Saturday, May 15, 2010

4 airport, 3 pesawat, 30 jam tak tidur, saya di DC

Siksa braders and bradees.

SABTU 15Mei.
1) - Singapore - 5pagi saya tiba di lapangan terbang Changi. Satu malam tak tidur sebab takut terbangun lambat.
- 7.10pg pesawat United Airlines berlepas.

2) - 7setengah jam kemudian, mendarat di Narita, Tokyo, 2.30ptg waktu Singapore-KL. Waktu Tokyo ialah 3.30ptg kalau tak silap.
- Narita 4.40ptg - Tukar plane untuk ke Chicago.

3) - Adoi 10jam penerbangan!
- Pesawat ini sempit tak seperti sebelumnya. Dah lah saya memang ada masalah nak lelap kalau naik pesawat, ni sempit dan full flight.
- Sejurus lepas naik saja diberi dinner, lepas tu 2.5jam lagi, supper.
- Tiba-tiba, 4jam kemudian dah masuk breakfast! Sebab matahari dah naik.
- Lepas tu morning snack 2jam selepas breakfast. Banyak sangat makan orang berderet masuk toilet!
- Tempat duduk saya pula dekat toilet; perfect. Macam mana nak ngantuk dengar orang keluar masuk jamban.

4) - Jam GO-STAN. Saya tiba di Chicago 2.40 ptg. Tak tahulah saya bagaimana depa ni kira waktu.
- Sebab tadi kat Narita naik pesawat 4.40ptg, sampai sini waktu dah go-stan.
- O'Hare International - saya sibuk pusing-pusing cari terminal dan lambat masuk sebab strict security check (nanti boleh cerita). Ada lima terminal!

5) - Chicago 6.20ptg - Pesawat United yang ketiga saya naik hari ini, menuju ke Washington DC.
- Masa FORWARD ke depan satu jam (perbezaan waktu Chicago dengan *DC) - tiba di Ronald Reagan airport 8mlm. Terbang 1setengah jam.
- DC dan New York masanya 12 JAM berbeza dengan KL-Singapore. Sekarang ini saya sedang tulis 11mlm, baru masuk hotel Washington Marriott (ada tiga Marriott di sini). Anda di sana jam 11pagi.
 - Mabuk tak tidur. Bak kata mat salleh, jet lag.

6) - Lepas tu pegawai State Department (Foreign Ministry) suruh turun kat bawah nak beri taklimat. Aduh.

- Kami kumpulan 24 orang dari 24 negara dijemput State Department melihat bagaimana negara mereka ditadbir. Boss saya yang suruh saya gi, bukan pasal saya spy Amerika.
- Dari 24 itu, 9 dari Asia, 9 Eropah, 3 Latin America, 3 Afrika.
- Dari 24 itu, hanya 8 wartawan termasuk saya. Yang lain pegawai kementerian luar masing-masing dan para akademik.

7) Yang seram sejuknya, tadi pertama kali saya solat lima waktu dalam 10jam dalam satu pesawat.
Apabila turun, eh! Dah petang semalam semula! Kena zohor-asar lagi? Confused beb.
Orang kalau solat boleh difastforward semua tak komplen. Tapi ini masa rewind pulak.

8) Ei, gini lah kalau rusa masuk bandar. Orang kampung.
Yakun sakan.
Anda yang selalu menjelajah dunia, tolong ajar rusagold sikit tentang bab ini.
Tak pandai langsung hamba.

Kita sambung di lain masa.

--------------------
* DC - Saya action panggil tempat ni DC, bukan apa.
Akhbar kami ada tiga wartawan di bandar ni. Bila berbual dengan mereka, mereka tak panggil tempat ni Washington, sebab takut confuse dengan bandar Washington di Canada.
Orang sini panggil DC, pendek untuk District of Columbia (RALAT: Bukan 'district county'. Nampak nah saya ni kampung).
Jadi saya pun actionlah.
Tak lama lagi, saya pun kena cakap gaya mereka dengan lidah terjelir - mereka tak panggil 'reporter' beb, tapi 'rePOURtourrr'.

Kalau di Malaysia, kita tahu mat salleh tu baru sampai atau dah lama menetap di sana. Sebab kalau depa baru, dia akan kata 'Kuala Lumpourrrrr'.
Kalau dah lama, mereka kata 'KL'.

------------------
SEBELUM tidur, saya tampal ni.
Saya dah tulis di bawah ni dalam penerbangan Narita-O'Hare tadi masa tak boleh lelap.
Ini ceritanya:


Maaf, jika kamu yang globe trotter dah biasa lihat ini. Saya rusa masuk bandar.
Ada benda-benda menarik dalam syarikat penerbangan Amerika, United Airlines, ni yang saya tak pernah nampak apabila menaiki pesawat SIA, MAS, dan lain-lain.
Mungkin dapat jadi pelajaran dan contoh.

1) Saya ada anak saudara jadi pramugara dan pramugari SIA. Laki bini. Laki hensome, bini lawa. Tapi inilah masalahnya. Dalam banyak penerbangan dengan SIA dan MAS, mereka hanya gunakan orang yang lawa dan muda. Dah gemuk sikit kerana beranak, atau dah kerepot, kena jadi ground staff saja.
Tapi di United, terkejut juga saya nampak makcik dan pakcik jadi air hostess/host ni. Apabila mereka hidang makanan, macam emak/kakak/abang/bapa saya yang beri saya makan dan minum! (Mereka tak ada Muslim food, cuma 'Moslem meal'. Heehee. Tapi kena book online awal-awal apabila membeli tiket). 
Teringat saya naik Air India dan Air Egypt - mereka juga employ orang tua (macam aku) jadi pramugara dan pramugari. Kalau tidak, kesian kami kena kerja bersihkan toilet saja.

2) Mereka pandai wayang. Apabila beri saya makanan bertanda 'MOML' (Moslem Meal), mereka kata - Special food for you, sir. Yang ada order Vegetarian pun sama. Mungkin lain kali saya nak test mereka minta Kosher Food (makanan orang yahudi yang boleh dimakan oleh umat islam), nak tengok ada tak!
Heboh satu plane ingat saya anak sultan dapat Special Food ini.
Maaf jika ini perkara biasa. Saya ni yakun sakan.

3) Ini idea nak cari keuntungan tambahan untuk syarikat penerbangan. Saya minta kopi lepas makan. Seorang ibu kasi saya cawan plastik: We proudly brew Starbucks Coffee. Setiap cawan kopi ada label ni. Advertisement revenue.
Mungkin nanti MAS hidang makanan - Specially cooked by Kayu Nasi Kandar.
Atau SIA hidang minuman pagi - Special breakfast by Yakun Kaya Toast.
Kenapa pula host-hostess ni tak pakai baju ada advertisement? Macam pemain bola?
Tampal advertisement di tepi overhead compartment? 
Macam-macam cara kalau nak tambah revenue. 

4) Pilot Changi-Narita pandai merilekkan penumpang. Dah penat 7setengah jam terbang dia berjenaka: When you exit, please ensure you bring along your belongings. And your children.
Terakhir sekali, yang ramai orang gelak: 
If you left behind your iPod, iPod Touch, iPhone and iPad, then iKeep them.
Bezakan dengan pilot SIA MAS dan semua airline lain yang saya naik. Serious saja! Penumpang pun seronok bila pilot bergurau. Banyak lagi gurauannya semasa kami baru naik pesawat dan dalam penerbangan.

5) Yang paling saya syiok ialah naik pesawat O'Hare-Reagan tadi. Antara pramugaranya seorang jantan negro kepala botak.
Mamat ni bersahaja layan orang. Very enthusiastic.
Cara jalannya macam kita lihat group rap negro. Action cara jalan bangsa dia.
Lepas tu nak hidang minuman dia tanya saya: What will you have, my friend?
Saya kata scotch on the rocks, eh salah, ice water.
Dia pun tuangkan dan beri: Here you are my friend.
Lepas tu dia beri orang sebelah saya, Here you are. Cheers!

Wah! Bayangkan jika pramugara di Singapore-Malaysia panggil kita 'friend', lepas tu dah tuangkan air kata 'cheers'. Jalan ada gelek macam nak nyanyi lagu Gangsta Rap. 
Gaduh beb dengan penumpang sombong!
Gelak lepas aku tak tidor sehari semalam tadi.




No comments:

Post a Comment