Saturday, May 1, 2010

Saudi - Raja bergambar dgn wanita di dada akhbar

Pada orang Malaysia, benda ni biasa-biasa saja.
Perdana Menteri Najib Razak, atau Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, muncul di satu majlis.
Akan dikerumun oleh wanita yang mahu bergambar dengan mereka. Jantan pun kerumun jugalah.
Petik gambar buat kenangan.


Tapi cerita di Saudi lain sikit.
Wanita tak boleh bergambar dengan yang bukan muhrim.
Jadi satu negara itu sekarang sedang terkejut apabila GAMBAR ini muncul di akhbar Saudi. Muka depan lagi you.
Raja Saudi dan anaknya (Tengku Mahkota) bergambar ramai-ramai dengan wanita di satu seminar wanita.
Ia menunjukkan selangkah lagi yang diambil oleh Raja Saud untuk membawa ke tengah penglibatan wanita dalam negara - menyatakan wanita ini penting, separuh daripada penduduk dunia ialah wanita, masih nak ketepikan mereka ke?
Ada beberapa langkah lagi yang telah diambil oleh Raja Saud ni, baca di sini.

Di Malaysia dan Singapore, kalau kita ketepikan wanita Melayu (khidmat wanita bangsa lain, belum campur lagi!) dan suruh mereka duduk rumah, hancur beb.
Seramai 60 peratus daripada wanita Melayu berada di universiti di Malaysia - jantan 40 peratus saja, sebab ramai pemalas dan lebih gemar duduk kedai kopi bual politik dan bola.
Tak ada Rafidah Aziz membawa investment besar dalam tahun 1990an, Zeti Akhtar Aziz dari Bank Negara dan sebagainya.
Tak ada Wan Azizah dan anak-anak perempuannya di barisan depan apabila Anwar jatuh dari takhta.
Tak ada Dr Siti Hasmah menyokong Dr M apabila beliau diserang teruk dalam tahun-tahun 1998-2000.

Di Singapore pun sama!
Kalau kita bilis wanita Melayu, hancur. Masjid dan ceramah agama akan sepi, kelas pemulihan pelajaran pun ramai wanita yang menjadi cikgu, menjual hartanah (property agents).
Kalau nak harapkan gaji pak jantan saja, mampoi orang Melayu Singapore makin miskin! Termasuk keluarga saya. Terima kasih, Emak.
Dan dalam bidang kewartawanan di Singapore ni, maaf kata, lebih ramai wanita Melayu daripada jantan di akhbar saya, dan juga di agensi-agensi berita asing!
Cerita saya tentang agensi berita asing yang berpusat di Temasek di sini - memang payah nak masuk jadi foreign correspoendent ni sebab qualification criteria depa tinggi berbanding dengan akhbar.
Di agensi berita asing di Singapore, saya baru kira ni - ada lima wartawan wanita dan tiga jantan melayu/muslim. Gaji mereka pun tinggi melangit.

Jadi itulah, jangan ketepikan hak dan ilmu pandai wanita ni.

-------------------------------------------
TAMBAHAN CERITA SAUDI 1.30ptg

Salah satu sebab saya suka dengan Raja Saud ni, King Abdullah Abdul Aziz, ialah beliau baru memulakan KAUST.
Pada saya beliau cuba nak menaikkan tahap ilmu dan brand name negaranya dan sekaligus nama Islam. Islam sekarang ni orang kenal sebagai terrorist dan nak bom orang, agama nak ketepikan wanita dan suruh pakai burqa. Paksa suruh orang ikut kita, kalau tidak, nak ditembak.
Bukan agama ilmu dan pengetahuan.

Dan hingga hari ini apabila umat berkata tentang saintis dan ilmiawan Muslim, mereka kena sebut Avicenna, Aviroes dan para saintis kuno. Ini kena perlu diperbaiki.

Apa tu KAUST?
Baca di sini.
Ia universiti baru sains dan teknologi di Saudi, di tepi Red Sea/Laut Merah.
Berbilion dibelanjakan. Jika anda ada idea nak ambil masters atau PhD dalam bidang berkaitan, silalah apply di sana. Perbelanjaan penuh dibiayai oleh duit minyak Saudi.

Dan Singapore syiok degan Saudi sebab presiden KAUST ialah warga Temasek.
Beliau 'dicuri' dari Universiti Nasional Singapore (NUS), Prof Choon Fong Shih. Psst, katanya gaji beliau setahun ialah US$2juta-$3juta. Wooi.
Jadi kalau anda profesor di universiti tempatan dan sedang cari kerja, applylah.
Kalau dapat, kasi saya komisyen '10 per cent' (macam kat cerita Tiga Abdul).

Dulu, Singapore tak sokong sangat isu Palestin ni. Tapi kini dah tukar haluan kerana dah berbaik dengan banyak negara Arab. Nak bikin business jadi kena faham lenggok dan nilai politik Pak Arab ni.
Minggu depan, Menteri Luar Singapore pula akan ke Saudi.
Jika anda go-stan 5-6 bulan ni, macam-macam pemimpin Singapore dah ke sana nak jalin hubungan - daripada MM Lee Kuan Yew, PM Lee Hisen Loong, Presiden SR Nathan, Menteri Luar George Yeo dan seterusnya. Mereka dah ke Bahrain, Dubai, Saudi, Kuwait, Jordan, Yemen, Oman, Mesir dan yg lain.

Pak Arab pula tak tuduh - eh ini Singapore, negara sokong Israel! (macam ada yang di seberang, semua main hentam Singapore). Mereka lihat kecekapan dan etika kerja orang Singapore.
Di Malaysia, Singapore ditertawakan apabila mula gunakan teknologi Newater, air jamban dibersihkan lalu dibuat air minum (setelah dicampur air kolam). Kini ada beberapa negara Arab nak beli teknologi ini, sebab mereka negara padang pasir tak cukup air minum.
Cuma kesian Singapore tak boleh ambil pasir Arab ni! Sebab kualitinya lain, tak boleh buat tambak besarkan negara. Dan jauh sangat kalau nak import pakai kapal. Kalau tidak, habis padang pasir kena sapu.

Apapun, niat saya bangkitkan KAUST dan hubungan Temasek-Arab ni bukan apa.
Cuma nak kata - tingkatkan ilmu dan teknologi. Kalau tidak, kita dipermainkan musuh.
Tabik saya kepada King Abdullah!
Taklah saya kata apa yang dibuatnya semua saya setuju. Saya tidak setuju langsung hotel mewah Raffles dan kompleks besar-besaran yang sedang dinaikkan di bandar Mekah. Baca keluhan saya di sini.
Takpe lah, kita kasi markah kesian pada King Abdullah.









No comments:

Post a Comment