Tuesday, May 4, 2010

Eeks, Singapore kebas doktor muda UKM

Dengan gaji yang berganda, tentunya ramai akan 'lompat' apabila ditawarkan bekerja di Singapore.
Itulah yang terjadi dengan graduan doktor UKM, di sini.

Lebih daripada gaji, mereka juga tentunya memikirnya exposure dan pengalaman yang akan diperolehi.
Baguslah. Walaupun nampaknya rugi Malaysia, sebab mereka dikhuatiri tak kembali dalam 5-10tahun ini.


Cuma saya hanya mahu mengingatkan siapa juga, sebab dah terkena sendiri - apabila dapat tawaran bekerja di luar negara mesti periksa dengan rapi hidden costs menetap di negara lain.
Apabila saya diberi tawaran ke Malaysia tahun 1994 dulu - ooi, gaji melonjak dan bekerja di negara yang matawangnya rendah. Masa tu S$1 = RM1.8 (Kini S$1 = RM2.3).
Tapi apabila kena hidden costs, nak pingsan juga.




1) Saya terpaksa membeli dua kereta (kat Singapore saya tak ada lesen kereta, sebab bus-MRT-teksi semua efficient dan negeri pun kecik). Kami sibuk kena ambil lesen kereta dulu.
Maknanya, anda yang nak bekerja di Singapore atau London atau Zimbabwe pun, kena tanya ongkos pengangkutan.
Di Dubai misalnya, kalau tak ada kereta tak boleh hidup. Di Hong Kong, no problem.
Di Qatar bagaimana?
Dan harga kereta pun kena nak tahu, tinggi atau rendah.

2) Kalau masih bujang, atau anak kecil, no problem.
Untuk yang ada anak besar, terpaksa membayar duit persekolahan anak-anak yang tinggi (kat Singapore, dibiayai pemerintah sebagai anak watan).
Dan kena atur budak-budak ni nak naik bas sekolah atau dihantar sendiri. Sebab tu kena beli dua kereta - lebih mudah, cepat dan selamat ibu mereka hantar anak-anak pergi dan balik.


3) Kos terbang pulang ke tanah air. Sama ada bujang atau dah beristeri, kena tanya majikan: Saya nak terbang pulang dua kali setahun, boleh company bayar? Kalau minta lima kali setahun, gerenti tak dapat oi.
Boleh bayar ongkos pesawat untuk isteri/anak-anak?
Mahal saya kena bayar dulu - masa tu belum ada AirAsia, Jetstar, Firefly, Tiger.
Banyak kali saya naik turun Singapore naik bas saja. Terlalu mahal nak terbang.
Tapi kalau kamu kerja di Dublin atau Paris, mana ada bas Mara ke KL?
Kalau gaji cukup-cukup aje, lepas tu ibu sakit tenat, macam mana?

4) Harga sewa rumah di negara baru.
Kamu ingat syiok datang Singapore gaji berganda?
Boleh 'mati karlak' kamu. Orang Jawa panggil sang lipas tu karlak. Kalau dah kena spray, karlak tu mati terbujur.
Saya tak akan bincang sewa harga kondo atau rumah terrace di Temasek, sebab terlalu mahal.
Yang ini harga sewa flat HDB. Lebih kurang 85 peratus rakyat Singapore, termasuk remgold, menetap di flat-flat yang dibina pemerintah ni.
Ini purata harga sewa di Singapore: sebuah BILIK TANPA TOILET S$300 (RM700).
Itupun flat HDB yang *jauh dari bandar (12-15 stesen MRT dari pusat bandar di Orchard-Raffles Place).
Kalau yang **dekat dengan bandar (iaitu 5-7 stesen MRT daripada pusat bandar): S$400-$500.

Jika perlukan bilik yang ada toilet (master bedroom): S$500.
Atau yang dah dekat bandar: $800 (RM1,840).

[*Misalnya di Yishun atau Woodlands. **Misalnya Queenstown atau Toa Payoh].

Jika nak sewa satu rumah sekali sebab ada isteri, anak-anak dan ibu?
Sewa rumah dua bilik tidur dan dua toilet, jauh dari bandar: S$1,500 (RM3,450).
Sewa rumah dua bilik tidur, dua toilet, dekat bandar: paling kurang S$2,200.

5) Harga makanan: Saya dulu semasa bekerja di KL, dalam setahun hanya dua-tiga kali turun ke Singapore. Menetap di hotel murah-murah.
Nak tumpang rumah adik-beradik tak selesa sebab kami datang 3malam hingga seminggu, nak berhari raya atau ada kenduri kawin.
Setiap kali ke Singapore, kami bawa bekal nasi, ikan bilis tumis, Maggi dan roti berbantal-bantal nak save duit! Sebab masa tu gaji saya dalam Ringgit dan masuk negara Singdollar.

Kalau berbuka atau bersahur dalam bilik hotel, makan lauk semalam dan roti kelmarin. OK what!

Jadi jangan terkejut bila nak makan-minum di negara orang.
Harga kopi secawan di Tokyo atau London boleh kena heart attack kita, baik bawa kopi cap kapal dari KL. Jangan pula kamu order Irish coffee. Heehee, nanti mabuk.

6) Yang paling penting: periksa dulu CUKAI pendapatan.
Di Singapore, cukainya agak rendah.
Di Malaysia, dengan gaji yang sama, ianya amat tinggi.
Di Amerika, menurut rakan, lebih tinggi lagi.

Jangan asyik syiok gaji aku sekarang dah RM10,000 sebulan, tapi terlupa nak kira berapa harga cukai.
Ini cerita rakan-rakan di Al Jazeera KL. Pejabat mereka di Petronas Twin Towers. Ramai mat salleh dari pelbagai pelusuk dunia dapat contract di situ. Melonjak sebab gaji tinggi.
Gaji wartawan kanan/producer paling kurang pun RM15,000. Itu untuk orang tempatan, yang mat salleh berpengalaman boleh dapat RM30,000-RM40,000 sebulan.
Tapi apabila kena bayar cukai, semua melalak.
Mereka kena bayar tahap cukai tertinggi - 25-27 peratus. Setiap seringgit gaji kamu, 25-27 sen kena bagi balik.


SELAMAT DATANG KE TEMASEK

Untuk doktor-doktor muda ini, OKlah. Cukai di Singapore lebih rendah dari di Malaysia.
Tapi jika kena hidden costs yang lain, jangan terkejut.
Yang baiknya orang berkelana ni, mereka akan dapat worldview yang berbeza apabila pulang ke tanah air kelak.
Sama seperti saya juga. Walaupun hanya bekerja di negara jiran Malaysia, macam-macam benda kita nampak sendiri.
Ada yang kita puji dan keji berbanding negara sendiri.
Misalnya, Malaysia ada demokrasi, Singapore ada demo-keras-i. Orang politik Malaysia suka bermain politik, orang politik Singapore kena tunjuk bukti dan good governance. Akhbar Malaysia bebas, akhbar Singapore masih di tahap Zimbabwe. Malaysia minum air sungai, Singapore minum air jamban. Malaysia ada Mydin, Singapore ada Mustafa's.


Kita ambil yang baik. campak yang tak baik.
"Buang yang keruh, ambil yang jerneh. 
"Baru teguh, peribadi."


Itulah pengalaman hidup yang tak boleh dibeli di mana pun.
Jadi saya mengalu-alukan sesiapa pun yang sedia meninggalkan kampung halaman nak bekerja di luar negara.
Selamat datang ke Singapore, para doktor.
Akhir kalam, sesiapa pun kamu di Malaysia, jika nak ke Singapore dan perlu bantuan, boleh email saya. Seperti saya ke KL dulu dibantu ramai orang.

No comments:

Post a Comment