Wednesday, May 12, 2010

Kedah goyang - patut disokong PM Najib?

Ada cerita Zul Noordin bahawa sebuah lagi negeri Pakatan nak jatuh.
Tak payah nak fikir banyak-banyak, sebab tentunya yang dimaksudkan ialah Kedah.
Kata Zul, ada lagi beberapa ekor katak nak lompat.
Ini bukan cerita baru pun. Dah berbulan-bulan kita semua dengar.

Kita katalah beliau ni tepat kali ini.
Dan kita katalah ia BUKAN kerana mereka dibeli seperti yang selalu dipolitikkan.
Katalah kerana prinsip - tak mustahil kan? Mereka dah fed up dengan Anwar atau Pakatan?

Soalan saya ialah: JIKA Kedah jatuh pun ke tangan BN dengan cara ini, apa untungnya untuk BN dan PM Najib?
Ia akan hanya membuat rakyat yang memang membenci kerajaan semakin benci.
Dan kerana ramai yang mengundi Pakatan di Kedah - kalau tidak takkan boleh jatuh ke Pakatan - akan juga membenci kerajaan.
Lihat saja contoh Perak.

Adakah dengan menaikkan semula, misalnya Menteri Besar yang lama tu akan pulihkan keadaan di Negeri Jelapang Padi/Ricebowl State?
Atau mungkin BN ada nama pemimpin lain? Itupun tentunya bukan menjadi penyelesaian masalah. Sebab orang dah muak permainan politik katak ni.

Saya haraplah, kalau agak-agak nak jatuh, MB Azizan Abdul Razak ni sempat bubarkan DUN. Tolong Tok Ustaz, biar rakyat yang tentukan.

Cuma saya juga berharap janganlah pula Pakatan main wayang seperti di Perak.
Dulu kan Anwar Ibrahim sibuk dengan rancangan September 16nya? Nak suruh orang berkatak masuk Pakatan, lalu gulingkan kerajaan persekutuan BN?
Tapi apabila orang Pakatan melompat masuk ke BN, kenapa pula marah sangat?
Dia seorang saja nak menang? Dia seorang saja boleh buat?
Kalau menang kes di mahkamah, maka mahkamah adil. Bila kalah, mahkamah dah dibeli? Semua lu mau ambik sorang ke, tauke?


Jika tiga lagi ADUN Pakatan lompat ke BN, kerajaan Kedah akan tumbang.
Keadaan kerusi sekarang ialah:
20 Pakatan,
14 BN,
2 bebas, pro-BN.

Tapi jika Sultan Kedah tidak mahu bubarkan DUN kelak pun, itu sebenarnya sepatut yang berlaku. Itu adalah keputusan yang TEPAT.

Seperti di Perak dulu, kumpulan majoriti yang control DUN.
Tapi Pakatan ni pandai. Dia bising-bising konon ditipu oleh katak.
Walhal rancangan katak ini yang mulakan ialah Anwar dengan pelan Sept 16.
Tapi bila dah dikalahkan main game ni, dia pusing belakang komplen pulak.

Lucu tapi tragis saya lihat politik negara tercinta ni.
Tragis kerana ramai penyokong yang kadang-kadang ikut membabi buta. Padahal dulu jika Sept 16 berjaya, jika BN bising-bising mengatakan mereka tertipu oleh katak, Pakatan nak terima ke argument itu?
Cerita lama saya - Why make so much noise when Perak is lost?
Bukanlah saya menyokong BN pun, cuma tak kena jika kita pasang umpan, lalu orang meniru. Tapi umpan orang tu yang berhasil, kenapa kita nak bising-bising pula?

Apapun, kita lihatlah permainan di Kedah ni.

Dah dua tahun setengah selepas pilihanraya, semua masih seronok main politik di Malaysia ni. Teruskan, brader.

No comments:

Post a Comment