Monday, May 24, 2010

Stesen keretapi Tg Pagar - satu perspektif

Saya dah baca pandangan dari Malaysia yang begitu negatif terhadap perjanjian nak bagi tanah stesen keretapi di Tanjung Pagar ke Singapore.
Marah betul penulis seperti Pena Minang dan orang yang komen di sini (di penghujung artikel)
Ada yang kata selepas Abdullah Badawi beri percuma minyak kepada Brunei, kenapa pula Najib pun jadi bodowi?
Terpulanglah pendirian anda.
Mereka kata PM Najib kena tipu dek Singapork, menggadai harta negara dan sebagainya.

Biar saya beri pandangan sebagai warga Selatan yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia. Seorang yang duduk di Temasek dan juga KL. Dan yang sayang terhadap kedua-dua negara.
Tak semestinya pandangan ini benar. Itulah saya panggilnya 'pandangan' dan 'perspektif', bukan 'fakta dan 'dalil'.

Apabila kedua-dua negara berpecah - Malaysia menghalau Singapork - tertinggal beberapa isu yang dulunya no problem kerana dalam satu negara.
Kontrak air, Pedra Branca (kerana Singapork dan menang pulau ni cara adil, kami tak panggil pulau ni Batu Putih, tapi namanya yang kami di Temasek lebih suka, the historic name, Pedra Branca), isu pesawat pejuang RSAF terbang di angkasa Johor, dan ada lagi beberapa yang lain.

Dalam perjanjian yang saya faham stesen Keretapi Tanah Melayu itu wajib digunakan sebagai stesen keretapi saja.
Dan selagi stesen itu digunakan, tanah di situ dan semua tanah railway line dari Tanjung Pagar hingga ke Woodlands, Singapore tak boleh kacau langsung.
Tapi Malaysia pun TIDAK BOLEH membangun tanah itu menjadi benda lain. Misalnya, KL tak boleh suka-suka tutup stesen selama lima tahun sebab nak mendirikan bangunan 50 tingkat kat atas tanah itu, dan di bawahnya ada stesen keretapi.

Apabila berhenti saja stesen itu digunakan sebagai stesen untuk tren, tanah itu dan tanah railway line hingga ke Woodlands akan pindah ke tangan Singapork.


DAPAT TANAH MARINA BAY - MAHAL OI!

Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dulu dah buat perjanjian lain untuk menyerahkan tanah itu kepada Singapore dengan diganti tanah lain. Beliau sign dengan Lee Kuan Yew.

Jadi pada saya, apa yang dilakukan oleh PM Najib itu sesuatu yang bijak.
Apapun ia hasil dari apa yang Daim dah sign. Najib hanya kena ikut perjanjian.
Macam Badawi dah beri minyak tu kepada Brunei, Najib tak boleh buat apa-apa.

Yang lebih penting ialah ini: Dulu, sehingga dunia kiamat pun stesen itu akan tetap stesen yang pekak dan tua.
Kamu di Malaysia pernah pergi ke Stesen Tg Pagar ini?
Satu Singapore tertawakannya sebagai 'tanah Malaysia' (Malaysia's land).
Beberapa tahun lalu, saya bawa rakan makan tengah hari di situ. Komen beliau: Ini betul-betul macam Malaysia, car park tanah tak rata, kantinnya kotor. Orang parking sebarangan.
Tempat tu kotor macam kat longkang Datuk Keramat. Maaflah, tapi Keramat ni tempat saya, jadi saya nak marah pun tak apa. Nak makan pun takut, atau kita buat tak nampak tempat tu kotor.

Di dalam stesen tu ada 3-4 gerai makanan Melayu yang popular dengan orang Melayu. Tapi punyalah kotor, buat malu Malaysia.
Pemerintah Singapork tak boleh kata apa-apa sebab itu tanah Malaysia. Temasek tak boleh kasi warning tentang kekotoran dalam stesen tu sebab tanah Malaysia.
Kerja pembersihan tugas KTM.

Kini, PM Najib akan menguntungkan (ini pendapat saya) negara Malaysia.
Ini kerana tanah di Tg Pagar ni (dalam kawasan parlimen MP paling terkenal di Singapore, Lee Kuan Yew) dah naik harga hingga mencecah berjuta dollar/ringgit.
Tapi Malaysia tak dapat mendapat keuntungan jika stesen tetap stesen. Sebab perjanjian hanya membenarkannya menggunakan tanah itu sebagai stesen keretapi.

Brader dan datin,
Zaman low-cost airline ni, ramai lagi ke orang naik keretapi ke Singapork?
Zaman kereta laju, empat jam boleh pandu kereta dari KL ke Orchard Road. Ini bukan zaman P.Ramlee.
Zaman bas express, kamu nak ke Orchard masih nak naik train ke? Sedikit betul orang yang naik train tidak seperti dulu.

Walau ada nostalgia, Malaysia akan untung berjuta-juta ringgit jika 'beri' tanah itu kepada Singapura.
Sebab bukan pemberian percuma.
Malaysia dapat tanah yang sama harganya dengan market price tanah Tg Pagar Station itu!
Tanah yang akan diberikan ialah di Marina Bay. Financial district Singapork baru yang sedang naik!!!
Guarantee dalam tahun-tahun di hadapan harga tanah ini akan melambung, dan Malaysia boleh jual.
Atau membina bangunan pencakar langit, lepas tu disewakan!
Dan Malaysia akan dapat membangun tanah di Bukit Timah dan Kranji yang kini hanya tanah keretapi dan tak boleh digunakan buat benda lain. Kamu buatlah kondo atau office block. Tentu banyak untung.

Dan antaranya lagi, pembangunan tanah dilakukan bersama dengan Singapore.
Dalam isu ini, kalau pegawai Malaysia bodoh tak pandai negotiate, memang betullah kena tipu. Tapi secara prinsipnya, ia baik untuk kedua negara, pada pendapat rusagurun di Tucson.

Dan Malaysia juga dapat tanah lagi dekat Ophir Road, tempat business kelas sederhana di Temasek.
Beb, tanah di Singapore dari saya kecil hingga 50 tahun ni, naik gila-gila. Kamu dapat hari ini, jika dapat buat bangunan lepas tu sewakan atau dijual, guarantee untung.

Jadi terpulanglah.
Kamu nak nostalgia ada stesen usang dan kotor, buat malu nama Malaysia dan Melayu.
Atau dapat tanah bernilai berjuta dan boleh dimajukan bersama.

Tambahan: ia juga signal baru bahawa negara jiran berdua ni nak berbaik.
Memang ramai syak wasangka dengan Singapork. Tapi kalau zaman Badawi, saya pun takut jika ada deal gini, sebab beliau mengong dalam serba serbi. Dan penasihatnya semua dikatakan tamak harta dan bukan nak jaga kepentingan negara.

Tentang deal ini, kita kasi chance sikit ler.
Asal jangan ada yang nak advertise dua mukasurat dalam akhbar Singapork, OK what.

------------------------
TAMBAHAN 10.30mlm WAKTU TUCSON, ARIZONA

Saya masih di sini.
Tadi ada tiga meeting dan satu dinner. Baru balik, letih.
Antaranya dengan Mayor Tucson, Robert Walkup. Mayor bercerita dengan kami bagaimana di tepi gurun ini beliau dapatkan air - dari Colorado River.



Lepas tu meeting seorang Lt-Colonel bekas pelatih pejuang jet F-16 di Tucson. Di Arizona ada lapangan terbang udara tentera yang besar (Davis Montahn Air force base). Mereka melatih pilot F-16 dari lebih 16 negara, termasuk UAE dan Singapore. Baru saya tahu hari ini.
Yang lebih menarik leftenan-kolonel (bersara) ini seorang wanita!!! Makcik ni dah retire, tapi masih glam dan kurus.
Menarik sungguh ceritanya, macam cerita Top Gun! (Tempat latihan Top Gun dalam movie itu ialah di California, bukan Arizona). Mereka belajar terbang di desert Arizona, ratusan kilometer tanah kosong. Dan budak-budak jantan pilot ni kadang-kadang havoc kat Tucson.

Esok ada tiga lagi meeting!
Termasuk dengan kaum Red Indian - mereka kata 'don't call them Red Indians. They are Native Americans'.
Di sini banyak Indian Reservations (tanah red indian!). Kumpulan dayak di sini termasuk Navajo dan Hopi.
Lima peratus daripada 600,000 penduduk Tucson adalah kaum dayak ini.
Wooi.

No comments:

Post a Comment