Wednesday, May 26, 2010

Chic-a-go & Al Capone


Banyak betul kita semua dah baca dan nonton tentang Chicago dan nama Chicago.
Daripada kumpulan penyanyi paling popular tahun 1980an, Chicago (penyanyi utama Peter Cetera), kepada movie yang dirakam di bandar ini.
Antara lagu top kumpulan Chicago (GAMBAR ATAS) ialah Hard To Say I'm Sorry, If You Leave Me Now, Baby What A Big Surprise.
Eeks, lagu-lagu ini untuk pak-chic dan mak-chic saja, bukan untuk kamu orang muda.

Bagaimanapun, pada saya, lagu The Night Chicago Died masih bermain dalam kepala. Ini lagu 1974 brader, kamu dah lahir belum? Saya masa tu Menengah 2 di Temasek.
Lagu dinyanyikan oleh kumpulan British, Paper Lace (yang juga bawa lagu hit, Billy Don't Be A Hero).
Ini lirik pada mulanya:

Daddy was a cop
On the East Side of Chicago
Back in the USA
Back in the bad old days

In the heat of a summer night
In the land of the dollar bill
When the town of Chicago died
And they talk about it still

When a man named Al Capone
Tried to make that town his own
And he called his gang to war
With the forces of the law.

Begitulah pada orang macam saya, bandar ni ialah bandar Al Capone dan gangster.
Tapi itu cerita dululah, dan cerita betul dan jadi legenda dalam banyak filem.

GAMBAR: Al Capone. Legenda beliau mencetuskan banyak cerita gengster yang menjadikan Chicago tempat terkenal. Cerita Al Capone dan kejamnya beliau di sini. Agaknya kalau dia tinggal di Malaysia, namanya ialah Ali Kapon dan dia ketua Pekida. Keekeekee.


Kini, nama timangan bandar ini ialah the Windy City. Ia dikenali sebagai bandar tempat lahir Presiden Barack Obama, isterinya Michelle dan Setiausaha Luar Hillary Clinton. Windy sebab bandar ini tepi kolam besar dan banyak angin.
Glam brader. Bandar Democratic, iaitu bandar orang politik liberal.

Selepas terbang 4 jam dari Tucson, kumpulan kami tiba di Chicago, bandar ketiga terbesar di Amerika (selepas New York dan Los Angeles).
Jika dalam penerbangan dari Dallas ke Arizona empat hari lalu, saya nampak beratus-ratus kilometer padang pasir dan gurun, kini pemandangannya lain.
Dari airport Tucson ke Chicago, ratusan (ribuan?) kilometer yang saya nampak adalah ladang, ladang dan ladang!

GAMBAR: Soyabean (musuh kepada palm oil/sawit di pasaran dunia), corn/jagung dan wheat/gandum antara yang ditanam. Mulanya saya bingung kenapa banyak ladang ni dibuat berbentuk BULAT. Mereka suka main drawing ke?
Saya diberitahu, ia agar ladang senang disiram air. Mereka gunakan pivot system. Air dari TENGAH ladang disalur ke paip panjang yang berpusing ke ladang bulat ini, agar semuanya dapat air sama rata. Ladang berbentuk panjang pun ada - ia pun disiram dengan gunakan sistem paip, bukan macam peladang di banyak negara lain - gunakan parit dan longkang.
Yang saya tak faham kenapa tanah depa beratus kilometer semuanya flat. Mereka potong bukit ke?


Chicago ialah bandar terbesar di Midwest - bandar di pertengahan Amerika.
Dan jika anda lihat peta, bandar yang walau tak ada lautan seperti New York, ada kolam terbesar di Amerika Utara, Lake Michigan.

Hotel kami glam oi, Hampton Inn & Suites, satu brand atasan dalam Hilton group. Hotel orang kaya, kata rakan. Terletak hanya empat blok dari 'the Magnificent Mile' di Michigan Avenue. Ia tempat shopping glam macam Fifth Avenue dan Sixth Avenue di NYC. Yay!!! Belum sempat nak gi, sebab penat.

Masuk bilik saja, nampak bezanya dari hotel biasa. Maaf, saya cerita di sini, bukan apa. Agar kita dapat lihat detail yang lain. Saya dah masuk beratus hotel, anda pun tentunya sama. Tapi ada beberapa benda yang saya tak pernah nampak (maaf jika anda dah biasa nampak. Saya ni rusa kampung).

GAMBAR:

1) Rusagengster nampak cara mereka decorate tuala dalam toilet. Cantik berbunga, bukan hanya dilipat biasa.

2) Atas katil, ada bed-table (tak tahu apa nama benda ni) yang boleh digunakan untuk minum air atau buat kerja laptop sambil baring di katil.

3) Lampu meja study pun cantik. Solid clear plastik. Lepas tu di kakinya - ada dua tempat masuk plug elektrik, dan satu lubang untuk cable internet. Dengan ada ini, meja tak nampak berserak. Pandai.




OK, nak tidur. Masa di Chicago ialah 12mlm.
Di DC dan NYC ialah 1pagi.
Di Tucson 9mlm.
Di KL, Singapore 1petang.
Banyak sangat tukar-tukar masa ni. Kalau kita orangkaya jet ke sana, jet ke sini, jadi jetsetter, lagi mabuk. Nasib baik saya rusamiskin.

No comments:

Post a Comment