Thursday, May 13, 2010

Abuya

Pada 1995, baru beberapa bulan saya tiba di Malaysia untuk bekerja, saya diarahkan pergi ke press conference di Rawang. Kat mana tu? Jauhnya, kata hati kecil saya.
Masa tu KL pun saya belum pandai merambu lagi.
Saya baru masuk Reuters dan agensi berita ini mengikut perkembangan Al Arqam dengan rapi sebab ada unsur politik, ada cekupan ISA.
Saya tumpang rakan ke Bandar Country Homes untuk press conference pada satu hari Sabtu.
Lucu juga nama tempat tu - ada 'bandar' dan ada 'country'.

Di situlah pertama kali saya bersemuka dengan Abuya.
Pada masa tu pun, beliau dah tak boleh cakap banyak - ada nerve problem dengan mulutnya setelah keluar daripada ISA setelah Al Arqam diharamkan.
Lawyernya yang interpret perkataannya, dan jawab banyak soalan.

Cakap terus terang: Saya tak gemar dengan Al Arqam ni sebab mereka beratkan pakaian Arab untuk lelaki, dan untuk wanita tutup semua bercolour hitam.
Dan ajarannya pun saya dapati simplistik sangat dan ada ciri exploitasi.

Saya masa muda di Singapore dulu masuk macam-macam gerakan sebagai aktivis - Tabligh (kat negeri kapir pun ada beb, ramai datang dari Malaysia. HQ masa tu di Masjid Bencoolen), Muhammadiyah (berasal dari Indonesia, di Lorong Tai Seng), Pertapis (Telok Kurau) dan Muslim Converts Association (ramai orang Cina Muslim. Namanya yang lain ialah Al Arqam Singapore - beza jauh dari Al Arqam Malaysia ni. HQnya masa tu di Pheng Geck Ave, Potong Pasir).
Jadi saya faham jugalah apa itu Islam.

Jadi apabila saya lihat orang berhenti kerja, tukar kepada pakaian hijau, bersarban besar lalu kerja jual kicap dan sos tomato serta majalah dan buku Arqam, saya pun kata: Bila Islam nak naik kalau semua tak mahu jadi engineer dan akauntan?
Semua jual kicap dan sos? Wanita duduk rumah jaga anak berpuluh-puluh?
Lepas tu untung penjualan, wangnya diberi kepada ketua kumpulan agar dapat diberi kepada Abuya agar dapat 'terus berdakwah'.
Ada seorang rakan di Singapore masa tu masuk Arqam, jadi saya tahu cara mereka.

Kamu nak marah saya cakap terus terang, suka hatilah.
Ini cakap mudah bekas aktivis Singapore.
Pada saya selagi umat Islam duduk dalam masjid most of the time, tak campur orang dan tak ceduk ilmu baru, jangan harap nak majukan umat.
Jika kepala paip bocor kat masjid kamu kena panggil orang luar betulkan, kerana kita tak tahu apa nak buat, macam mana nak tadbir negara?
Kereta rosak, siapa betulkan?
Ekonomi pincang, siapa nak ajar baiki?

Maaflah jika kamu marah.
Silalah berwakaf dalam masjid.
Saya pun gemar berwakaf dan berjemaah, tapi janganlah pandang rendah orang lain yang berebut cari ilmu dunia nak kuatkan barisan umat.


Bagaimanapun, saya tetap hormat terhadap Arqam dan Abuya ni sebab sekurang-kurangnya mereka ada grassroots movement nak naikkan business. Walaupun kerdil, tak macam projek Dr Mahathir masa tu diberi kepada kroni berjuta dan berbilion.
Dan Abuya menjalankan kerja dengan cara damai, dan menarik orang ramai dengan janji kamu dapat keselesaan hidup dan rasa damai dengan Arqam. Dapat kawin empat lagi.
Beliau tak masuk bab politik macam PAS dan Umno. Kecuali di penghujungnya apabila para pengikutnya berkata beliau seperti Imam Mahdi, dan mereka boleh tadbir Malaysia lebih baik daripada Dr Mahathir, terus tup tup tup, kena tutup.


Selepas press conference di rumahnya itu - beliau sewa DUA biji banglo satu tingkat disambungkan dengan linkway - saya dapat lihat kenapa orang suka dengan Abuya ni.
Beliau tak duduk diam semasa teh dan kueh dibagi kepada wartawan.
Beliau busy tuang teh, dan hulurkan pinggan kueh kepada kami semua.

Itulah rupa-rupanya pertemuan Abuya YANG TERAKHIR dengan wartawan.
Press conferencenya yang terakhir.
Itu juga antara kali terakhir beliau bertemu dengan orang luar.
Selepas press conference itu, kerajaan marah-marah sebab katanya Arqam nak dihidupkan kembali, lalu dilarang bertemu media dan Abuya pun kerana sakit, tidak kelihatan di khalayak ramai lagi.

Semalam, Khamis 13Mei 2010, beliau meninggal.
Kesannya yang baik untuk umat Islam, pada saya ialah:
1) Sehingga kini, payah nak dapat pemimpin yang berdakwah tanpa bawa unsur politik. Memanglah orang kata Islam dan politik tu tak dapat dipisahkan, tapi kadang-kadang orang muak dengar bab politik.
Di masjid KL jika saya dengar para ustaz berceramah kini, pasti ada bab siasah ni - marah kepada kerajaan, atau mahu kerajaan buat itu dan ini.
Saya lebih mirip kepada ajaran tabligh dulu - di masjid, kerana kita semua berlainan mazhab dan pendapat, jangan cakap isu politik. Kita cakap isu nak perbaiki solat dan wirid, puasa dan doa dulu.
Dah keluar masjid, suka hati kamulah nak masuk PAS atau Umno.

2) Payah juga nak cari pemimpin Muslim yang mahu naikkan business secara kecil-kecilan secara grassroots (bukan multi-level marketing!) agar mengajar umat berniaga secara bebas. Mereka ada kedai - lihat saja di Bandar Country Homes hari ini. Ada satu corner tu, semua kedia kumpulan ni, walaupun menggunakan nama lain.

3) Yang ini lagi payah. Nak cari ketua agama yang mengajak kita hidup dengan sederhana. Baik ulama PAS atau Umno, kini kalau tiba di majlis syarahan naik Merc dan BMW, mengharap bayaran ribuan untuk 'show' di masjid.
Saya kadang malu apabila hadhir di muktamar tahunan PAS. Sebab di petak letak kereta khas untuk jawatankuasa tertinggi parti ialah Mercedes dan Harrier, Fortuner dan BMW.
Tak ada beza dengan perjumpaan tahunan Umno di PWTC.
Abuya ni, di penghujung ceritanya pun jadi begitu. Tinggal di rumah besar dan naik kereta mewah.
Habis beb.
Kata nak ikut Nabi dan Sahabat.
Saya teringat cerita apabila spy dari Rome datang mengendap ke Makkah atau Madinah (maaf dah lupa), nak lihat pentadbiran Islam oleh Omar Al Khattab.
Tiba di bandar, dia tanya orang 'mana istana Omar?'.
Yang ditunjuk orang ialah rumah usang di tepi jalan.
Baru dia semput terkejut.

Akhir kata: Tak payahlah show off sangat.
Carilah ilmu dan harta, tapi jangan lupa akhirat beb.
Itulah pesanan ibu.

No comments:

Post a Comment