesia, Filipina, Malaysia pun ramailah!, China, dan sebagainya.


AI, BUAT KOPI PUN PAKAI FT!?

Lebih teruk lagi, pada pendapat ramai orang, dibawa masuk blue collar workers pula. Jika hanya pekerja construction atau pencuci jamban atau drebar bas, orang Singapore tak marah sangat, sebab tak ramai orang nak buat kerja seperti itu - sama seperti di Malaysia.
Tapi apabila pemerintah biarkan mereka bekerja sebagai salesgirl, receptionists, security guards, penjual kopi, marah betul rakyat!
Saya tulis direct: Kalau mereka ni dibiarkan begini, kat mana anak-anak Melayu yang tidak berpelajaran nak kerja? Anak bangsa lain pun terjejas, saya sebut bangsa Melayu sebab bangsa saya, dan anak saudara saya dah sebut benda ini. Mereka dah tak syiok dengan pemerintah.

Dan surat-surat dalam akhbar saya sejak setahun dua ini, dan perbincangan di forum Internet pun nampak menunjukkan kemarahan rakyat.
Cuba kamu tulis 'saya sokong FT', mampoi kamu kena serang!
Ada penulis - orang Melayu dan India - marah (termasuk saya) sebab kadang kita nak beli teh atau kopi, kita order 'one teh tarik please', atau 'one coffee with milk please', mereka jawab bahasa Cina sebab mereka dari China! Mereka tak faham apa saya nak beli, lepas tu nak suruh saya berbahasa Mandarin. Ini apa kejadah ni?!?!?
Ramai betul pekerja dari China bekerja di kedai kopi (kopi tiam).

Lalu, perkataan 'FT' ni jadi bahan kejian.
Rakyat masih faham kenapa nak ambik bos dan CEO berkemahiran tinggi dari Amerika atau India atau Malaysia, tapi takkan nak sapu sampah dan jual kopi pun kamu biarkan mereka masuk?

Saban minggu, saya menerima panggilan telefon nak jual kredit card atau pinjaman bank. Gerenti - 99 peratus mereka suara Filipina. Bukan rakyat Singapore lagi!
Baik saya di coffeehouse hotel atau nak beli pakaian di mall, yang melayan saya juga 'FT' - dari Filipina, China, India.
Dan orang kata, hampir semua nurse di sini adalah dari Filipina.
Kita tak salahkan mereka nak cari makan, yang kita marah ialah kenapa pemerintah buka pintu sebegitu luas hingga menjejas orang tempatan nak cari makan.
Ini kerana mereka sanggup terima gaji rendah, maka habislah peluang pekerja tempatan. 


PEMERINTAH DAH MULA SEDAR

Sejak beberapa bulan ini, pemerintah dah mula bergerak nak sejukkan hari rakyat.
Mereka dah mula nak bezakan antara rakyat Singapore dengan FT, sebab satu komplen besar ialah mudahnya FT ini nak dapat PR (permanent residency).
Jadi sekarang jika FT masukkan anak ke sekolah atau hospital, mereka kena bayar lebih. Kalau tidak, kata orang Singapore, buat apa kami jadi rakyat? Bayar cukai lebih daripada mereka? What's the advantage of citizenship if they pay the same price as us at schools and hospitals?

Dan undang-undang diperketatkan: Jika nak ada pekerja asing di syarikat anda, mesti kena ada dulu pekerja tempatan - saya lupa rationya.
Misalnya (misalan saja, sebab saya lupa) - Kamu mesti ada lima pekerja tempatan sebelum boleh mengambil dua pekerja asing.

Dan menteri kini dah guna macam-macam perkataan nak pujuk (baca komen orang marah di bawah cerita Lee Kuan Yew ini) orang Singapork supaya menerima FT ini.
 Bahawa mereka perlu untuk pertumbuhan ekonomi, kami semua pun kan kaum pendatang (bukan aku, oi! Aku anak Nusantara! Pribumi) seperti mereka.
Bila ada pesta warga asing ini, menteri akan visit dan pujuk mereka supaya jangan lari pula.
Saya fahamlah kekhuatiran pemerintah. Saya faham kenapa kena ambil warga asing yang berkemahiran.
Yang saya dan ramai tak faham kenapa blue collar workers pun semua golongan ini juga.


TIGA KES FT

Yang orang lagi marah ini adalah sebab tiga kes yang heboh diperkatakan di sana sini.
1) Beberapa FT dari Sarawak (buruh kasar) mengamuk dan merompak FT dari India minggu lalu. Satu mati. Sini dan sini.

2) FT dari Switzerland dan FT dari Britain spray paint graffiti di sebuah train MRT di sini. Mereka masuk depot MRT (kawasan larangan) lalu buat grafiti. Jadi isu hot. Sini dan sini (ada video MRT yang kena spray graffiti).



Dah mula pun rakyat Singapore berbisik - kan aku dah kata, FT ni tak bagus.

3) Lepas tu, minggu lalu, team table tennis Singapore menang PIALA DUNIA! Juga di sini (kamu lihat nama-nama pemain Singapore).
 Team wanita Singapore kalahkan team China. Mak datok.
Tapi lepas tu ramai orang berbisik - 'Auntie hor, the so-called Singaporeans in the team are actually players from China who became Singapore citizens under a sports programme to bring FT into sports.'
'It is like China Team B beating China Team A. Not Singapore beat China, hor'.

Dah jadi cerita di media - orang kena pujuk - tolonglah terima mereka ini sebagai 100 peratus rakyat Singapore.


Apapun, tentunya pemerintah prihatin akan bertindak nak kekang kemarahan mengenai FT ini.

Singapore di awal 2012 mesti ada pilihanraya, brader.
Mereka takut dengan kemarahan rakyat.
Ini dah gerenti jadi satu isu utama dalam pilihanraya.
Hidup demokrasi!

No comments:

Post a Comment