Tuesday, May 25, 2010

Berkunjung tanah bumiputra Red Indians di Tucson



AIKS. Saya ingat saya ni ada muka Latino hensem, dan orang Amerika sangka saya ni Spic.
(Oi!!! Nak mampos. Haram kat sini panggil orang Hispanic ni Spic.
(Macam orang Cina panggil Melayu 'pendatang'.
(Atau kita panggil Indian 'keling').
(Mereka digelar Latin Americans).



Tadi saya baru faham siapa saya ni sebenarnya. Cesss sabah.
Kenapa tak ada orang tengok saya dua kali di Tucson, bandar yang hanya 90km dari Mexican border di negeri padang gurun Arizona.
Muka saya rupa-rupanya ada iras dengan rupa dayak/Red Indians di sini.
Mereka tak boleh lagi dipanggil Red Indians. Tapi kini dikenali sebagai Native Americans, amerikan bumiputra.
Macam saya ni kadang-kadang orang panggil Jawa American.

Tanah Arizona ni panjang sejarahnya.
Dulu ia sebahagian daripada Mexico. Lepas tu Mexico jatuh ke tangan penjajah Spain (America masa tu dijajah penduduk dari Britain).
Dan lepas tu banyak gaduh antara orang Mexico dan Amerika, selepas Amerika independent daripada Britain.
Arizona selepas itu menjadi negeri ke 48 Amerika Syarikat, antara negeri terakhir yang join USA.
Selepas Arizona, Alaska dan Hawaii pun join, menjadikannya 50 negeri/states.

Masa perang dulu ni, ada kumpulan ketiga: Red Indians.
Banyak kaum dayak di Arizona - termasuk yang kita kenal dalam movie koboi, Navajo dan Apache.
Ada juga tribe Hopi, Yaqui dan Tarahumaro.
Ada lebih daripada 500 bangsa bumiputra ni yang diiktiraf pemerintah Amerika di seluruh negara besar ini.
Dan setelah mereka kalah perang, dayak diberi reservation land (tanah bumiputra) di mana mereka tidak akan diganggu.
Tanah yang baik di Arizona semua mat salleh kebas, tanah di tepi gurun diberikan kepada mereka! Inilah yang berlaku apabila kaum bumiputra kalah di tanah sendiri.
Dayak buat baik dengan kaum pendatang mat salleh, lepas tu mat salleh dah kuat, mereka bilis kaum dayak ni. Hingga kini, beratus tahun kemudian, ramai yang hidup serba payah.
Sejarah mengajar kita macam-macam, tuan dan puan sri.
Tadi petang, sebagai sebahagian dari siri meeting kumpulan kami, kami dibawa ke reservation land.
Di tepi gurun, tapi tak jauh dari bandar Tucson.
Tanah ini milik Pascua Yaqui Tribe (kalau kita ikut cara Malaysia: Yaqui ni macam orang Boyan, dan Pasqua ni macam Boyan Daun - minority within a minority).
Di reservation land ni tak ada town centre langsung atau restoran makan pun, hanya beberapa buah kedai kecil-kecilan dan rumah-rumah yang nampak keadaannya yang daif.
Tak macam rumah satu tingkat mat salleh di Tucson, cantik-cantik macam banglo di Malaysia. Di tanah dayak, rumahnya daif macam kita masuk kampung kat Kelantan atau Kedah. Sebab di tepi gurun panas dan tak ada pokok, lagi nampak daif keadaan mereka.

Sebagai cara nak majukan diri mereka, nak kumpulkan wang ringgit, kaum dayak ini ada DUA casino di Tucson.
Tentunya jadi kontroversi kerana ramai mereka beragam Kristian, tetapi kerana ekonomi lemah, apa nak buat.
Pemerintah federal di DC tak boleh kacau mereka sebab ini tanah bumiputra.
Apabila mat salleh sign nak beri mereka tanah ini dulu, mereka sign dengan apa yang di panggil 'sovereign nation' kaum-kaum ini.
Ini bermakna di tanah bumi ni, mereka boleh buat hukum-hakam sendiri, ada polis dan fire department sendiri, walaupun pemerintah tetap control isu lain.

MAHKAMAH KAUM DAYAK

Kumpulan kami terkejut besar. Kami tahu ada meeting dengan kaum ini, tapi tak sangka dibawa masuk sebuah bilik aircon satu tingkat. Dalam tu ada MAHKAMAH kaum mereka.
GAMBAR: Di luar mahkamah kaum dayak, salah satu dari 300 mahkamah tribal! Dari kiri - pegawai pengiring kementerian luar Amerika, diplomat Greece dan ahli politik Romania.

Dah lah tu, yang timbul pula ialah seorang budak muda berbadan besar dan hensome. Namanya macam nama mat salleh.

Lepas tu masuk ke dalam bilik mahkamah tu Ketua Hakim kaum ini, seorang wanita.
Diikuti oleh seorang Hakim mereka (ada tiga hakim untuk kaum Pascua Yaqui tribe ini di sini).
Kami bercerita panjang dalam bilik mahkamah tu. Mereka tak beri ambil gambar.
Kaum ini ada 16,000 orang dan mahkamah mereka independent daripada mahkamah biasa Amerika!!!

Macam mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia dan Singapork lah!
Siapa kata tak boleh ada dua sistem mahkamah dalam satu negara?
Kat Amerika, negara yang disanjung di Malaysia oleh musuh umat, rupa-rupanya bukan ada satu saja mahkamah dayak yang mereka terima.
Daripada 500 lebih tribe Native Americans yang diiktiraf, 300 dari kaum mereka ada mahkamah sendiri!!!
Whoa! rusagurun terkejut.
Kaum Pascua Yaqui ni ada website. Lawyer mereka yang jumpa kami tu gunakan Macbook beri taklimat. Pegawai besar Umno pun tak sophisticated macam gini, nak tadbir negara!?!?!
PAS pun tak ada website glam ni, nak tadbir negara!?!?

Saya lalu berdiri dan beritahu mereka. 'Salam hormat dari saya, seorang Indian juga (saya kan darah DKK) tapi bukan Red Indian macam kamu tapi yang dari jauh'. Mereka semua gelak.
Saya kata saya berasa pleasantly surprised sebab tak tahu di America ni sama macam di negara saya di Singapore dan juga di Malaysia. Iaitu ada mahkamah khas untuk kaum kami, kaum Muslim.

Pandai tak rusagurun jual minyak Singapore dan Malaysia?
Nasib baik aku pandai joget dayak. Hungga-rangga, hungga-rangga, ho, ho, ho!


CERITA LAIN TUCSON

1) Ada DUA nuclear power plant di Arizona!!! Mereka gunakan dah lebih 20 tahun. Saya beritahu mereka Singapore, Malaysia dan Indonesia kini ada pelan nak bina nuke plant ini. Tentunya kita boleh belajar dengan mereka jika betul-betul nak buat.

2) Di sini, di mana pun kamu pergi, aircon mereka lain daripada yang lain.
Ia akan ON kira-kira 1minit, lepas tu dah sejuk, akan OFF selama 15minit hingga 1/2jam, lepas tu hidup lagi. Nak save power. Sesuatu yang boleh kita pelajari.

3) Isu meletup di sini - setiap hari 100-200 orang masuk secara haram melalui padang gurun yang panas terik, atau sejuk giler. Dari Mexico dan negara miskin Latin America lain.
Mereka diseludup masuk kena bayar beribu dollar. Kesian.
Nasib orang daif yang mempunyai pemerintah pekak, begitulah. Nasib baik Malaysia ada Naj dan Nuwar, dua malaikat dibawa turun nak selamatkan umat Melayu.
Setiap HARI, pemerintah Arizona akan jumpa 2-3 ORANG MATI di padang gurun tu! Sedih sungguh.
Ada yang ditipu agen 'kamu tunggu sini, kejap lagi kereta datang'.
Ada yang kaki patah atau sakit kerana kepanasan/kesejukan, ditinggalkan gitu saja.
Pemerintah Amerika dan bina beribu kilometer pagar dawai dan batu nak larang orang masuk. Tapi orang panjat juga, atau korek lubang.
Dan kerana ada Indian reservation land di tepi Mexico, maka orang masuk melalui situ sebab dayak tak beri buat tembok.
Presiden Obama hari ini suruh 1,200 pegawai National Guard ke border area ni nak kekang mereka. Alah, cerita lama lah ini. Orang dah berpuluh-puluh tahun masuk.

4) Di Arizona, ada industri unique kerana udaranya yang kering.
Tak seperti di negara kita, di sini PANAS TAPI TAK ADA HUMIDITY. Di Malaysia, setelah 3minit bawah matahari, kita berpeluh.
Di sini, berpeluh sedikit saja.
Jadi ada industry yang dinamakan Aircraft Boneyard. Kamu google perkatan 'aircraft boneyard Arizona'.
Apabila kapal terbang dan pesawat dah usang, atau nak di 'simpan' kerana tak ada penggunaan, mereka park kat padang pasir-gurun di sini.
Ada beratus-ratus saya nampak semalam.
Banyak syarikat penerbangan, termasuk Singapore Airlines, pernah sewa tanah parking pesawat untuk beberapa bulan apabila tak ada business. Pesawat tak karat sebab low humidity.

5) Kerana ada air force base besar di Tucson ni, tempat pilot dari 16 negara belajar terbang F16, maka banyak defence industries yang terletak di sini, walaupun kat hujung negara.
Dan employer yang besar juga ialah di University Arizona. Cantik giler kampus dia.
Tadi saya melawat kejap, sebab di tepinya ada Arizona State Museum, banyak cerita dayak kat dalam tu.

6) Tadi kami meeting di nature group terbesar di Amerika, The Nature Conservancy.
Cara mereka hidupkan kembali sungai yang dah mati - kalau di Malaysia, Sungai Kelang dan Sungai Gombak - kita malu mendengarnya.
Saya tanya banyak betul soalan tadi. Nanti satu hari boleh kongsi maklumat cara mereka menghidupkan sungai dah mati. Singapore dan berjaya hidupkan Sungai Kallang dan Sungai Singapura yang dulu dah mati.
Bila dengar Nature Conservancy cakap tadi, saya terfikir - ya, tak ya juga, kenapa di Malaysia tak buat gini. Bukan susah sangat, beb.

Cukuplah tu. Nak tidur. Di Malaysia 2.45ptg sekarang, di New York 2.45 pagi. Di Tucson, 11.45mlm. Saya betul-betul tak tahu lagi hari ini Selasa atau dah Rabu. Dah confuse dayak.

Esok pagi, kumpulan kami 5 orang (Singapore, Romania, Israel, Greece dan India serta seorang pegawai State Department) akan ke bandar gangster Al Capone. Chicago.
Kami akan berkumpul semula dengan kumpulan lain, jumlah 21 negara.
Tentunya ada cerita lain di Chicago, bandar business hub terbesar di middle America. Dan bandar di mana Obama dibesarkan.
Adioss muchachos, Speedy Gonzales out.

No comments:

Post a Comment