Friday, June 18, 2010

Cerita-cerita panas dari Temasek

1) Gereja besar disiasat

Di Singapore, seperti di Malaysia dan Indonesia, kumpulan yang tumbuh paling cepat ialah gereja Kristian.
Mereka rajin bekerja. Dan mereka pandai minta derma. Orang beri derma berjuta-juta bila paderi minta untuk membantu dakwah mereka.
Kumpulan gereja yang paling besar, born-again, ialah City Harvest Church.

Mereka begitu kaya sehingga baru-baru ini membeli sebahagian daripada Suntec City (big exhibition centre macam PWTC lah gitu) kerana nak gunakan dewannya untuk Sunday service.
Pelaburannya? S$310 juta! Mak oi, RM680 juta.
Ini selepas membangunkan gereja S$48 juta.

Untuk orang luar seperti saya, maaf kata, pelik juga lihat gereja ni.
Ia bukan gereja biasa yang kita faham - yang ada bangunan 'berbentuk gereja' seperti Catholic church dan ada paderi yang berpakaian seperti yang kita faham paderi pakai.
Ketua mereka, Pastor Kong Hee, ada BMW, tinggal di kondo mewah, rambut blonde dan pakaian groovy.
Isterinya terkenal, penyanyi berpangkalan di Amerika yang kadang-kadang berpakaian menjolok mata! Ho Yeow Sun atau Sun Ho akan mengeluarkan album baru di Amerika tak lama lagi.
Ini gereja terbesar di Singapore, ada 33,000 members.


Sama seperti di mana-mana pun, jika polis nak menyiasat gereja, masjid atau kumpulan agama, ia perkara yang begitu sensitif.
Tapi jika rasa ada kes, kena masuk juga dan periksa.
Polis Singapore dah mula periksa buku mereka. Dah 20 orang ditanya dan pejabat mereka telah pun diserbu pegawai pemeriksa dari Commissioner of Charities dan Commercial Affairs Department.
Baca di sini (banyak gambar), sini, sini dan sini.

Ini bukan pertama kali COC dan CAD masuk campur dalam ehwal badan agama. Pernah badan Buddhist diperiksa.
Dan kes terbesar ialah Singapore's biggest charity, National Kidney Foundation, sehingga jadi skandal besar yang memalukan pemerintah.

Masjid dan badan agama Islam di sini? Belum pernah kena serbu, sebab tak ada duit kot. Kahkahkah.
Lagipun di negara Singapoora, umat Muslim semuanya diwajibkan membayar derma masjid, Mosque Building and Mendaki Fund, dari gaji kami. Boleh opt-out jika tak mahu duit gaji dipotong untuk buat masjid.
Jika tidak, setiap bulan, secara otomatik, gaji dipotong.
Misalnya, jika gaji anda S$1,000 dipotong $2, jika $5,000 dipotong oleh majikan $8. Nak suruh potong lebih atau kurang pun boleh.
Jadi masjid baru yang kamu lihat di sini, semua dibina oleh duit dari 400,000 orang muslim yang *"terbongkok-bongkok" dengan kaum Cina.
(*Baca @@ di bawah)


2)  Paderi Kristian hina Taoist, minta maaf

Saya pernah tulis beberapa kali, di Temasek Darul BanjirKilat ni don't play-play tentang agama dan bangsa. Hina agama lain atau bangsa lain di Internet pun, polis akan cari - sini dan sini.
Boleh kena tangkap, atau sekurang-kurangnya warning keras oleh polis.

Ini untuk protect agama lemah di sini (seperti umat Islam yang tak pandai melawan) dan agama yang tak kacau orang (seperti Buddha dan Taoist).

Di negara lain, jika ada orang menghina bangsa dan agama, nanti ada group politik sama bangsa-agama yang akan kata 'OK what! Teruskan'. Sebab nak berkuasa, hina bangsa-agama sendiri pun tak apa.
Makinlah orang kurang ajar. Pelik!

Kini, di Pulau kecik ini, seorang lagi paderi Kristian baru kena warning dan kena minta maaf.
Paderi dari gereja kedua terbesar di sini, New Creation Church, ada video beliau menghina penganut Tao.

Polis Singapork kasi warning, menggelacat beliau minta maaf, sebab kalau tak mahu bertaubat, kena sumbat dalam penjara.
Baca di sini, sini dan sini (response pembaca panas).

Terima kasih polis, jaga umat dari dihina.
Tak apalah jika Dr Mahathir kata, bahawa orang Melayu Singapork ni @@"terbongkok-bongkok" kepada kaum lain sebab lemah. Sekurang-kurangnya Tuan kami jaga juga kebajikan hambanya.



3) Lagi isu Foreign Talent (FT)

Saya tulis panjang lebar di sini mengenai isu FT di Singapore, isu yang ramai percaya akan menjadi isu besar dalam pilihanraya umum, tak lama lagi (mungkin tahun ini pun! Atau selewatnya awal tahun depan, kata orang).

Ramai rakyat Singapore tidak marah kepada pemerintah dan GLC (syarikat milik pemerintah) kerana ambil omputeh dan orang asing jadi kepala syarikat besar.

Baik DBSBank (bank terbesar di Asia Tenggara, sebuah GLC), Singapore stock exchange SGX, Neptune Orient Lines (antara syarikat perkapalan terbesar di dunia, GLC), dan banyak lagi, semuanya ada mat salleh sebagai CEO.
(DBSBank kini diketuai oleh banker berasal dari India yang pernah bekerja di Malaysia dengan Citibank, Piyush Gupta. Kini beliau jadi rakyat Singapore).

Dan syarikat-syarikat besar lain di sini - OCBCBank, cable TV firm Starhub dsbnya - semua ada kepala mat salleh atau orang asing.

Itu semua orang tak kisah sangat, sebab mereka pun tak layak nak apply.
Yang orang marah ialah pekerja biasa yang juga diimport - seperti pekerja restoran, pembersih jalan dan salesgirls - kerana menjejas peluang pekerjaan orang biasa.
Takut juga saya - nanti saya dah tua, nak kerja di Macdonalds atau bersihkan jamban pun tak boleh, sebab dah ramai FT blue-collar ini.

Tapi hari ini saya terkejut.
Seorang pegawai tinggi yang rapat dengan pemerintah Singapore, Peter Seah, berkata: Kenapa kita nak terus ambil orang asing sebagai CEO? Rakyat Singapore pun tentu ada yang mampu jadi kepala syarikat besar.
Baca di sini dan sini.

Wow.

Seah ni pengerusi DBS Group (pemilik DBSBank), member Temasek Advisory Panel dan pengarah Government of Singapore Investment Corp (GIC).
(Singapore ada dua sovereign funds - yang terkenal ialah Temasek Holdings. Yang lagi satu ialah GIC).
Seah ada suara dalam kedua-dua syarikat khazanah negara. Maknanya ini mungkin strategik shift pemerintah, sebab dah nampak rakyat marah dengan FT.

Yang lebih penting, if you ask me, saya rasa pemerintah takut jika kamu beri signal omputeh saja pandai, orang berpelajaran akan kata: OK, fine.
Mereka akan lari (dah ramai pun lari!), cari kerja di Australia, Eropah dan Amerika, tak akan balik. Sedangkan omputeh ni, esok ekonomi lemah, depa lari, mereka tak loyal kepada Singapore, hanya kepada wang.

Tapi yang lebih penting bagi orang semakin tua seperti saya dan untuk kaum Melayu di sini, ialah penyekatan pekerja asing gaji rendah.
Agar gaji orang di bawah tidak terus tertekan akibat pekerja kedai kopi dari China, salesgirl dari Filipina, pekerja pembersih dari Sabah dan pekerja construction dari Bangladesh.

Rakyat lagi marah beb, you don't play play kerana pilihanraya semakin dekat.

1 comment: